12 December 2012

Terengganu Kami Datang

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberikan cadangan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi semasa percutian di Terengganu Darul Iman. Ada beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi seperti Pasar Payang, Pantai Batu Buruk dan Masjid Terapung. 

Walaubagaimanapun percutian 4 hari 3 malam di Terengganu amat menyeronokkan terutama dari segi makanan - dapat makan nasi dagang, keropok lekor serta sotong / ikan goreng celup tepung. Tapi tak sempat pula nak pergi minum air buah gelas besar yang istimewa tu.

Kami telah memilih untuk menginap di Villa Ria Sandra (Private Villa) yang terletak di Kuala Terengganu. Villa ini dijaga 24 jam oleh pangawal yang bertugas jadi kami tidak perlu risau tentang keselamatan. Kereta kami juga diletakkan di dalam kawasan villa.  Untuk maklumat lanjut, sila ke Villa Ria Sandra (Private Villa)


Antara tempat menarik yang sempat kami kunjungi :

1) Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal 


2) Warung Pok Nong - makan sotong & ikan goreng celup tepung (sila baca review dari blog Idazuan tentang Warung Pok Nong).


3) Kedai Keropok Lekor - bawa balik 'buah tangan' untuk keluarga dan jiran-jiran.


4) Dataran Shahbandar - sempat menyaksikan pertandingan kereta dan motor tercantik sempena hari terakhir Monsun Cup 2012.


5) Pasar Cabang Tiga - beli kuih akok dan dimakan semasa dalam perjalanan balik ke Selangor.


* Ada rezeki nanti kami nak ke sana lagi - nak jalan-jalan ke pulau pula :)

9 comments:

  1. wah, dah lama tak makan kuih akok tuuu..

    ReplyDelete
  2. salam cik laili..salam perkenalan.Sotong itu sangat mengujakan bila tengok.HUUU terliur den

    ReplyDelete
  3. Best kan g terengganu..he3..2thn lps saya g time tu musim ujan..payah nak berjalan sgt

    ReplyDelete
  4. bestnyer jadi cikgu & cikgi, cuti hujung tahun panjang, macam-macam tempat boleh pegi..

    ReplyDelete
  5. Sotong celup tepung tu menyelerakan betul

    ReplyDelete