13 February 2011

Perubahan Di Blog ciklaili.blogspot.com

Bagi anda yang pernah singgah ke sini, tentu perasan beberapa perubahan di dalam blog ini. Sebenarnya saya nak dapatkan 'feel' baru semasa berblog. Cuba lihat perubahan-perubahan berikut :

1. Header



Header yang lama telah ditukar kepada header transparent  tapi masih mengekalkan gambar saya & Amir. Untuk lihat rupa blog saya sebelum ini, click entri Mesti Lihat.

2. Tulisan

Dah bosan dengan bentuk tulisan yang sama, saya ubah kepada jenis tulisan yang lebih menarik pandangan mata saya :)  - cuba anda perhatikan tulisan di link atas header, tajuk entri, tulisan di blockquote dan bahagian lain.

3. Blockquote

Warna latar blockquote sudah berubah menjadi warna biru dengan tulisan yang comel sepertimana yang anda sedang lihat sekarang.

4. Churpchurp


Saya kongsikan kempen ChurpChurp di dalam blog ini. Jika berminat dengan kempen tersebut, silalah click tanpa rasa segan silu. hehe!

* Saya ada sediakan Tutorial Cara Letak Kempen ChurpChurp (Gambar) Dalam Blog

5.  Entri mengikut tarikh


Ada 2 fungsi sebenarnya. Anda boleh lihat tajuk entri yang lepas dengan hanya meletakkan cursor pada tarikh dan jika anda ingin membacanya, sila click saja tajuk entri tersebut. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kalender. Menarik, kan? (saya akan buat tutorial kemudian..tunggu)

Rasanya hanya itu saja perubahan yang saya lakukan (buat masa ini). Apa komen anda tentang perubahan-perubahan ini? OK ke tidak?

* Mudah-mudahan anda tidak serik untuk datang lagi ke blog ini :)

4 comments:

  1. Best dan praktikal la semua 2..Please...buat tutorial... Link churp2 cantik la...mcm mane nak buat..
    HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang
    Lagi RM6.31cen nak Cashout Nuffnang

    ReplyDelete
  2. Zyash : senang je nak buat. esok saya buat tutorialnya ye :)

    ReplyDelete
  3. nice changes, especially the churp2 ads :)

    ReplyDelete