05 March 2013

Cara Mengira Bil Eletrik Anda

Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapakah anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Mari kita sama-sama pelajarinya di sini. Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).

Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule.
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.

Rumus : P = W / t 

Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.

Rumus : W = P t 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj


Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 

Penggunaan : 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 

Pengiraan kWh 
Lampu    : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh 

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh 

Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif) 
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23 

Jumlah keseluruhan = RM 193.43

Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.
Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini.

-------------------------------------------------------------
 
Entri ini merupakan entri dari penulis jemputan ciklaili.com : aku Dayat

22 comments:

  1. ahhaaaa... masa mengajar KH dulu, pernah tau mende nih.. :)

    ReplyDelete
  2. wow boleh bgtau kat member yg duk konpius ngape bil letrik dia mahal tetiap bulan, hmmm nanti nak suruh dia kira ;)

    kalau saya tgk peti ais mmg tinggi kan watt nya, mungkin juga bil dia tinggi sebab peti ais rosak dan membeku sampai ke bahgian sayur ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena check penggunaan eletrik yang kita gunakan. biarlah kita bayar atas apa yang kita gunakan..

      Delete
  3. Dirumah saya mengunakan lampu Energy Saver dan LED sejak hari pertama. Cuma barangan elektrik ketika beli belum ada teknologi inverter yang dikenal pasti boleh menjimatkan tenaga elektrik.

    Penjimatan elektrik boleh dilaksanakan apa ahli keluarga mempunyai kesedaran 'tak nak' pembaziran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tip yang saya amalkan sejak dulu, gosok baju sekolah & kerja untuk seminggu. memang dapat menjimatkan eletrik..

      Delete
    2. saya ada sembang-sembang dengan pegawai TNB tempohari, beliau memang ada menyebut berkenaan teknologi inverter dan energy saver item. Walaubagaimanapun, beliau menyarankan, cara yang lebih efektif adalah tutup bila tidak digunakan

      Delete
  4. Replies
    1. sama-sama. entri ini ditulis oleh rakan sekolah saya yang memang mahir bab eletrik :)

      Delete
  5. tak pernah ambil tahu cara pengiraan sebelum nih...biaso den bayar jer...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tambah ilmu tentang pengiraan eletrik pula :)

      Delete
  6. huhuhu... memang sungguh tak pernah kira... dapat bil bayar jer, tapi bila bil naik skit memanglah merungut habis semua kena jimat :)
    bagus ada entry ni boleh buat panduan... tq

    ReplyDelete
  7. kena banyakkan pengunaan alatan elektrik energy saver

    ReplyDelete
  8. Lmpu LED bisa hemat tapi harganya mahal,,untuk beli lampu biasa bisa dapat banyak

    ReplyDelete
  9. Bagus jugak kalau tahu cara kiraan ni. Tapi yang paling panting off switch kalau tak digunakan. Dan aircond pulak jangan sejuk sangat dan jangan guna bila cuaca tak panas sangat. Tentu boleh jumat ;)

    ReplyDelete
  10. Hey!.. You can make a program "PENGIRAAN BIL ELEKTRIK"?
    Using Microsoft Visual basic
    Car instalement sudah ada..

    ReplyDelete
  11. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete
  12. Adakah semua saiz peti sejuk itu 700 w?

    ReplyDelete
  13. Tq cik laili, info yg berguna...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih untuk panduan kira elektrik ini.
    Anda boleh kira bil elektrik mudah dengan kalkulator ini:
    Klik link di bawah:
    http://www.godecolighting.com/electricity-calculator

    ReplyDelete