21 April 2013

Desa Water Park Kuala Lumpur

Ke mana destinasi percutian anda pada hujung minggu ini? Jom luangkan masa bersama keluarga bersuka ria dan berseronok di Desa Waterpark Sungai Besar. Oppss! Bukan Desa Water Park Sungai Besar tapi Desa Water Park, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Di Sungai Besar belum wujud lagi, cuma ada sawah padi / bendang yang dipenuhi dengan warna kehijauan saja.

Percutian saya ke Desa Water Park Sungai Besi adalah pada hujung tahun lepas. Sebenarnya saya baru tahu terdapat waterpark di Kuala Lumpur. Jadi untuk memanfaatkan masa yang ada, saya pergi ke sana bersama adik-adik. Maka terukirlah senyuman dibibir mereka kerana berpeluang ke sana. Semua ini dirancang tanpa diduga selepas tidak jadi ke Genting Highland. Beruntunglah mereka mempunyai kakak seperti saya.

http://www.desawaterpark.com.my/images/img_location_b.jpg

Bayaran masuk ke Desa Water Park adalah mengikut umur dan ketinggian dan dibuka pada setiap hari (jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang) kecuali pada hari Rabu. Terdapat juga pelbagai pakej menarik yang disediakan. Antaranya : School Package, Birthday Package, Corporate Package, Government Package dan Hall Rental.

 


    Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Desa Water Park Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : Qaseh iManie
 


33 comments:

  1. Replies
    1. insya Allah lain kali boleh bawa Amir & Amar ke sini pula.
      kami sekeluarga memang suka tempat2 yang macam ni :)

      Delete
  2. Bestnya ..bawa anak2 ni tentu seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 memang suka main air..cuti nanti bolehlah bawa. tak jauh sangat pun..

      Delete
  3. Owh, desa waterpark ni 10 min dr rumah tp belum sempat untuk pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? bolehlah pergi bila berkesempatan

      Delete
  4. tak pernah lagi ke sana, biasa lalu dan perhati dari jalan raya jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah PM bawa Mifz main air di sana..

      Delete
  5. Wah! Boleh main air di sini puas-puas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..datang awal supaya dapat merasa semua permainan yang disediakan..

      Delete
  6. Sangat seronok melihatnya,nak jua pergi sana.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. memang menarik walaupun ia berada di tengah bandar..jom pergi !

      Delete
  8. Nasib baik masa tengah baca entri ni anak2 takde dekat..kalau nampak,confirm diorang aturkan untuk pergi..apapun,terima kasih info..baru tahu pasal waterpark ni..

    ReplyDelete
  9. Budak2 suka sangat la kalau tempat jenis yang main air ni..

    ReplyDelete
  10. pasti seronok main air ...terutama anak2 kecil

    ReplyDelete
  11. Kebetulan hujung minggu lepas saya membawa famili bermandi manda di aie terjun Serendah.

    ReplyDelete
  12. Kalau anak dah besar-besar seronok la..sekarang masih kecil. Tak boleh nak appriciate lagi

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi ke sana.. walaupun agak dekat dengan Putrajaya nih.. hehehee

    ReplyDelete
  14. Memang best bila berjumpa dengan air..Bukan kanak-kanak sahaja malah orang tua juga turut gembira..Jom kita bercuti !!

    ReplyDelete
  15. wahhh asyiknya,,bermain air dengan sepuas hati seperti ini,,,,

    ReplyDelete
  16. Sungai Besi ada water park. Ni best ni, tak payah pergi jauh2 kan?

    ReplyDelete