Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu resepi yang menarik iaitu Ayam Panggang Madu Istimewa. Cara menyediakan ayam panggang ini cukup mudah dan ia boleh dimakan bersama Nasi Ayam atau Nasi Arab.


Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
3 ketul ayam (bahagian dada)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam.
- Masak ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 - 20 minit.

Selamat mencuba.



Jangan lupa untuk mencuba Resepi Ayam Panggang Sedap pula.

Post a Comment

40 Comments

  1. bila tengok resepi dan gambar ayam panggang tu, terasa ingin mencubanya pula..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba. senang je nak buat ayam panggang madu ni..

      Delete
  2. Menarik je ni..nanti nak cuba...bahan pun mudah dapat

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.nampak.... berguna betul panggang ajain tu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..pemanggang tu memang memudahkan kerja memasak :)

      Delete
  4. Replies
    1. hihi..bila dah kenyang memang kami ratah je ayam ni

      Delete
  5. Masak guna oven ke periuk panggang ajaib tu?

    haish...mencabar sungguh:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna pemanggang ajaib. sekejap je dah masak..

      Delete
  6. Kalau depan mata memang tidak pandang kiri dan kanan lagi. :-)

    ReplyDelete
  7. hmmm boleh try nnti ni, klu ada pemanggang ajaib kerja memanggang jadi mudahh hehe

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kalau macam tu kenalah cuba resepi mudah ni..

      Delete
  9. Kelihatannya sangatlah nikmat, menarik hatiuntuk mencobanya

    ReplyDelete
  10. Mohon d copy resepinya,thanks.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya...terima kasih berkongsi resepi :)

    ReplyDelete
  12. Pakai microwave boleh x? Brape watt & mase ye kalau microwave

    ReplyDelete
  13. Kicap masin ke manis tuk resepi ni?

    ReplyDelete
  14. Kalau pkai pmanggang ajaib dgn dapur electric, nk tkn brp suhu dia?

    ReplyDelete
  15. Dha tryy masak guna resepi neh . Cuma ubah suai skit .
    Alhamdulilah menjadi ! Thank you so much :)
    Resepi yg mudahh and simplee untok d'masak :D

    ReplyDelete
  16. wah...senang je...boleh masak makan ngan nasi ayam... =)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih for the resepi kak.. ^_^

    ReplyDelete
  18. mohon copy paste

    ReplyDelete
  19. perap lagi lama, lagi bagus kan kak?

    ReplyDelete
  20. Salam ramadhan dri Perancis. Ni kan cuba kita punya resepi tapi boleh confirmkan kicap dengan sos tiram sudu besar atau kecil? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan AQ.

      Boleh gunakan sudu kecil. Madu tu saya gunakan sudu besar untuk dapatkan rasa manis pada ayam yang diperap.

      Selamat mencuba resepi ni :)

      Delete
  21. Klau guna pemanggang ajaib ni, apinya slow atau kuat sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna api tidak terlalu kecil atau besar. Sedang-sedang aje

      Delete