27 February 2013

Tip Mencari Pekerjaan Yang Sesuai

Mencari pekerjaan yang sesuai bukanlah mudah memandangkan pada masa kini pencari pekerjaan terlalu ramai berbanding pekerjaan itu sendiri. Permintaan melebihi penawaran bak kata ahli ekonomi. Sama ada kita sedang mencari pekerjaan pertama atau untuk bergerak ke atas dari kedudukan peringkat bawahan, kita perlu bijak tentang pencarian pekerjaan dan pilihan muktamad yang akan dibuat.


 Pengalaman Sebagai Pekerja

Sebelum itu saya mahu bercerita tentang diri saya sebagai seorang pekerja. Sebaik tamat STPM saya menceburkan diri dalam sektor perkilangan sebagai operator biasa sebelum dinaikkan sebagai ketua dalam tempoh 4 bulan. Kenaikan gaji juga memberangsangkan sebelum berhenti dan menyertai CIMB. Apabila keputusan STPM keluar, saya ditawarkan ke UiTM dan Maktab Perguruan Durian Tunggal, Melaka. Tetapi saya tetap di CIMB dan menolak kesemua tawaran tersebut. Betulkah pilihan saya? 

Bidang pekerjaan yang manakah kena dengan jiwa saya? Saya pernah mendapat anugerah pekerja cemerlang di CIMB dengan jawatan terakhir sebagai PA kepada Pengurus Cawangan. Kemudian saya menyambung Ijazah separuh masa dalam bidang Pengurusan Perniagaan di OUM dan beralih arah ke bidang hartanah. Saya juga dinaikkan pangkat beberapa kali di syarikat korporat di mana tempat saya bernaung sekarang dan telah menghabiskan MBA dari UTM pada tahun 2011. 

Kesimpulannya, nampak seperti semua orang dan bos sayangkan saya, betul tak? Rahsianya adalah saya mencari pekerjaan yang saya suka, minat, tahu dan sentiasa menambah pengetahuan supaya tidak ketinggalan zaman.

Tips Mencari Pekerjaan Yang Sesuai
 
Bagi membantu kita semua membuat pilihan yang paling bijak, periksa 8 perkara berikut yang perlu anda nilai apabila memikirkan tawaran kerja. Kenal pasti keutamaan peribadi serta pro dan kontra setiap kerja.

1. Manfaat

Ini adalah sesuatu yang sering diabaikan oleh orang muda yang baru memulakan kerjaya mereka, tetapi tahukah kita bahawa faedah (benefit) kerja boleh menjadi nilai tambah sehingga 30% terhadap jumlah gaji yang kita dapat. Mulakan dengan mencari berapa banyak perlindungan perubatan dan pergigian yang kita akan dapat. Perlu juga mengambil kira faedah kewangan lain yang datang dengan kerja, seperti pembayaran balik pengajian/latihan, bonus, pembayaran balik perbelanjaan penempatan semula dan elaun-elaun lain yang bermanfaat. Jangan memandang rendah nilai faedah bukan kewangan seperti waktu kerja fleksibel dan sebagainya.

2. Persekitaran kerja

Terdapat 168 jam dalam seminggu. Jika kita menghabiskan 40 jam di tempat kerja, ini bermakna kita menghabiskan lebih kurang 1/4 minggu di sana. Sebab itu kita mesti memastikan persekitaran tempat kerja sesuai dengan jiwa kita. Banyak kriteria yang perlu diambil kira seperti etika pemakaian, saiz dan budaya bekerja syarikat, hirarki atau lebih demokratik dan sebagainya.

3. Lokasi

Lokasi juga memainkan peranan penting dalam pemilihan pekerjaan. Walaupun kerja yang ditawarkan itu memang amat diminati, tentu anda kena berfikir beribu kali jika lokasinya adalah di Kota Kinabalu sedangkan kita orang Semenanjung. Dapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarga sebelum kita erjebak dengan keputusan yang silap. Antara yang perlu diambil kira adalah ganjaran yang diterima, kadar sewa rumah dan kos sara hidup. 

4. Peluang untuk kemajuan kerjaya

Apakah bidang pekerjaan yang dipilih memberikan peluang bagi kita mengembang bakat dan kepakaran yang kita ada? Sebagai contoh, syarikat yang dipilih terdapat program-program latihan dan peluang pendidikan di tempat kerja yang membolehkan kita untuk mengasah kemahiran dan membina rangkaian kenalan perniagaan. Ini akan membuatkan kita menjadi aset yang berharga kepada syarikat

5. Tahap tanggungjawab

Tip lain adalah kita kena ambil kira juga tentang ‘authority’ yang kita kena tanggung dengan pekerjaan yang kita pilih tersebut. Jika kita kurang berkeupayaan, tiada keyakinan diri dan sering dibuli, apakah kita mampu menggalas tanggungjawab yang besar tersebut? Lebih baik pilih pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan diri sendiri!

6. Keselamatan pekerjaan

Selidik pekerjaan dan syarikat yang kita pilih samada ia mempunyai rekod sejarah lampau dalam hal keselamatan pekerjaan. Pilih syarikat yang telah lama ditubuhkan dan memiliki reputasi yang baik.

7. Kos perjalanan pergi-balik

Buatlah kira-kira tentang kos jangka pendek dan jangka panjang yang perlu ditanggung apabila memilih sesuatu pekerjaan. Kos yang tidak nampak inilah yang selalu menjadi beban pada masa depan seperti petrol, keadaan kesesakan lalu lintas dan juga bayaran tol. Jangan biarkan usia kita tua di atas jalan raya.

8. Di manakah kita mahu berada dalam sepuluh tahun lagi?

Adakah kerja yang dipilih ini akan membawa kita ke satu tangga kejayaan dengan tawaran gaji yang lumayan, ataupun kerja yang kita pilih sekarang boleh menjadikan kita seorang CEO atau ketua yang disegani. Tetapkan matlamat kita untuk 10 tahun akan datang ketika menerima tawaran sesuatu pekerjaan.

Selamat berjaya!
 -------------------------------------------------------------

Penulis jemputan : aynoranur
 

“Terima kasih kepada ciklaili.com kerana memberikan peluang keemasan ini kepada saya dalam slot ‘Penulis Jemputan’. Mungkin tulisan saya tidak berapa menarik ataupun tiada nilai komersial, tetapi saya suka berkongsi sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan buat semua. Ingatlah aynoranur.com sebagai portal Info Dalam Blog! Terima kasih semua!”  
 

24 comments:

  1. Replies
    1. t/kasih mia, awak pun hebat. Selalu baca artikel di blog mia berkaitan pendidikan. Semua orang ada kepakaran dalam bidang masing2, yg penting saling berkongsi.

      Delete
  2. CIK LAILI.. minta artikel ni untuk dimasukkan di careeron9..
    CREDIT for you...

    ReplyDelete
  3. hmmm mmg perkara di atas adalah faktor yg perlu difikirkan kalau nk minta kerja

    CL: a'ah, roadshow huggies tu adalah SP dari NN ;)

    ReplyDelete
  4. Lokasi dan persekitaran kerja memang penting dan perlu diutamakan supaya dapat kekal bekerja.

    ReplyDelete
  5. nice sharing..boleh buat panduan utk masa depan..:-)

    ReplyDelete
  6. totally agree bab tahu tahap tanggungjawab kita... gaji besar, pangkat tinggi tapi tak serasi dengan naluri kita.. baik tak payah... Thanks for the article!

    ReplyDelete
  7. sgt baik ..Kak laili memang pro .. sy baru nak melangkah ke alam praktikal tahun depan ..huhu insyaAllah

    ReplyDelete
  8. Nampak progress untuk memajukan diri. Tanniah.

    ReplyDelete
  9. kerja yang kita suka buat, hasilnya pun memuaskan..

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Fikir pasal kerja yang serabut ni, buat kita sentiasa rasa dalam zon selesa. Kena ada backup juga.

    ReplyDelete
  11. baik sekali... amat berguna kepada pencari kerja terutama pelajar yang akan tamat pengajian...

    ReplyDelete
  12. yang penting bila dah dapat kerja kena bagi komitmen penuh

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ciklaili....bagusnya tips ni...:)

    ReplyDelete
  14. Bagi saya persekitaran dan lokasi yang membuatkan saya memilih sesuatu kerja. Bila tempat tu best kita enjoy! sambil keje ;)

    ReplyDelete
  15. Betul sekali dengan tulisan Cik Laili,,kerja memang harus sesuai dengan hati,,tapi sebelum kita mencari pekerjaan baru yang sesuai mesti dipikir berulang-ulang terlebih dahulu

    ReplyDelete
  16. Yang paling saya suka ialah di manakah kita 10 tahun akan datang jika kita bekerja. kan best tu? ;)

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum, saya ditawarkan menjadi CSR di cimb. apa yg saya nk tahu adalah benefits yg dorg bagi. dan basic yg ditawarkan adalah rendah berbanding gaji saya skrg dan saya byk komitmen lain tambah pula saya akan berumahtangga pada February 2014. probation selalu 3bulan kan? then spjg probation tu kita boleh ke apply cuti dan dpt cuti kahwin dan sebagainya tu? so boleh x bagi pandangan dan pendapat sama ada perlu ke saya terima tawaran ni sbb saya tgh buntu jgk sbb gaji sikit, nk buat persiapan kahwin lagi kena guna byk duit. huhuhu. pls pls

    ReplyDelete
  18. Hi kak,boleh saya tanya benefits kerja di cimb?dari segi bonus,gaji,plan bersaradan program2 lain yang ditawarkan.sy baru dpt offer sebagai contact center consultant.terima kasih

    ReplyDelete