08 April 2013

Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah

Menjadi tetamu Allah adalah merupakan impian setiap insan. Walau bagaimanapun tidak semua berkesempatan untuk menjadi tetamu pilihan. Ada antara kita yang punyai banyak wang, tetapi tidak punyai masa. Ada yang mempunyai keinginan yang tinggi tetapi kekurangan sumber kewangan. Malah ada yang mempunyai wang dan masa tetapi masih belum terbuka pintu hati untuk ke sana. Hanya mereka yang benar-benar menerima ‘kad jemputan’ sahaja yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Sebelum kita memulakan langkah, ada beberapa perkara yang perlu dipandang serius. Bersama ini saya sertakan tip persediaan sebelum menunaikan umrah. 

1. Travel Agency

Pilih travel agensi yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Testimoni pelanggan biasanya dapat dibaca melalui pencarian di Google. Selain itu harga juga memainkan peranan. Banyak faktor dalam penentuan harga yang ditawarkan oleh sesebuah agensi. Antaranya, status hotel sama ada berbintang tiga, empat atau lima, jarak hotel dari masjid serta perkhidmatan yang disediakan di tanah suci. 

Ada agensi yang menyediakan perkhidmatan umrah sebanyak tujuh kali ada juga yang lima kali malah ada juga tiga kali.  Ada Jemaah yang tidak kisah dengan jarak hotel dari masjid dan boleh berlebih kurang dalam sesetengah perkara, asalkan harga yang ditawarkan lebih murah.

Katakan syarikat A menawarkan harga RM 6000 manakala syarikat B menawarkan harga RM 5300. Selisih harga adalah RM 700. Nampak tidak banyak beza. Tetapi bayangkan jika Jemaah membawa 10 ahli keluarga. Jumlah perbezaan antara syarikat A dan B adalah sebanyak RM 7000. Dengan perbezaan harga sebegitu tinggi, Jemaah boleh membawa seorang lagi ahli keluarga.

Jadi, jika anda seorang yang cerewet pilihlah syarikat ternama dengan harga yang sedikit mahal. Jika tidak, pilihlah mana-mana syarikat dengan mempunyai rekod yang baik. 

2. Pakaian

Minimakan pakaian yang akan dibawa ke tanah suci bagi lelaki. Biasanya ketika di sana, jubah akan menjadi pakaian rasmi. Purata setiap lelaki akan membeli 2 pasang jubah untuk dipakai. Sehelai jubah lazimnya dipakai ketika solat untuk 2 – 3 hari. Jarang dilihat Jemaah Malaysia memakai baju T dan seluar slack ketika menunaikan solat. Bersama ini saya sertakan cadangan jumlah pakaian yang patut dibawa bagi lelaki :

-          Baju T – 4 helai
-          Seluar khakis – 3 helai
-          Kain pelekat – 3 helai
-          Jubah ( jika ada ) – 2 helai
-          Baju Melayu – 1 helai
-          Baju pagoda – 2 helai
-          Pakaian dalam – secukup rasa
-          Kasut – Tidak perlu. Biasanya kasut hanya dipakai ketika pergi dan balik sahaja
-          Sepasang selipar yang tidak menutup jari kaki
Mengapa Jemaah perlu meminimakan pakaian yang perlu dibawa? Jawapannya mudah, jika jemaah hadir dengan satu beg kecil biasanya beg akan ‘beranak’ selepas beberapa hari menjejakkan kaki di tanah suci. Untuk apa dibawa jika tidak pakai. Jadi bawa sahaja apa yang perlu. 

3. Ubat

Ubat adalah merupakan sesuatu perkara yang wajib dibawa. Kebiasaannya Jemaah akan menghidapi batuk dan selsema. Saya sarankan agar Jemaah membawa bekalan ubat-ubatan lebih sedikit. Jika kita tidak guna, boleh sahaja kita kongsikan kepada Jemaah yang lain. Antara ubat yang dicadangkan ialah :

-          Ubat batuk
-          Ubat selsema
-          Pil Chi Kit Teck Aun ( Sakit Perut )
-          Vicks
-          Panadol
-          Krim pelembab ( Tumit kaki akan merekah akibat terlalu banyak berjalan )
-          Pelembab bibir ( Bibir akan kering kerana panas atau kurang minum air )
 
4. Karung kasut

Karung kasut adalah merupakan antara perkara penting yang perlu dibawa. Jemaah perlu membawa selipar ke dalam masjid bagi mengelakkan selipar diambil orang. Memang ada sesetengah pihak mewakafkan plastik di dalam masjid, tetapi bukankah lebih baik kita mengurangkan penggunaan plastik. Lagi pun karung kasut ini hanya berharga RM 2.50 sahaja. 

5. Kurangkan ‘hand carry’ dan aksesori diri

Ketika menaiki pesawat, kurangkan barangan yang dibawa. Jika boleh semua barang dimasukkan ke dalam kargo melainkan barang yang penting sahaja. Jika Jemaah mengambil penerbangan terus mungkin tiada masalah. Masalah akan timbul jika Jemaah mengambil penerbangan transit. Leceh bila terpaksa mengusung barang-barang yang tidak penting turun naik kapal terbang. Lebih leceh lagi jika terpaksa menjalani pemeriksaan keselamatan berkali-kali.

Contohnya di Thailand. Penumpang terpaksa membuka semua aksesori untuk di ‘scan’. Hatta kasut juga perlu ditanggalkan. Yang tinggal hanya pakaian dibadan. Jika kita memakai aksesori berlebihan dan membawa barangan yang banyak tidakkah leceh untuk dibuka dan dipakai semula selepas diperiksa.

Saya kira setakat ini sahaja dahulu. Jangan lupa untuk membaca entri berkaitan Umrah di dalam blog saya :

1. Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah (Bhgn 2)
2. Persiapan Menunaikan Umrah Di Musim Sejuk
3. Tip Ketika Di Mekah & Madinah (Bhgn 1)
4. Tip Ketika Di Mekah & Madinah (Bhgn 2)
5. Tip Ketika Di Mekah & Madinah (Bhgn 3)
6. Tip Ketika Di Mekah & Madinah (Bhgn 4)
7. Tip Ketika Di Mekah & Madinah (Bhgn 5)

----------------------------------------------

Penulis jemputan :  Kisah Seorang Lobam


28 comments:

  1. Tempoh hari ada cuba ihram adik lelaki sebelum beliau berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah akan tiba giliran kita ke sana nanti..

      Delete
    2. saya pernah menunaikan umrah bersama ayah semasa berumur 18 tahun. insya Allah ada rezeki nanti nak ke sana lagi bersama suami & anak2..

      Delete
  2. Replies
    1. Semoga sampai rezeki untuk ke sana. Mudah-mudahan kita mendapat surat jemputan itu..

      Delete
  3. nakkk sangat pergi... tapi kena berubah dulu.. atau pergi kesana boleh balik berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda haji atau umrah seseorang itu diterima ialah, dia tidak akan mengulangi semula apa yang telah dilakukan seperti sebelum menunaikan umrah.

      Jadi seeloknya kita pergi dengan hati yang bersih. Datang ke sana mohon kepada Allah agar taubat kita diterima.

      Delete
  4. Info yg baik sekali. boleh apply waktu nak tunaikan haji nanti. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kerana terpilih untuk menjadi tetamu Allah tahun ini..

      Delete
  5. PM dan wife pun teringin sangat hendak menunaikan umrah di usia muda...insya-Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan akan tercapai hasrat PM & isteri..

      Delete
  6. belum ada rezeki lagi hendak ke sana..Insya-Allah kalau diizinkan akan pergi jua....

    ReplyDelete
  7. Subhanallah,,semoga saya pun bisa berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah yang sangat didambakan seluruh umat muslim,,aaminn

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...mohon tuan sarankan jumlah pakaian yg patut dibawa oleh kaum hawa..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. nanti saya akan beritahu penulis untuk senaraikan pakaian yang perlu dibawa oleh orang perempuan :)

      Delete
    2. terkini : saya sudah linkkan entri di blog lain untuk senarai keperluan yang perlu dibawa bagi perempuan..

      Delete
  9. Assalamualaikum,

    Alhamdullilah telah merasai suasana mengerjakan UMRAH....bagi suasana mengerjakan HAJI kesabaran yang tinggi amat diperlukan ketika berada di Arafah, Muzaliffah, Mina dan juga ketika melontar jamrah.kini Masjidil Haram dalam pengubahansuaian, lagi bertambah lah kesabaran ketika melakukan Tawaf oleh kerana kawasannya telah dikecilkan......semuga tuan & isteri dapat panggilan mengerjakan Haji selepas ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      saya telah menunaikan umrah bersama ayah semasa berusia 18 tahun. mudah-mudahan hajat untuk ke sana bersama suami & anak2 akan termakbul suatu hari nanti. amin,,

      Delete
  10. Yang paling menarik perhatian saya yang #3 tu, tentang ubat. Boleh tahan banyak jugak ubat nak kena bawak kan, maklumlah nak buat ibadat dengan khusyuk dan tenang, tubuh badan mesti kena dalam keadaan sihat 100%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semoga diberi kesihatan yang baik semasa menunaikan ibadah umrah & haji..

      Delete
  11. Saya becadang nak pergi umrah tahun depan insyaallah. tetapi ada masalah kesihatan sejak 10 tahun lalu iaitu kencing tak lawas. maksud kencing tak lawas bukan le asyik nak terkencing.. tetapi setiap kali buang air kecil pasti lambat nak stop kencing tu kalau kat sini biasa bawa tisu ke dalam bilik air... lap air yang keluar sampai dah yakin tak de lebih kurang dlm 10-15minit. So nak tanya kat sana nnt kalau dlm keadaan berpakaian ihram boleh ke nak guna tisu buat macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa berpakaian ihram tak ada masalah kalau ada masalah macam ni sebab melakukan satu umrah ambik masa dalam linkungan 2 - 4 jam bergantung kepada keadaan kita. Boleh ambik masa untuk keringkan kencing tu, bila dah rasa selesa atau rasa dah tak ada, boleh ambil wuduk balik dan start buat tawaf sehingga habis (tawaf salah satu rukun umrah yg memerlukan wuduk)

      Delete
  12. Selain ubat, kita boleh juga gantikan dengan membawa supplemen dan vitamin untuk cergas dan bertenaga ketika beribadah di Tanah Suci nanti..

    Contohnya seperti yang saya kongsikan di sini..
    http://rahsiavitaminibu.com/cergas-bertenaga-menunaikan-haji-dengan-set-haji-dan-umrah-shaklee/

    ReplyDelete
  13. Wonderful Post ! I really appriciate for this post above you shared for all of us. But performing Hajj is very costly today. Because Hajj packages and Ummrah packages are costly now a days. But I have seen that Eiman Travels are provided cheapest rate for hajj and ummrah. It will be faithful journey for all of you. I had done my journey of Ummrah recently. Then i will suggest you this travel agency. Please visit this page http://www.eimantravels.co.uk

    ReplyDelete
  14. Assalamuaikum. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat ini. Boleh dijadikan panduan kepada mereka yang belum lagi menunaikan umrah. Semasa umrah, kepada mereka yang belum lagi menunaikan haji, boleh lah berdoa kepada Allah semoga semoga kita sempat menunaikan haji sebelum meninggalkan dunia. Di samping itu, boleh mulakan persediaan simpanan khas untuk menunaikan haji.

    ReplyDelete
  15. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

    Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete