05 February 2013

Program Pertukaran Pelajar Malaysia Ke Korea : Persediaan Awal Sebagai Exchange Student



Entri kali ni saya ingin bercerita tentang persediaan awal untuk ke Korea sebagai exchange student. Alhamdulillah rezeki untuk tahun 2013 ini, saya bakal menjejakkan kaki ke negara winter sonata pada hujung bulan Februari sebagai exchange student selama 4 bulan, Insya Allah. 

Sebenarnya untuk menyertai pertukaran pelajar ni, saya dan kawan-kawan yang lain perlu melalui beberapa peringkat iaitu permohonan, temuduga, dan perjumpaan pelajar. Alhamdulillah temuduga saya berjaya dan apa yang lebih menggembirakan hati keputusan temuduga diberitahu melalui telefon sehari sebelum hari lahir saya. Kiranya macam "birthday present" untuk tahun 2012.  

Berbalik pada tajuk entri, antara persediaan awal sebagai pelajar pertukaran yang perlu disediakan sebelum membeli barang-barang dan berkemas untuk ke Korea ialah :

1) Persediaan Mental, Rohani dan Fizikal  

Persediaan mental, rohani dan fizikal adalah salah satu persediaan awal yang penting untuk ke luar negara sebagai seorang pelajar. Dari segi rohani, tetapkan niat UTAMA kita ke sana untuk belajar bukan untuk melancong. Apabila niat kita betul, insya Allah, Allah akan bantu kita mempermudahkan segala urusan ke sana. Nak melancong dan membeli belah di tempat yang dituju tak salah cuma jangan sampai terlupa niat UTAMA kita sebagai pelajar.

Persediaan mental dan fizikal pula, kita kena pastikan apa sebenarnya tujuan kita untuk ke sana dan apa yang bakal kita lakukan di sana. Sebagai contoh saya sebagai pelajar pertukaran dan latihan industri, saya kena pastikan projek dan kerja yang bakal saya galas sebagai seorang pelajar latihan industri. Kita kena siapkan diri kita untuk menerima apa saja kerja yang bakal dilakukan. 

2) Persediaan Kewangan 

Kewangan adalah satu perkara penting yang perlu dipastikan sebelum ke luar negara tidak kira untuk melancong atau belajar. Pastikan kewangan kita kukuh kerana kita perlu mengambil kira perbelanjaan pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan keperluan lain. Bagi pelajar UniKL yang menyertai program exchange student ni, kami ditaja dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, visa dan juga insurans. Hanya hostel dan perbelanjaan harian saja yang kami perlu sediakan. Alhamdulillah.. 
 

3) Persediaan Dokumen-Dokumen Penting   

Persediaan dokumen penting pula adalah memastikan passport kita tidak tamat tempoh, menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memohon visa pelajar dan insurans seperti penyata akaun bank, passport, 2 keping gambar passport, surat tawaran belajar, dan salinan kad pengenalan diri serta ibu bapa. Pastikan juga tiket kapal terbang dibeli awal bagi memastikan tarikh berlepas kerana ianya penting. Salinan tiket kapal terbang juga salah satu dokumen penting untuk memohon visa pelajar. 

  

4) Restu Ibu Bapa   

Apa yang paling utama dari persediaan-persediaan yang dinyatakan di atas ialah restu ibu bapa. Restu ibu bapa ni paling penting sebab bila kita dapat restu dari mak ayah kita, apa saja yang kita lakukan akan terasa mudah. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar, setiap persediaan pasti akan melibatkan ibu bapa kita terutamanya dari segi kewangan. Doa ibu bapa tu tonggak kejayaan kita sebagai anak mereka. Insya Allah, dengan adanya restu dari ibu bapa, Allah akan bantu memudahkan urusan kita.

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

"Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"

5) Persediaan Komunikasi

Sebelum ke luar negara, salah satu perkara yang penting ialah memastikan kita tahu sekurang-kurangnya basic bahasa dan percakapan mereka. Ini bagi memudahkan kita berkomunikasi di sana. Kalau negara yang dikunjungi tu menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi mungkin memudahkan kita, tetapi seperti saya dan kawan-kawan yang akan ke Korea, kami perlu mempelajari basic bahasa Korea (Hangul) memandangkan rakyat negara Korea kurang fasih berbahasa Inggeris.

Antara jalan terbaik untuk mempelajari bahasa Korea ialah dengan menyertai kelas bahasa. Bagi yang ingin belajar bahasa Korea bolehlah mendaftar di Korea Tourism Organization secara percuma.

 
Jangan lupa membuat sedikit "research" tentang negara yang akan dikunjungi. Itu saja tip-tip persediaan awal untuk entri kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga tip ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jangan lupa untuk membaca entri Selamat terbang ke Korea.

-------------------------------------------------------------
 

Penulis jemputan : elynnshazlin


"Terima kasih kak Laili sebab sudi memilih blog saya sebagai penulis jemputan. Terima kasih sudi bagi peluang kepada blogger picisan seperti saya. Terima kasih juga sebab memberi pendapat dan idea kepada saya untuk menulis entri ini sebagai penulis jemputan.."

43 comments:

  1. pergi Korea? pasti banyak pengalaman menarik mengenai perkongsian budaya antara Malaysia dan Korea... hmmm tak mau k-pop atau gangnam

    ReplyDelete
  2. oh ingatkan cik laili yang pergi ke Korea tadi...hehe

    ReplyDelete
  3. lengkap tips di atas.. moga pelajar kita berjaya ke sana

    ReplyDelete
  4. jangan mohon kerana taksub K-Pop sudahla ye, hehe..

    ...................

    Bertudung Belum Tentu Tutup Aurat:

    ReplyDelete
  5. t/kasih kerana berkongsi entri ini. saya pun ingatkan cik laili nak bawa student pegi korea, rupanya cik elynn...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hanya mencadangkan entri yg sesuai memandangkan cik Lin bakal menyambung pengajian di Korea tidak lama lagi. mungkin entri ini berguna untuk pelajar lain.

      Delete
  6. lorr..ingatkan kak leli yg pergi,baru nak kirim barang dr korea..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kak leli tapi bakal biras kak leli yg nak pergi ni :)

      jangan marah ye Lin..hehe!

      Delete
  7. wow, besnye pnulis entri nie dpt gi korea..

    ReplyDelete
  8. Bila baca ciklaili nak ke korea, teringat pulak memori saya semasa ke korea tahun 2000 dulu. Selama 3 bulan di Kunsan vocational Training, banyak yang dipelajari, yang passti tak lupa ialah field trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ciklaili yg nak pergi..tapi penulis jemputan ciklaili :)

      Delete
  9. ingatkan ciklaili smbg belajar..haha! semoga penulisnya berjaya disana. bestnya! lama jugak tu 4 bulan

    ReplyDelete
  10. wahhh.bestnya dpt exchange cmne..teringin jugakla~

    ReplyDelete
  11. terima kasih semua kerana mendoakan dan menasihati ^^ .. insyaAllah.. Semoga tidak terpengaruh dengan budaya yang tidak elok di sana..Aamiin.. Terima Kasih kak laili sebab sudi memilih saya sebagai penulis jemputan dan publish entri saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Lin. nanti jangan lupa kongsikan pengalaman belajar di sana pula ye..

      Delete
  12. Lah ingatkan Cik Laili yang bakal terbang ke Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Cik Laili tapi Cik Lin yang bakal terbang ke Korea

      Delete
  13. hahaha baru nak ucap tahniah kat u rupanya penulis jemputan blog u yg bakal ke sana... heheheheh

    ReplyDelete
  14. Bestnya.... dulu dok serumah dgn budak korea. 3 bulan. Exchange student. Tapi, dia pandai cakap melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa Melayu agak mudah untuk dipelajari..

      Delete
  15. salam..saya pun akan ke Korea utk exchange..huhu
    kak belajar bahasa korea dari mane..? ble tiket flight akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..cik Lin belajar Korea di Korea Tourism Organization. apa kata nurul contact cik Lin melalui blognya. bolehlah jadi sahabat di Korea nanti..

      Delete
  16. waaa..congrats..ade jgk dpt borng exchange student dri member..tp xdpt join..hehe..g klas hangul jgk ae..teacher sape??hari ape?? sung jung min ke..sya baru hbs level 2..hehe..

    ReplyDelete
  17. waaa..g korea..congrats..ade jgk dpt form dri member pasl exchange student ni..tp tgh sem..xleh g..ambk klas hangul jgk ae kat KTO..hari ape?dgn seong jae min ke??hehe..sya dh hbs level 2..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada plan nak Korea juga ye? moga entri ini boleh jadi panduan anda nanti..

      Delete
  18. saya baru je submit borang permohonan pertukaran pelajar. Ke korea jugak. Dari ukm ke Ajou University of Korea. Minta semuanya dipermudahkan. teringin melihat budaya dan cara hidup org luar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda boleh membaca pengalaman elin sepanjang berada di Korea melalui blog beliau - http://elynnshazlin.blogspot.com/

      Delete
  19. Assalamualaikum. saya nak tahu mcm mne kita nk buat program ke pertukaran pelajar? adakah kita kene study dullu smpai dpt ijazah or ape?. atau bila2 je boleh buat? reply ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. program pertukaran pelajar ke luar negara biasanya bergantung kepada pihak universiti juga. seperti penulis jemputan entri ini, elin masih lagi belajar di UniKL. beliau akan berada di Semyung University selama 4 bulan dan kemudian akan pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian.

      Delete
  20. Selamat dech buat yang akan ke korea,,salam buat penyanyi K pop hehe

    ReplyDelete
  21. nak tnya...baper costs sara hidup sbgai student li disana?, dimana student li akan ditempatkn?, cara permakaian student yg buat li disana?

    ReplyDelete
  22. Seronoknya jika dapat pergi Korea dan duduk plak dgn mereka. Dapatlah tahu adat resam dan cara hidup mereka. Boleh belajar masakan mereka juga. Bila balik Malaysia boleh try masak kan? ;)

    ReplyDelete
  23. tumpang tanye...
    kolej/uni mane yg belajar ke korea..!!??????

    ReplyDelete
  24. fatul muslim: exchange student Universiti Kuala Lumpur =)

    ReplyDelete
  25. Salam cik 😉
    Sya nk tnya ada x mna mna kenalan cik di korea yang tahu mna mna rumah yg boleh disewa disekitar suwon? Kerana sya akn melnjutkn peljrn di ajou university buln 8 nie. Kediaman yg disediakn kepda sya terlalu mhl dn ianya tidk mampu bgi sya untuk menyewanya..

    ReplyDelete
  26. Hello. Sya ingin bertanya, mcm yg dicakapkan di atas, wang kena kukuh.... berapa wang yang perlu sekurang-kurangnya untuk ke negara korea ni? Untuk sebulan atau setahun kena ada berapa poket money? Harap boleh balas dengan segera. Terima kasih.

    ReplyDelete