10 June 2013

Peluang Menjadi Penulis Jemputan ciklaili.com


Mulai 10 - 30 Jun 2013, saya ingin membuka peluang kepada para blogger dan pembaca yang berminat untuk berkongsi penulisan dan menjadi penulis jemputan di blog ciklaili.com. Jika entri anda terpilih, ia akan disiarkan di blog ini mulai Julai 2013 dan akan diterbitkan pada setiap hari Rabu menggantikan entri wordless wednesday.

Penulis jemputan boleh menulis entri yang berbentuk :
1. pengalaman belajar atau bekerja, catatan percutian, pengalaman menghadapi situasi tertentu dan sebagainya 
2. perkongsian ilmu - tip, panduan, tutorial, resepi, petua
3. penulisan kreatif - cerpen, sajak, pantun
  • Entri boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan digalakkan untuk menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.
  • Gambar dan pautan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Pemilihan entri akan dibuat sendiri oleh ciklaili.com. 
  • Entri yang diterbitkan akan menerima bayaran saguhati.

Berikut adalah entri dari penulis jemputan ciklaili.com yang terpilih melalui Segmen Blog Pilihan :

BloggerEntri
Aisy NasihaMenjelajah Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Aju MohitTaman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka
AkuBiomedTip Mudah Komen Di Blog
ArraziLawatan Ke Kota Walili, Meknes
aynora nurTip Mencari Pekerjaan Yang Sesuai
Blog Untuk Semua Jenis Ubat Yang Membatalkan Puasa
Dayat Cara Mengira Bil Eletrik Anda
dzuandieyPengalaman Manis : Guru Dicium 5 Kali Sehari
elynnshazlinProgram Pertukaran Pelajar Malaysia Ke Korea
lobamPersediaan Sebelum Menunaikan Umrah
mama3herooGrand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Puan BeeMom Blogger Dengan Ranking Dunia
Qaseh iManieDesa Water Park Kuala Lumpur
Sutera UnguResepi Ayam Masak Merah Banjar @ Ampal
 
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saya menggunakan form hubungi ciklaili.com untuk menyatakan idea penulisan anda terlebih dahulu atau boleh terus menghantarkan draft entri berserta butiran berikut :

1. Nama
2. Email
3. Blog/Website
4. Pengalaman Menulis (jika ada)

Sebarang pertanyaan boleh ditulis di bahagian komen atau e-mailkan ke ciklaili@yahoo.com.

72 comments:

  1. Menarik ni... tapi... apa nak ditulis ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok entri penulis jemputan yang saya listkan dalam entri ni :)

      Delete
  2. Asyrof lihat memang menarik.

    Sebab ada kategori penulisan Asyrof.

    InsyaAllah jika Asyrof adsa masa diantara tarikh tersebut, Asyrof akan hubungi Cik Laili.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hantarkan draft entri Asyrof ke ciklaili@yahoo.com

      Delete
  3. tawaran dan peluang menarik... sekarang juga cari idea :D

    ReplyDelete
  4. wahhh.. terbaik ni.. sekarang juga cari idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK..nanti boleh emailkan draft entri ke ciklaili@yahoo.com

      Delete
  5. tawaran yang hebat ni, kena mula fikir apa nak dikarangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peluang telah dibuka. jom berkongsi hasil penulisan di ciklaili.com

      Delete
  6. menarik.. sy ad send form sy..harap di terima ya.. tak kesah pun dengan bayaran.. saja nak berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon Saiazuan hantar semua form tersebut.

      Delete
  7. Replies
    1. peluang dibuka sehingga 30 Jun ini. masih sempat untuk fikirkan dan mencari idea yang menarik.

      Delete
  8. Ade tak boundaries yang perlu dipastikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada nyatakan dalam entri ini :

      Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.

      Delete
  9. Hurmm... kena cari topik la nie... maybe kisah pengalaman DRAMA SHOT boleh jadi modal perkongsian cerita....hehehehe

    ReplyDelete
  10. menarik sangat..kalau ada masa nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..sama-sama kongsikan hasil penulisan anda di sini :)

      Delete
  11. menarik ni ciklalili, insyaAllah akan saya usahakan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. saya akan tunggu draft entri dari Ummi Hanie

      Delete
  12. Alin tak layak kot..entri merapu2 selalu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Alin..cari entri yang sesuai untuk dikongsi bersama pembaca blog ciklaili.com

      Delete
  13. Siap kena drafkan siap2 yer penulisannya? I will resend later. :) Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah baca e-mail dari puan. memang menarik idea yang puan ingin tulis & bersesuaian dengan entri di blog ini - penjagaan anak. bolehlah hantarkan draft entri puan ke ciklaili@yahoo.com atau gunakan form hubungi ciklaili ye :)

      Delete
  14. Rasanya layakkah aku? hehe...bertuah jika terpilih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak je Elih..kalau namanya blogger kan memang dah mahir menulis :)

      Delete
  15. gua susah nak tulis. kang gua tulis, lari para pembaca. haha..

    ReplyDelete
  16. menarik2...akan cuba dikerah urat saraf ni kerja keras =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah entri yang santai & memberi manfaat kepada semua..

      Delete
  17. Saya dah promosikan benda ni kat blog, harap ramai yang akan terima tawaran ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih HH. dah baca juga di blog HH tadi. terima kasih atas promosi yang dibuat :)

      Delete
  18. menarik,tapi belum ada idea lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..tarikh penyertaan pada 30 Jun ini..

      Delete
  19. wahh.. menarik2.. nak join jgk ler camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sama2 berkongsi penulisan di blog ini.

      Delete
  20. As salam..
    saya ada satu entry yang pernah saya post di blog saya..
    boleh ke saya guna entry tu untuk sertai penulisan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Annaz.

      Saya rasa lebih baik anda berikan entri yang baru :)

      Delete
  21. InshaAllah cuba untuk berkongsi satu artikel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..hantarkan draft entri anda ke ciklaili@yahoo.com

      Delete
  22. waa peluang yang baik ni ciklaili, inshaa allah memang berminat nak jadi penulis jemputan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang dibuka khas untuk rakan blogger & pembaca blog ini..

      Delete
  23. kalau berminat, boleh terus hantar draf ya?

    ReplyDelete
  24. menarik jugak ni, saya dah ada idea 'kenapa perempuan minat bola sepak?' inshaallah saya usaha hantar draf

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. masa inilah nak kembangkan bakat menulis..

      Delete
  26. Tawaran yang baik... Nak menulis untuk orang mungikin satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. kalau berminat bolehlah hantarkan darft entri :)

      Delete
  27. blog sendiri pun tak tertulis. hehe teringin jugak naik join macam ni tapi kekangan masa yang sangat dahsyat memang menghalang T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kesempatan bolehlah join sekali..

      Delete
  28. tertarik..sekiranya ada masa terluang sure akan join....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/kisah-jiran-yang-terlampau.html

    ReplyDelete
  29. Saya dah hantar sewaktu terpilih menjadi penulis jemputan , masih setia menunggu entri disiarkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..dah diterbitkan pada 13/6/2013. bolehlah sama2 membaca entri dari adyna dalam entri penulis jemputan..

      Delete
  30. Wah, menarik nih. Klo nak citer pasal percutian, kena tunggu saya balik dari USS dulu lah ☺☺

    ReplyDelete
  31. Ni mesti dapat banyak draft ni.. ish2 ada peluang ke kalau sy nak submit jugak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yang sudah hantar draft. saya tengah pilih entri yang paling sesuai untuk diterbitkan mulai bulan Julai nanti..

      masih sempat nak join. tarikh akhir 30/6/13 ni..

      Delete