Wajah blog ciklaili.com

Anda tentu ingin melihat bagaimanakah rupa blog ciklaili.com sejak tahun 2009 sehingga sekarang. Di bawah ini, saya kongsikan wajah-wajah blog ini yang mungkin anda pernah singgah suatu masa dulu. Sebelum bertukar menggunakan domain ciklaili.com, blog ini telah menggunakan platform percuma blogspot.com - ciklaili.blogspot.com

 

Waktu awal² menggunakan blogspot.com, saya menggunakan template seperti dalam gambar di atas. Rasa macam skema  sangat. Lagipun apa yang digambarkan  di dalam gambar tu tidak menunjukkan diri saya. (Saya tidak punya hp semahal itu, tidak suka minum air kopi dll)
 
Beberapa bulan selepas itu, saya tukar template lagi seperti gambar di bawah.

 

Template ini hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan saya mula memilih template yang lebih kemas dan sesuai dengan jiwa saya.

02.12.2012 : Setelah hampir 2 tahun saya menggunakan template yang bertemakan warna merah jambu, akhirnya saya telah memilih template baru dari Thesis Blogger Template.


10.1.2014 : Sekali lagi saya menukar template yang lebih kemas dan ringkas. Warna putih masih dikekalkan, begitu juga dengan header blog.


25.1.2016 : 2 tahun menggunakan template seperti di atas, akhirnya saya memilih untuk menggunakan template baru. Tidak banyak perubahan sebenarnya tetapi corak di bahagian kiri kanan blog membuatkan rupa blog ini semakin ceria (walaupun sudah jarang-jarang di'update).


15.12.2016 : tak sampai setahun menggunakan template di atas, sekali lagi saya menukar template yang lebih responsive dan mesra SEO sebelum melangkah masuk ke tahun 2017. 


5.10.2017 : hampir 10 bulan menggunakan template di atas, akhirnya saya menukar template lagi. Header lama dan tema warna putih  masih dikekalkan.


1.12.2018 : Setelah melahirkan anak ke-4 pada bulan Ogos dan kembali bertugas pada bulan November 2018, akhirnya saya menukar lagi template yang lebih ringkas sepertimana yang anda sedang lihat sekarang.


-----------------------------------

Header Blog

 

1.6.2010 : mula menggunakan header gambar saya bersama anak pertama, Amir. 


10.10.2010 : saya sekali lagi menukar header dengan gambar yang baru - baca entri ini.


1.3.2011 : header di atas telah diubahsuai tetapi masih menggunakan gambar yang sama - terasa nak guna header transparent - baca entri ini.


30.4.2011 : saya mula menggunakan domain : ciklaili.com dan telah membuat perubahan besar di dalam blog ini - baca entri ini.

12.8.2011 : rasa bosan pula bila lihat tulisan ciklaili.com tu, jadi saya tukar dengan font lain. Inilah dia rupa header blog saya sempena bulan Ramadan 1432H.

 
Mulai tahun 2018, saya tidak lagi menggunakan header di atas untuk blog ciklaili.com. Tak sangka hampir 7 tahun header tersebut digunakan untuk blog ini dan telah menjadi trademark semasa blog ini mula dikenali ramai.

* Tak tahulah berapa lama wajah blog ini akan bertahan. Saya akan update dari masa ke semasa.

Post a Comment

15 Comments

  1. laili...

    saya masih confuse lah kalao nak guna layout nie...cemaner nak buat yang cantik2 camnie...template masih guna blogspot nya template ker?..Saya mmg confuse..confuse confuse...

    ReplyDelete
  2. nurul,

    cuba click link di bawah blog saya ni. saya ambil dari sana. selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  3. betul tue kdg2 tak kena ngan jiwa saya pun asyik tukar2 ..last2 guna je putih heheeh..

    saya dok dkt sg besar slgr..parit 9 tue dekat sekinchan :) sedap n berbaloi harganya

    ReplyDelete
  4. sama lah dengan bunda, teringin tuka template lain dari blogspot pya,,tapi tak pasti..yg pasti tak reti nak buat..camne ekk?

    ReplyDelete
  5. kalau ikutkan hati nak tukar2 tapi tuler malas satu hal, tak tahu satu hal, takut hilang satu hal.. entahler macam2 hal.. suka gak blog simple laguni...

    ReplyDelete
  6. header pertam tu cantik..header sy entah bila nak cantik

    ReplyDelete
  7. Memang mengujakan sungguh tgk transformasi blog ini dari awal..terbaik

    ReplyDelete
  8. wahhhh.... semakin lama semakin maju... tahniahhh..

    ReplyDelete
  9. macam mana nak buat header yang cantik...saya lemah sikit ler nak buat header nie...confius...pls...

    ReplyDelete
    Replies
    1. header blog saya pun biasa2 aje sebenarnya. yang penting sedap mata memandang (mata sayalah tu)..

      Delete
  10. seonok baca sejarah perkembangan template di blog ciklaili nih, saya pun dah berapa kali tukar header..pun ikut rajin dan masa yang ada...saya mula kenal blog ini kat template yang ada backgroung pink tu..:)-

    ReplyDelete
  11. elly suka dgn header sis yg second tu...cantik n simple...hehehehe... hope one day elly blh buat header yg simple but nice yg mcm tu jugak... :)
    let's go to my fanpage https://www.facebook.com/CactusZaqura?fref=ts & https://www.facebook.com/pages/Love-Baby-Kids-Gallery/497135643658031?fref=ts

    ReplyDelete
  12. rajin cikgu update
    sy byk kali tuka
    x rekod pun hihi

    ReplyDelete
  13. tenang je datang blog ni. ringkas dan sedap mata memandang

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikom cikgu laili...
    Tahniah atas setiap perkembangan blog ciklaili.com ini
    Memang banyak maklumat yang dikongsikan bersama..
    Terima kasih sekalung budi..

    ReplyDelete