15 May 2013

Ruang Dapur Baru


Pada awal bulan Mei yang lalu, proses membina ruang dapur yang baru telahpun bermula. Oleh kerana saya dan suami tidak bercadang untuk menambah bahagian belakang rumah, jadi kami bersetuju untuk membina ruang dapur yang lengkap dengan kitchen cabinet, dapur dan sinki. Bahagian belakang rumah pula digunakan sebagai tempat menyidai pakaian dan kami bercadang untuk membuat projek menanam bunga-bungaan dan sayur-sayuran (masih dalam perancangan).


Warna merah dan putih telah menjadi warna pilihan kami. Alhamdulillah...proses pembinaan telah siap pada petang hari Selasa (14/5/2013). Kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan. Sebelum ini kami pernah menggunakan khidmat syarikat yang sama untuk membuat kabinet buku. Ruang dapur yang dahulunya nampak kecil, sekarang nampak agak luas juga. Selepas ini bolehlah kami sekeluarga masak bersama-sama seperti selalu.


Jom tengok bagaimana rupa ruang dapur baru rumah kami.

Suami, Amir dan Amar diruang dapur baru

56 comments:

  1. tahniah...cantik dapur cik laili...boleh share brapa kos renovate dapur tu..nti boleh saya budget klau nk renovate dapur atau bahagian lain rumah sndiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos ikut berapa keluasan dapur & material yang digunakan. nasihat saya, lebih baik anda survey banyak kedai. kami dah pernah buat kabinet buku dengan company yang sama. memang puas hati. sebab tu gunakan khidmat mereka untuk buat kitchen cabinet pula..

      Delete
    2. cantik!~
      nak tanya la...brp kos mcm ni? material yg cik laili pilih ??

      Delete
  2. Fuyooh, ada orang dapat dapur kabinet baru. Sudah tentu bersemangat untuk ke dapur selalu. :-)

    ReplyDelete
  3. Lepas nie confirm la rajin nak KUKUS ... GRILL ... PANGGANG... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ada dapur ni pun biasa buat ikan panggang & kuah asam.

      Delete
  4. wah..cantiknyer,,my feberet kaler tu..merah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ciklaili...cantik2 dapurnya tu...:)

    ReplyDelete
  6. Cantik... mesti selesa memasak di dapur baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. alhamdulillah..boleh masak bersama suami & 2 org anak bersama2 di ruang dapur baru ni..

      Delete
  7. wah wah waaaaahhh... boleh laaa bertandang rasa hidangan nasi arab cik laili.. cantik kabinet! kemas..

    ReplyDelete
  8. Alhmadulillah....Subhanallah ..cantiknya dapur, makin semangat memasak la ni

    ReplyDelete
  9. samalah warna kabinet kita, saya pun pilih merah...dapat meransang selera makan betul tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kami bertemakan merah & putih. sebab tu buat keputusan pilih warna ini juga untuk dapur :)

      Delete
  10. Cantik jugak dapur ciklaili ni ye... Kemas dan simple..

    ReplyDelete
  11. cantik...teruja nak bt entri ttg dapur baru...tp belum sempat ambil gmbr dah letak barang...mmmm bersepah2 dah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa entri ini ditulis dapur baru je siap kak. tengoklah tingkap tu, penuh dengan habuk..

      Delete
  12. dah pun siap
    malam ni masak lauk apa?
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam proses mengemas..nanti buat entri tentang lauk pula. hehe!

      Delete
  13. cantiknyaaaa!

    dan ehem, kitab-kitab tu, macam gaya kat sini pulakkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitab-kitab tu milik suami saya. dulu dia belajar di Shoubra, Egypt

      Delete
  14. alahai cantik sangat2 ciklaili!!!! brp kos semua ni? ini komsep ala2 english ni kaler dia, sama tema umah saya, seriously cantik sangat!! wah pasni pasti rajin ke dapur ye heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu memang masak bersama suami & anak2. sekarang lebih selesa & bersemangat nak memasak :)

      Delete
  15. hasilnya sangat cantik. kabinet buku pun cantik. pendek kata semua cantik...


    *psstt cik laili dpt tak invite innershine launch? pi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Azi.

      * dapat call dari NN petang semalam. hmm..masih 50/50 nak pergi ke tidak..

      Delete
  16. Wan cantik... Saya pun memang tgh survey untuk buat kabinet dapur rumah ;)

    ReplyDelete
  17. cantiknya rumah baru !!!!! tahniah3x :)

    best ye dah ada rumah sendiri :)

    sorry lewat dtg kunjung balik, x decide lagi pegi atau x seminar Denaihati tu.. hati teringin nak pegi... esok dah kene decide dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan rumah baru. kami dah duduk rumah ni sejak tahun 2010 lagi..

      kalau sha pergi, jumpa di sana ye :)

      Delete
  18. alhmdulillah..:)- suka tgk gbungn wrna merah putih ni.. mmg cntik! dn kms. lps ni, kl dh siap kms, sharelh pulak gmbr sebelum dan selepas decorate ye..:)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..sebelum & selepas sama je kot. barang2 dah simpan dalam kabinet.

      Delete
  19. setuju,cantik sgt... mesti kosnya pun secantik binaannya jgk. p/s : hasil blogging eh ?! hehe

    ReplyDelete
  20. cantik sudah..hehe..bolehlah masak2 dgn gumbiraaaa....haha

    ReplyDelete
  21. Aku suka kabinet bukunya.Sangat rapi dan praktis sekali. ada nilai seninya juga..

    ReplyDelete
  22. Sepertinya yang punya rumah punya cita rasa seninya juga ya..

    ReplyDelete
  23. Dapur yang mungil namun istimewa. Dapat ide dari mana tuh?

    ReplyDelete
  24. Ruang belajarnya unik. Aku baru kali ini melihat yang berbeda dari biasanya. cantik sekali...

    ReplyDelete
  25. Dapur yang cocok untuk bereksperimen memasak dari resep-resep saya hi..hi..

    ReplyDelete
  26. Whoa, ruang kerja seperti ini bisa berlama-lama di depan komputer nih. Mantap..

    ReplyDelete
  27. tahniah, dapur baru, semangat memasak pun baru, menu pun mau hari-hari baru...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..buku resepi pun baru juga Tuan DH - 1 resepi 1 hari. hehe!

      Delete
  28. wOWWWW!! cANTIKNYAAAAAAA :)

    Best dapat buat almari dapur idaman..
    MJ pun teringin gak ;)


    p/s : Sedih tak dapat bergambar dengan cik laili semalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..

      takpe..lain kali boleh jumpa & ambil gambar sama2 ye :)

      Delete
  29. Replies
    1. terima kasih..ni ruang dapur. rumah biasa2 je :)

      Delete
  30. alamak.. pilihan warna kita sama la. tapi dapur apie belum siap lagi. huhuhu...

    ReplyDelete