31 March 2012

Cara Pengiraan Kenaikan Gaji 13% Pegawai Perkhidmatan Awam Dan PDRM Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Ramai yang ternanti-nantikan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA berkaitan kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2012 iaitu kenaikan gaji 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pada 30 Mac 2012, pihak JPA secara rasminya telah mengeluarkan :

1. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012 berkaitan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

2. Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2012 berkaitan Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Sila click link dibawah untuk membaca pekeliling-pekeliling tersebut.


Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2012 

Untuk mengira berapakah jumlah gaji anda mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012, anda boleh melihat contoh seperti gambar di bawah :

Contoh : Gaji seorang guru DG41 pada 31 Disember 2011 pada P1T10 di bawah SSM adalah sebanyak RM2,509.90 didarab dengan 13% kenaikan gaji, maka jumlah gaji pada 1 Januari 2012 adalah sebanyak RM2,836.19. Untuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tahun 2012 mengikut Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) bagi DG41 pula sebanyak RM225.00. Jadi jumlah gaji guru DG41 tersebut = RM3,061.19.


Untuk mengira gaji anda, sila click link di bawah :

Pengiraan Pemindahan Gaji

Untuk melihat Jadual Gaji Minimum-Maksimum bagi Pegawai Perkhidmatan Awam, anda boleh merujuk Lampiran A yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012

Manakala bagi PDRM, anda boleh merujuk Lampiran A yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2012. Harap maklum. 

Berikut adalah Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pendidikan Gred D41 hingga DG54 dan Gred DGA29 hingga DGA38 berserta Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).


Selain itu, bayaran Bantuan Sara Hidup (COLA) turut sama mengalami kenaikan bagi kawasan B dan kawasan lain manakala kawasan A tidak mengalami perubahan. Sila rujuk Jadual di bawah :


9 comments:

  1. Overall, gaji yang ditawarkan lebih menrik berbanding sbpa...
    Namun, sedar atau tidak, gaji maksimumnya kurang berbanding sbpa...
    untuk short term, menarik...
    tapi utk long term, seperti rugi juga...
    Cuma mungkin,ia akan dikaji dari masa ke masa...So, bersyukurlah...

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH KERAJAAN TERIMA KASIH NUTP TERIMA KASIH MENTERI PERIHATIN NASIB GURU
    MUGA INI SEMUA MEMBERIKAN RASA SYUKUR PADA SANG PENCIPTA

    ALFATEHA BUAT PARA GURU MUSLIM YANG TELAH MENINGGAL DAN TIDAK MERASA SSM BARU

    ReplyDelete
  3. Cik Laili Gaji Januari itu kena campur RM225 pula untuk kgt DG41 tahun 2012.

    ReplyDelete
  4. bukan berita baik bagi yang berada di tahap maksima tapi bersyukur masih sihat untuk berkhidmat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi. Anda juga boleh lihat jadual gaji guru DG41 P2 di link ini
    http://mishafie.blogspot.com/2012/04/jadual-gaji-minimum-maksimum-dg41-p2.html

    ReplyDelete
  6. trime kasih..trima kasih jugak..jadi bila gaji dah naik kite sbg guru pun kenelah kerja dengan lebih tekun kan?nanti org lain dok kata lak cikgu keje senang tp gaji tinggi..walaupun kita di pihak guru sebenarnya byk keje2 yg dibuat x nmpk dek org..jom kite tingkatkn prestasi!!!!

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada mereka yg telah berusaha dalam kenaikan gaji kakitangan awam.Semoga mutu kerja kita pun dapat ditingkatkan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapatla menambah untuk perbelanjaan harian...tq ciklaili coz post psl cara kira kenaikan gaji ni...coz kita mmg tak faham sgt camne cara kira kenaikan gaji ni
    so bila ada post ni baru la faham...
    tq

    ReplyDelete
  9. Klu bg kakikatangan awam berasal dari sabah n swk tidak layak ksh mndapat elaun cola sedangkn berkhidmat dkawasan A.... Alasan dpt elaun wilayah bknkah elaun wilayah itu dbayar oleh kerajaan negeri knp elaun sara diri cola tidak layak oleh kakitangan awam asal sabah n swk.... Just nk bertanya? Coz keliru.....

    ReplyDelete