Jadual Gaji SSM 2012 Bagi Gred DG41, DG44, DG48 dan DG52

Dalam entri ini saya kongsikan Jadual Gaji SSM 2012 bagi Gred DG41, DG44, DG48 dan DG52 sebagai panduan dan rujukan anda semua. Bagi Gred DGA29, DGA32 dan DGA34 pula, sila click  :




Click pada gambar yang berkenaan untuk melihat dengan jelas gred gaji tersebut. 
* Anda boleh simpan gambar gred gaji ini untuk rujukan anda dan rakan-rakan.

DG41 P1

DG41 P2

DG41 P3

DG44 P1

DG44 P2

DG48 P1

DG48 P2

DG52 P1 

DG52 P2

Post a Comment

63 Comments

  1. kenaikan ada dua kali tak..?klu ssm bulan 7 ni ada kenaikan gaji tahunan..so agak2 dapat tak?

    ReplyDelete
  2. ttg kenaikan 2 kali tu saya kurang pasti. kena tunggu pengumuman dari pihak yg berkenaan

    ReplyDelete
  3. Dga 29 xder ke

    ReplyDelete
  4. buat masa skrg untuk DGA29 & DGA32 belum ada lagi. nnt kalau ada, saya upload dlm blog ni ye..

    ReplyDelete
  5. Salam, Maaf cik laili, tapi pada perkiraan saya gaji daripada mat kedah bukan saja tak tepat malah macam x logik pula.

    1 lagi pengiraan 13% tu belum tentu lagi dikira daripada gaji semasa , kemungkinan besar dikira gaji T1. Seperti mana yang pernah dibuat sewaktu SSB tukar ke SSM dan juga sewaktu SSM 2007 zaman Pak Lah dulu. semuanya kenaikan dikira drp T1. so tak kira berapa pun T seseorang tu jika gred sama maka RM kenaikannnya sama. Contohnya andaian saya untuk kes guru DG41T4 dan DG41T15 kenaikan mereka untuk 13% itu RM nya sama. cuma yang akan beza bergantung KGT baru yg akan diumumkan kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa betul dh tu yg mat buat.. Kalau semua dpt RM yg sma x adil la bg yg senior tu..

      Delete
  6. It@Guru : saya memang menunggu komen dari anda :)

    seperti yg saya nyatakan di akhir entri ni * sejauh mana kebenaran jadual gaji SSM tu hanya MaT KeDaH saja yg boleh jawab.

    ReplyDelete
  7. Dgr kata ada kenaikan tahunan sekali ye ke?

    ReplyDelete
  8. insya allah ada cuma tak tahu berapa jumlahnya mengikut gred masing2. kenalah sama2 kita tunggu pengumuman seterusnya

    ReplyDelete
  9. Slm..saya pun rasa sifir tu tak betul...mana boleh kenaikan 13% setiap tangga gaji...13% tu bagi gaji p1T1 ...tangga gaji berikutnya tambahlah dgn kenaikan tahunan..tengoklah gaji kita kat mana..rasanye lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt..kalu naik 13 peratus setiap T, xjd lah tangga gaji mgikut KGT yg ditetapkan sesuatu gred tu..

      Delete
  10. rasa2nya pasti ada perbezaan sekurang2nya satu KGT di SSM yang baru untuk setiap anak tangga gaji..klu main tibai 13% jer..setiap tahun banyak kerjalah kerani gaji..haha

    ReplyDelete
  11. cth gaji yang dibuat bukan berdasarkan gaji sebaris dan tak mengira maksimum dan minimum. Gaji 13% akan bermula dari P1T1 dan gaji maksimum mungkin akan dikira berdasarkan pada P3T20 (cth sahaja). Kemudian gaji ini akan disusun secara sebaris dan akan diagihkan secara sama banyak dalam T20 (contoh sekiranya hanya dibuat dalam 20 mata gaji bagi skim gred tersebut). Berkemungkinan juga KGT yg diberikan tidak akan sama seperti dalam SBPA, cthnya DG41 kenaikan tahunan RM225 dalam SBPA mungkin tak dinikmati dalam SSM baru ni.
    Isu nya, jika gaji dah sebaris ??? bagaimana pula yg duduk dia P2 dan P3. bagaimana pemindahan gaji mereka ???

    ReplyDelete
  12. Dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) Semua Penjawat Awam menikmati gaji matrik 3 lapis iaitu P1, P2, P3 dan BUKAN Sebaris.
    Sekian, harap maklum.
    Pn Lok Yim Pheng
    Setiausaha Agung KPPK

    ReplyDelete
  13. asyik2 dg41 ja.. dg29 tiada tangga gaji baru?

    ReplyDelete
  14. x payah tunggu jadual gaji. kira aje sendiri. 13% tu darab aje dengan gaji basic.

    ReplyDelete
  15. memang ler kiraan tu xbtul kalu ikut formula pelarasan SSB ke SSM. Tp dari yg sya dgar... pelarasan 13% ni dikira dari tanggagaji terkini bagi setiap org. sbb tu ler matkedah wat jadual cam tu. tp ada logiknya gak. sbb kalu pelarasan 13% dikira dari P1T1, mmg banyak kenaikan utk setiap org. sehinggakan bole jd bertambah skali ganda dari gaji terkini. agak2 kerajaan nak byar ke bnyk mcm tu bg 1.4juta kakitangan? sesapa ada info lg tak? share2.

    ReplyDelete
  16. Dulu pun sama gak pemindahan dia dr ssb ke ssm,kenaikan 15% bg setiap tangga gaji...bezanya skrg kgt dh ditetapkan iaitu antara rm80-rm320,dulu kgt tak ditetapkan...

    ReplyDelete
  17. saya rasa mmg betul kenaikan 13% akan dibuat mula dengan P1T1 kemudian akan diikuti dengan KGT yang baru. untuk menetapkan gaji baru pula, gaji semasa akan didarabkan dengan 13% dan lihat dalam jadual yang terbina mana yang terlebih hampir.
    hanya sekadar pandangan

    ReplyDelete
  18. Tu yg dia wora.g kasi,suspen bg kita lalok dulu..alih2 indah kabar dr rupa..

    ReplyDelete
  19. Ikut logiknya senang saja...gaji 2011+kadar kenaikan tahunan x 13%=Hasilnya+gaji 2011..andaikan gaji aku rm2000+225=2225

    2225x13%=RM 2514.25...

    ReplyDelete
  20. Ini komen dari orang gred W. Pelarasan masa Pak Lah dulu sebenarnya berdasarkan gaji semasa. Kalau masa tu anda gred N27, gaji P1T7, maka gaji pokok anda P1T7 X 35%. Begitu juga yang lain. Gred 41 dapat 15% masa tu.

    Bagi pelarasan Jan 2012, Gaji pokok Disember 2011 X 13%. Lepas tu, kenaikan gaji tahunan (KGT) macam biasa tapi kadarnya antara RM80-320. Bagi yang naik gaji bulan Jan akan dapat pelarasan dan KGT serentak.

    Cuma sekarang ni, tak pasti berapa kerajaan nak bagi sebab belum ada matriks gaji baru.

    Satu lagi pasal gaji sebaris SBPA tu. Gaji sebaris menyebabkan kehilangan kekananan kakitangan dan merupakan salah satu sebab SBPA dibatalkan. Saya rasa P1,P2 dan P3 akan masih dikekalkan, cuma kaedah anjakan ke P2 dan P3 belum pasti lagi sebab PTK dah dimansuhkan.
    Kita harapkan kerajaan tidak mengenakan kuota 8% anjakan sebab kakitangan cemerlang bukan hanya 8% dari 1.4 juta. Betul tak?

    ReplyDelete
  21. assalam... tumpang tnye.
    mcm mane dgn kenaikan pangkat time based?
    utk guru, masih kekal 10thn @ 8thn seperti diumumkan bsama SPba?
    mcmmn dgn kes guru yg dah time based 10thn thn ini,.. statusnye mcm mane?
    tangga gaji kt mane ye?

    sgt keliru

    ReplyDelete
  22. Second comment dari orang gred W.
    Walaupun time-based promotion ni adalah intipati SBPA, saya percaya kerajaan akan meneruskan hasratbaik tersebut kerana sememangnya kerajaan pada hari ini peka akan kebajikan guru. Apa tidaknya, guru memang pembentuk generasi baru. Saya sendiri bukan guru, tapi semua kita yang educated ni pernah diajar oleh guru. Harap kerajaan akan mengeluarkan pekeliling berasingan berkenaan time based 8 tahun tu.

    ReplyDelete
  23. Saya pun buat berdasar pengetahuan yg tak seberapa... he he he

    ReplyDelete
  24. rugi gak naek 13%,sepatutnya..biala semua skali dpt gaji y sma.,cth..rm200 utk semua..bru adil,

    ReplyDelete
  25. en biskut..

    salam.. pada pendapat saya.. berkaitan penyelarasan gaji ini terdapat 2 teori..
    terori pertama: mengikut kaedah penyelarasan tahun 2007 yang mana kenaikan 13% daripada gaji asas dan pergerakan gaji tahunan ( KGT) juga adalah meningkat 13% daripada KGT semasa. sebagai contoh.. untuk DG41 p1 t6 ialah rm 2238 maka akan ditambahkan 13% bermula jan 2012 dan akan menjadi rm 2529. dan untuk tahun berikutnya KGT hanya rm 102 setelah diberikan kenaikan 13% daripada KGT semasa iaitu rm 95. jadi untuk tahun 2013 gaji anda adalah 2631..

    teori kedua: mengikut pergerakan dalam sbpa iaitu pergerakan tahunan sebanyak rm 225. tapi kita akan kehilangan seniority apabila pergerakan seperti ini kerana beberapa mata gaji sekarang akan dikumpulkan mengikut mata gaji baharu, tapi untuk jangka masa panjang ia akan menguntungkan kakitangan awam keranan kenaikan gaji tahunan adalah belasar..

    walau bagaimanapun ia hanyalah teori sahaja.. selebihnya terpulang kepada jpa yang menggubal sistem gaji ini.. tq..

    ReplyDelete
  26. Bukan ke kiraanya seperti sbpa. Mula2 naik satu KGT, kemudian tambah 13%.

    ReplyDelete
  27. saya rasa perkiraan daripada gaji semasa.jika digunakan t1 maka apa yang diumumkan lebih teruk daripada sbpa dan lebih memalukan pm.

    ReplyDelete
  28. En. Biskut,
    KGT RM102 tu agak tidak logik bagi DG41. Perlu diingat KGT baru adalah di antara RM80-320 mengikut gred. Anggaran Mat Kedah tu agak munasabah dengan mengambilkira banyak lagi gred-gred rendah SSM dari Gred 1 hingga 40.

    Dari W.

    ReplyDelete
  29. PGT atau KGT untuk SSM Plus sebagaimana yang diumumkan oleh PM masih lagi mengguna pakai elemen-elemen PGT SBPA iaitu dari RM80.00 hingga RM320.00. Contoh bagi Gred 41 ialah RM225.00. Bagi menyediakan matagaji Gred ini ialah dgn menambahkan 13% kenaikan pada gaji pokok iaitu sekiranya Gaji pokok bermula pada RM1695.85 +13% kenaikan SSM Plus ialah RM1,916.00 pada P1T1 /T2 - RM2,141.00, T3 - RM2,366.00. T4 - RM2,591.00, T5 - RM2,816.00, T6 -RM 3,041.00 dan seterus nya.

    Bagi menentukan tangga gaji dan jumlah kenaikan gaji penjawat awam ialah dgn kiraaan gaji semasa pada 31.12.2011 + 13% kenaikan iaitu:-

    Contoh sekiranya gaji anda dib bawah SSM berada pada P1T4 iaitu RM1,967.20+ RM255.74 (13%) = RM2,223.00. Apabila dipindahkan ke mata gaji SSM Plus paling hampir maka gaji anda adalah pada kedudukan P1T3 iaitu RM2,366.00. Sekira PGT atau KGT anda bermula pada Januari, maka gaji anda pada 01.01.2012 ialah RM2,591.00. Itulah gambaran yang saya perolehi semasa menghadiri taklimat SMS Plus yang disampaikan oleh saudara Aziz bin Muda, Timbalan Presiden CUEPACS pada 25 Mac baru-baru ini di USM Kubang Kerian.

    Bagi pengiraan Gred lain samaada P2 atau P3 formulanya sebagaimana P1 tadi dan PGT Gred 41 P2 masih lagi RM 225.00.

    ReplyDelete
  30. Kenyataan PM pada 8 Mac baru-baru adalah jelas. PGT atau KGT adalah RM80-320 masih lagi guna pakai SBPA. Gred 1 - RM80 hingga Gred 54 RM 320.00. Ini dinyatakan oleh saudara Aziz Muda Timb. Presiden CUEPACS pada 25 Mac di Kota Bharu Kelantan

    ReplyDelete
  31. dua variable yang terlibat iaitu 13%@x dan kgt@y jadi :

    1.13x+y= gaji baru.

    Tahun 2007 lain sbb ada 1 variable sahaja iaitu x

    1.XX(x)= gaji baru

    ReplyDelete
  32. salam...sekadar pertanyaan dari saya yg kurang jelas dan kurang arif, menurut seorang sahabat, pengiraan utk gred 44 KUP, pelarasannya dikira ikut gred 41 (sbb hakikinya masih 41), betul ke cmtu?
    dan menurut sahabat itu juga, pelarasan gaji memang dikira dari t1, macam formula pelarasan 2007 dulu.

    ReplyDelete
  33. salam, semua pekeliling dah kuar . pelik tapi benar. lebih kurang macam mat kedah buat. So lepas ni kita semua tiada T lagi yg ada cuma P1, P2, dan jika ada P3.

    http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms

    ReplyDelete
  34. pening la kerani buat gaji lepas ni..

    ReplyDelete
  35. Kenapa formula pengiraan gaji baru ini ssm ini menunjukkan bahawa kakitangan yg terdahulu rugi. Kakitangan yg beru berkerja pulak yg untung.

    ReplyDelete
  36. Klu gaji DG41 P2 apabila dilantik ke DG44 tangga gaji akan dikira mengikut P2 juga ke ?

    ReplyDelete
  37. Dulu saya pun DG41P2, bila naik ke DG44 pegi ke P1 dengan gaji yang sama dengan orang yang DG41 p1 semula. Saya kecewa kerana jadi sama ddengan dg41 p1 dan menikmati perbezaan gaji setelah lulus ptk hanya bebeberapa tahun aje. Sedangkan orang lain sampai sekarang. Tapi sistem yang diwujudkan memang ada yang rugi dan ada yang untung. Saya termasuk yang rugi...hehe...memang nasiblah..

    ReplyDelete
  38. salam. kalau ikutkan sifir sebenar orang yang kenaikan gaji Januari teramatlah ruginya coz kami dah 15 bulan bekerja dengan gaji yang sama. berbanding dengan kenaikan bulan April, julai, oktober. depa tu tak cukup lagi bilangan bulan. sepatutnya orang kenaikan jan dikira gaji semasa yang sepatutnya diterima pada tahun berkenaan.

    ReplyDelete
  39. terima aje, tolak-tolak macam SPBP dulu, langsung tak dapat nanti..

    ReplyDelete
  40. Bersyukurlah dengan kenaikan yang ada. Jangan jadi macam SBPA dulu sudah, tolak-tolak nanti makin sikit pula dapat...

    ReplyDelete
  41. syukur dengan apa yang diperolehi jika dibandingkan orang kg, orang kerja sendiri atau orang kerja swasta. allahamdullillah semoga kita mendapat keberkatan dan barakah dengan rezeki halal

    ReplyDelete
  42. inilah rezeki dari allah namanya.setiap orang ada rezeki masing2.sikit atau banyak itulah rezeki kita.

    ReplyDelete
  43. Jadual Gaji Baru SSM 2012 ada di sini (http://www.imbas-abc.com) --- Boleh pakai ke?

    ReplyDelete
  44. elaun-elaun untuk DG52 cam mana agaknya cik laili

    ReplyDelete
  45. KGT saya sudah dibayar, nampaknya kena simpan utk raya ler... http://matkedah.com/blog/2012/06/23/tunggakan-kenaikan-gaji-tahunan-ssm-2012-dibayar-bulan-jun-2012/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sapa2 boleh tolong kira...kenaikan dr dg41p2 ke gred dg44 dengan basic gaji rm3199.30

      Delete
  46. Nak tanya, masa t.tgn SBPA dulu, Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan saya telah diubah ke bulan April. Adakah Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan sekarang ikut SSM lama atau SBPA yang dibatalkan tu? TPG SSM lama saya pada bulan Januari.. Minta pendapat rakan-rakan semua.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  47. salam. sy agak musykil tntg gaji yg sy dpt skrg. sy sudah pun berada dlm dg44 selama 2 thn(12thn b'khidmat). tp knp guru yg br dilantik ke dg44 mengikut time based(10 thn b'khidmat)gajinya hy krg b'brp ringgit shj drp sy?hrp ada yg dpt beri penjelasan. tq

    ReplyDelete
  48. cara pengiraaan gaji ssm terbaru nih ada dlm pekeliling bil 1/2012...

    ReplyDelete
  49. rasa pelik bukan? baru sahaja terima ijazah (dg 29 @ dg 32) ke dg 41 terus ke 44 sehingga boleh beza beberapa ringgit sahaja..pelik
    maknanya..ijazah anda (asal dg41) tidak ada manfaat..tiada bezanya golongan profesional dengan sokongan..pengalaman jika diambil kira sekalipun janganlah sehingga mengabaikan golongan yang memang asal siswazah (dg41 asal).

    ReplyDelete
  50. Hai, Cik Laili,berkenaan dg41 ke dg44, saya rasa sakit hati pasal pengiraan gaji DG41 ke DG44. Hanya naik 225 sahaja. Tapi guru yg baru 8 tahun gaji masih bawah gaji permulaan dg44 terus naik ke gaji pertama 44 .Ada yang naik dari 2900 ke 3368. Tetapi guru expppld 3 + 7 thn , kes saya sendiri gaji dah lepas hingga 3 kali kenaikan gaji 44 hanya naik 225 itupu penambahan dalam dg41 sahaja tak sentuh tangga dg44. Sakit..... sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..gaji org yg ada ijazah engineer berbeza dgn yg biasa dan yg art 3 tangga ke bawah, tp bila naik dg44 ni gaji yg ijazah art ni kenaikan dr 2938 pegi ke 3370, sedangkan kita yg dh 3163.40 pegi ke 3388.40... mcmna tu cik laili?

      Delete
  51. terima kasih Cik Laili kerana kongsikan informasi yang amat berguna.

    ReplyDelete
  52. pounsikou....(terima kasih dalam bahasa dusun)













    ReplyDelete
  53. buat gaji minima dah lah ,saya dah gaji mati tak dapat menikmati.....

    ReplyDelete
  54. contohnya berapa gaji paling biasa utk dg41 melangkah ke dg44? maklumla baru nk merasa..

    ReplyDelete
  55. saya cuba jawab. kalau salah mohon rakan-rakan betulkan yer...

    formula nyer macam ni:

    gaji akhir/sekarang di DG41 tambah RM225. Kalau jumlahnya kurang dari gaji minimum DG44, dapat gaji DG44 pada gaji minimum DG44.

    Kalau jumlah yang ditambah tadi lebih dari gaji minimum DG44, jumlah ditambah itulah gaji di DG44.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada yang dapat beri formula kenaikan DG41 ke DG 44,
      mengapa kenaikan gaji saya ditambah dari gaji DG41 sahaja ,
      tidak menggunakan jadual gaji 44 pun...

      - DG44 Mac 2012

      Delete
  56. Adakah krn Kita cuti tanpa gaji selama 6bln Kita Hanya layak diberi laporan prestasi 50%sama seperti org yg dikenakan tindakan tattertib.mohon bg pendapat Dan cadangan

    ReplyDelete