Perubahan Besar Di Blog ciklaili.com

Dalam entri ucapan terima kasih saya kepada seorang blogger, saya maklumkan bahawa  :

"Mungkin dalam masa terdekat, saya akan buat perubahan besar..."

Ini merupakan perubahan kedua bagi tahun 2011. Sila lihat perubahan pertama dalam entri perubahan di blog ciklaili.blogspot.com.

Perubahan kali ini melibatkan 5 perkara :

1. Domain blog

Sebelum ini saya menggunakan domain http://ciklaili.blogspot.com (Catatan Kehidupan Laili) tetapi  sekarang  saya gunakan domain www.ciklaili.com yang mana lebih mudah diingat :)

2. Header

Header kesayangan saya (gambar saya bersama anak) sudah tidak digunakan lagi sebaliknya saya memilih header yang tidak mempunyai gambar tetapi hanya tulisan.  Untuk lihat rupa blog saya sebelum ini, boleh lihat di sini. Macammana, mengujakan tak?

Header baru
Header lama
3. Warna

Jika sebelum ini saya gemar menggunakan warna biru, kali ini saya gunakan warna merah jambu - sangat sesuai untuk kebanyakan blogger perempuan.

4. Blog Archieve

Sebelum ini pengunjung blog menggunakan navigasi Blog Sitemap (terletak di bahagian linkbar di atas header blog ini) untuk melihat semua entri tetapi kini pengunjung boleh melihat semua entri yang pernah saya terbitkan bermula dari tahun 2009 sehingga ke hari ini menggunakan fungsi Blog Archieve.

5. Breadcrumb

Breadcrumb adalah blog navigasi atau site navigation yang ada pada sesebuah blog untuk memudahkan pengunjung. Cuba lihat contoh di bawah :


* "Nak ubah apa lagi ye? Sila beri cadangan.."

Post a Comment

7 Comments

  1. tumpang tanya,guna webhosting/server mana ya?berapa sewanya?tq

    ReplyDelete
  2. Abihana : guna Netkl. saya cuma tukar domain, hosting masih gunakan blogspot.

    Untuk domain hanya RM31.60 setahun & tambah RM3 untuk servis setup. Kalau nak guna hosting pula RM60.00 setahun & dpt domain percuma.

    Jangan segan2 gunakan Live Chat di web tersebut untuk bertanya. Mereka sangat2 membantu & menjawab segala persoalan anda :)

    ReplyDelete
  3. sangat sangat suke masuk .. sebab kaler pink ;p

    ReplyDelete
  4. Lin : terima kasih atas sokongan. merah jambu = perempuan :)

    ReplyDelete
  5. Saya baru je ternampak blog ni. kalau tanya saya apa yang saya suka tentang blog ni:

    1) info-info nya
    2) kombinasi warna putih n pink (suka sgt)
    3) tulisan untuk comment tu. mmg cute n seswai

    ReplyDelete
  6. Sara, terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg tak seberapa ni. Kalau Sara baca pada kolum SIAPA SAYA? mesti dah dapat jawapan tentang apa yg terkandung dlm blog saya ni - kebanyakan entri adalah dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman saya sendiri.

    terima kasih atas sokongan :)

    ReplyDelete
  7. Salam. Suka sangat dengan perubahan yg dibuat. Susunan entri sangat kemas dan tersusun. Tahniah diucapkan dan semoga lebih banyak perkongsian ilmu pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete