14 December 2012

Ayat-Ayat Ruqyah

Dalam entri ini saya ingin kongsikan maklumat tentang ayat-ayat Ruqyah dan cara menggunakannya. Sebelum itu eloklah kita mengetahui serba sedikit apakah maksud Ruqyah.


Definisi Ruqyah
 
Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.


CARA MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah  di dalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
 


Ayat-Ayat Ruqyah

1. Al-Fatihah 
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. 

* Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan.

Kredit : Oh! Islam
 

10 comments:

  1. asslamualaikum..terima kasih kerana berkongsi info..rase nya saya ni ada pelesit yg ikut ke mana2 saya pergi..smpai saya pergi rmh org kawin pun pelesit ada ikut.tp x dekat badan saya..cuma terbang dari jarak 2 kaki dari saya.

    ReplyDelete
  2. info yang bermanfaat buat saya. tq cik laili
    http://hudamj.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. selalu amalkan ayat2 ni. setakat ni mmg berkesan. Dah jadi amalan tiap kali rasa ada 'sesuatu' atau nak meragam mmg sy pasang ayat2 ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya, kenapa kita tidak boleh mengikut bacaannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. seperti yang dinyatakan dalam entri ini anda tidak perlu mengikut bacaan & hanya perlu pejamkan mata untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum. wallahu'alam

      Delete
  5. Assalamualaikum.. boleh @ x kalau kita usaha untuk membaca sendiri?? kaedahnya mcm mna plak.. nak kna ttup mata jgk ka just bca mcm2 jer...

    ReplyDelete
  6. Saya dah cuba buat,masa dengar kepala rasa sakit,tekak rasa mual nk muntah,kerap sedawa..masa pejam mata terbayang de benda wrna hitam nk keluar dr mulut..cepat2 saya celik.keesokkan hari saya berjumpa dgn seorang ustaz yg mmg pndai mengubat..ternyata benar ada gangguan dlm bdn saya.saya menangis kesakitan dan rasa panas ketika dirawat...alhamdulillah saya sekarang dh ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..syukur anda telah pulih. semoga ana terus diberi nikmat kesihatan yang baik oleh-Nya..Amin..

      Delete
  7. Sy dengar, lepas tu sakit blkg, mengantuk , rasa nk marah dan tiada mood. Adakah ianya kene mengene? Sy juga sakit kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berkemungkinan saudari/saudara ad gangguan dri jin...cuba dptkan bantuan dri ustaz yg ahli dlm bab ini

      Delete