03 April 2014

,

Resepi Ayam Panggang Sedap


Jika sebelum ini saya pernah kongsikan Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa, di dalam entri ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi untuk anda cuba iaitu Resepi Ayam Panggang Sedap. Bahan-bahan untuk membuat ayam panggang ini hampir sama dengan resepi sebelum ini, cuma penambahan serbuk cili dan saya menggunakan bahagian peha ayam.

Ayam yang telah disapu dengan bahan perapan

Resepi Ayam Panggang Sedap
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
2 ketul ayam (bahagian peha)
4 biji bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu madu
3 sudu sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk cili
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat Ayam Panggang Sedap :
- Masukkan bawang putih, madu, sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada ayam dan perap selama 1 - 2 jam.
- Panggang ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga masak.
- Masak selama 15 - 20 minit jika menggunakan pemanggang ajaib.

 Beginilah rupa resepi Ayam Panggang Sedap


30 comments:

  1. Hui sedapnya. Tak sabar hendak makan. :-)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok ayam ini. Rasa lapar pula tengok ayam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengah lapar memang teruja tengok gambar ni, kan?

      Delete
  3. Sedapnyaaa...resepi pun mudah..boleh cuba ni!

    Jemput singgah sini http://bit.ly/1q51BPg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..memang mudah nak buat ayam panggang ni..

      Delete
  4. Macam sedap ja..boleh try nie...ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    nampak sedap bolih lah cuba nanti...
    Salam ziarah dari bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Bunda.

      terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
      ha'a..resepinya mudah aje. jangan lupa cuba ye..

      Delete
  6. Mesti sedap dan lebih lembut sbb ada madu...thanks cikgu sudi berkongsi rsepi...nak cuba =)

    ReplyDelete
  7. sedapnya ciklaili, tq atas perkongsian resepi, segalanya mudah dgn pemanggang ajaib

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Aju. Ha'a..pemanggang ajaib memang sangat membantu

      Delete
  8. bisa habis tiga piring kalau ayamnya sedap seperti ini terliur

    ReplyDelete
  9. Aku tak suka ayam, tapi melihat ayam panggang ini sangat sedap sepertinya.

    ReplyDelete
  10. selalu yg saya di beli di pasar mlm tu wrna merah adakh di ltk pewarna dia pki wrna mcmmn tu?

    ReplyDelete
  11. Semya bahan ada kcuali serbuk cili..xpe ke??

    ReplyDelete
  12. perlu balik2 kan pemanggang tu ke?

    ReplyDelete