Penulis ciklaili.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca dan menulis komen di dalam blog saya yang tidak seberapa ini. Di dalam blog ini, saya lebih dikenali dengan panggilan 'ciklaili'Bagi anda yang baru mengenali blog ciklaili.com, blog ini pernah disiarkan dikaca televisyen di dalam Segmen Blog Pilihan Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1 pada 29 Disember 2012. Secara ringkas tentang diri ciklaili :


Ciklaili adalah ibu kepada 3 orang anak (2 orang lelaki dan seorang perempuan),
seorang guru dan juga part-time blogger.




Blog ciklaili.com mula diperkenalkan pada tahun 2009 (anda boleh melihat bagaimana rupa blog ini sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini di dalam entri Wajah Blog ciklaili.comdan memuatkan entri-entri berkaitan :

1. kisah kehidupan ciklaili bersama suami dan anak-anak merangkumi aktiviti keluarga, pengalaman kerja, pengalaman menjaga dan membesarkan anak-anak serta percutian keluarga di lokasi-lokasi menarik.

2. dunia pendidikan termasuklah aktiviti yang diadakan di sekolah, takwim persekolahan dan peperiksaan, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), permohonan & semakan ke sekolah dan IPT, tip menjawab peperiksaan serta koleksi soalan peperiksaan SPM.

3.  panduan & informasi termasuklah maklumat tentang perkahwinan, kehamilan, penjagaan anak, resepi, jadual gaji & pencen, fotografi, kesihatan, keagamaan, rancangan televisyen, sukan, isu semasa dan lain-lain lagi.

Ada kalanya saya tiada idea untuk menulis dan amat sibuk dengan kehidupan seharian,  maka blog ini akan dibiarkan begitu sahaja. Kebanyakan entri di dalam blog ini pula adalah dalam bentuk perkongsian ilmu dan ditulis melalui pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. 

Semoga kemunculan blog  ini akan terus mendapat sokongan dari semua pembaca tanpa mengira usia, jantina, latar belakang, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Anda juga dijemput untuk menulis di dalam buku pelawat ciklaili.com sebagai tanda anda pernah singgah ke blog ini.

---------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang cadangan, pertanyaan, komen dan sebagainya, anda boleh menghubungi saya melalui widget Contact Us yang disediakan di blog ini atau melalui :

Facebookhttps://www.facebook.com/ciklailidotcom

Email : ciklaili@yahoo.com


- - [ [ [ PENAFIAN ] ] ] - -

Blog ciklaili.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pendapat peribadi semata-mata dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

11 comments:

  1. Saya suka dgn layout blog ciklaili ni. Kemas. memang ada ciri-ciri cikgu betul.. insyaAllah saya akan buat entri bloglist setahun ciklaili.. thanks for the oppurtunity

    ReplyDelete
  2. hi. ciklaili saya berminat nak exchange bloglist dgn ciklaili boleh ,, link ciklaili saya dh senaraikan dlm bloglist saya ,,,moga ciklaili pertimbangkan permohonan saya ni , http://zamrispoon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Waa..husband ciklaili ada superbike..ciklaili penah membonceng tak?huhu.

    ReplyDelete
  4. saya ada send email melalui form tu,tak tahu lak sampai ke tak?.sebab dia terus masuk ke emailbuilder tu..hopefully sampai la yer :)

    ReplyDelete
  5. suka dengan blog cik laili banyak informasi

    ReplyDelete
  6. setuju dgn siti hadijah, blog ciklaili ni byk informasi. saya suka entri2 panduan kehamilan, amat2 lah bagus untuk bakal2 ibu dan bakal2 bapa juga..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas sokongan anda. mudah-mudahan entri yang ada di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca :)

      Delete
  7. 1000X like untuk Cik Laili! Tahniah! Moga anda cemerlang slalu!

    http://fishmalaysia.com/

    ReplyDelete
  8. Askm Cikgu Laili, pertamanya saya ucapkan ribuan terimakasih dan juga setinggi tahniah di atas usaha Cikgu berkongsi maklumat tentang pelajaran anak-anak di laman ini yang sangat mudah dibaca dan difahami. Saya ingin memohon sedikit kiranya Cikgu boleh menambahkan RSS feed kepada blog ini untuk memudahkan pembaca-pembaca mengikut perkembangan dan pos-pos Cikgu yang terkini. Semoga usaha Cikgu berkongsi ilmu yang manfaat di sini membawa keberkatan kepada keluarga Cikgu sentiasa.

    ReplyDelete