Taman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka

Seawal jam 7:30 pagi kami semua bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Jalan tidak sesak dan tidak banyak kereta membuatkan perjalanan lancar dan tiba awal ke destinasi yang dituju. Kamilah pengunjung pertama di sana dan anak-anaklah yang mengejutkan semua binatang dan serangga di sana. Kecoh sangat terutama si Adam yang tahun ini genap 3 tahun umurnya. Becok mulutnya menegur semua binatang yang ada di situ. Burung, monyet, ular, buaya, rama-rama, kura-kura dan sebagainya.

Harga tiket bagi dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas hanya RM6. Pada saya berbaloi sebab nama sahaja Taman Rama-Rama tapi di dalam tu macam-macam ada!!! Hihi..Siap ada souvenir jugak untuk kenangan sebagai ingatan yang anda pernah sampai di sini.
Photobucket Pictures, Images and Photos
Photobucket Pictures, Images and Photos
Photobucket Pictures, Images and Photos
Photobucket Pictures, Images and Photos
Photobucket Pictures, Images and Photos
Kawasannya juga bersih dan cantik. Saya pernah ke sini dalam 3 tahun yang lepas, memang ada minor renovation untuk upgrade kandang-kandang haiwan di dalam taman ni. Tengoklah rama-rama tu, mentang-mentanglah saya ni manis, berebut-rebut hinggap di bahu dan baju saya, hihi itulah yang anak-anak katakan.
Photobucket Pictures, Images and Photos
Memang tenang sangat suasana di sini, siap boleh lepak-lepak tengok air mengalir dengan puluhan ikan-ikan warna warni. Bak kata orang dapat menenangkan fikiran yang berserabut. Emmm terapi minda uolss. Memang sesuai sangat aktiviti ini untuk seisi keluarga. Oklah itu sahaja coretan saya kali ini. So lepas ni bolehla ajak keluarga anda untuk bercuti bersama kan!! ;) .

Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web Taman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka

 -------------------------------------------------------------

Penulis jemputan : ajumohit.com
 
 
Entri ini merupakan pengisian bagi slot Penulis Jemputan ciklaili.com. Pertama kali menulis sebagai penulis jemputan membuatkan saya berdebar, tidak sangka diberi peluang bagi menulis di blog hebat ini. Apapun Alhamdulillah saya diberi peluang untuk bercerita, berkongsi pendapat dan secara tidak langsung dapat mempromosikan blog saya yang biasa-biasa sahaja ini.

Setelah berbincang dengan suami, beliau mencadangkan agar lawatan kami ke Taman Rama-Rama di Melaka pada 20.1.2013 yang lalu, menjadi topik bagi entri penulis jemputan ini. Siap cadangkan tajuk lagi, hihi kelakarlah suami saya ni. Bukan apa, saya selalu bercerita suami sibuk sehingga tiada masa untuk kami, jadi ini salah satu tips untuk memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin erat Insha Allah, iaitu dengan meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Post a Comment

20 Comments

  1. wahhhhh bestnya.... happy family..

    ReplyDelete
  2. oh... belum pernah sampai ke taman rama-rama dan buat masa terdekat memang tak dapat pergi juga sebab anak2 masih kecil... aye memang tak berani bawa baby jalan jauh-jauh
    BTW... nice entry bahagia rasanya bila tengok orang lain bahagia..

    ReplyDelete
  3. tq ciklaili, this is a good chance for bloggers to know each other, win-win situation, tq!!!

    ReplyDelete
  4. Tiap tahun mesti ke Melaka,last ke taman rama2 6 tahun lepas.

    ReplyDelete
  5. Aik, kenapa perlu ada penulis jemputan cikgu?

    ReplyDelete
  6. bestnya...kakau ada masa nnt saya nak bawa auman datang ke sini. tq atas info ini. aju mohit juga ciklailu

    ReplyDelete
  7. Belum pernah sampai taman rama-rama di Melaka.

    ReplyDelete
  8. waiman : penulis jemputan dipilih dalam kalangan blogger yang telah diperkenalkan di blog ini dan menyertai segmen bloglist setahun dari ciklaili.com. saya rasa tiada salahnya untuk memberi peluang mereka menulis di blog ini sebagai tanda penghargaan. semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

    ReplyDelete
  9. Okay dah faham. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Tahniah kepada penulis jemputan kali ini. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  10. pernah sampai juga ke Taman Rama-Rama tuh...

    ReplyDelete
  11. Belum pernah ke situ walaupun asal orang melaka...

    ReplyDelete
  12. Bestnya! Lom pernah sampai lagi ke sana

    ReplyDelete
  13. Setuju dengan ayat yang last tu " satu tips untuk memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin erat Insha Allah, iaitu dengan meluangkan masa bersama anak dan isteri ".

    ReplyDelete
  14. strategik kawasan taman nie, berdekatan dengan zoo melaka dan taman buaya.. highway pun dekat..

    ReplyDelete
  15. wah memang tempat yg menenangkan...

    ReplyDelete
  16. salam..penah pegi cni mse thn 2008..best tempat ni..he3,,selamat dtg ke melaka..

    ReplyDelete
  17. Pernah sampai ke taman rama-rama ni tapi lama dulu. Perancangan nak bw anak-anak ke sana cuti sekolah lepas tak kesampaian. Harap2 dapat pergi juga dalam masa terdekat.
    Tahniah buat penulis..

    ReplyDelete
  18. Dah kenal live dgn ajumohit ni di SBB 2013..cute orangnya

    ReplyDelete
  19. Taman Rama-rama. Wah, nanti nak pegi gak ni. Saya belum pernah sampai sini. Saya yang belum pegi sini macam saya? hehehe.... ;)

    ReplyDelete
  20. Bagi sesiapa yang ingin melancung ke Melaka terutama di sini saya ada sebuah Home stay di Bukit Kalil. Sila Layari
    http://saujanahome2stay.blogspot.com/2014/04/home-stay-no-12-jalan-216-taman-saujana.html

    ReplyDelete