03 June 2013

Blogger Bertemu Blogger : ciktom.com & ciklaili.com


Hajat dihati untuk bertemu 'face to face' dengan blogger ciktom.com akhirnya tercapai juga. Semasa di SBDdB13, rupa-rupanya kami duduk sebaris tetapi dimeja yang berasingan. Cik tom duduk semeja dengan akubiomed (akubiomed : anda perasan tak?) dan saya pula semeja dengan reezluv. Itulah kan...belum ada jodoh nak jumpa walaupun berada di tempat yang sama. Tapi hari ini akhirnya kami berjumpa juga di rumah cik tom sendiri.


Nasib baik cik tom perasan komen saya di dalam entri Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang saya akan ke Terengganu pada cuti sekolah ini. Kami sempat berbalas e-mail dan kemudian bersambung di whatapps pula sampailah ke tengah malam. Alhamdulillah, pertemuan kami dipermudahkan oleh-Nya. Rupanya bukanlah susah sangat untuk mencari rumah cik tom. Belum sempat cik tom beritahu pelan ke rumahnya, kami sudahpun sampai berpandukan alamat yang diberi. Cik tom ada juga beritahu yang kampung eyriqazz tidak jauh dengan tempat tinggal cik tom. Alahai..kecilnya dunia ni, kan?

Dah alang-alang jumpa, mestilah kena ambil gambar bersama. Saya sudah minta izin dari cik tom terlebih dulu  sebelum saya kongsikan gambar beliau di dalam Facebook dan juga blog ini. Maklumlah...cik tom ni salah seorang blogger glamour dan pandai menyamar tau. Hehe! Bagi yang belum mengenali wajah cik tom, inilah dia penulis blog ciktom.com. "Comelkan cik tom?" (Alahai..nampak pula double chin saya dalam gambar ni. Sila abaikan ye..)

ciktom.com dan ciklaili.com serta anak-anak, Amir dan Amar

Jutaan terima kasih diucapkan buat cik tom kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga yang datang dari jauh (Selangor). Memang rezeki kami dapat berjumpa di bumi Darul Iman. Cik tom siap hidangkan ais krim untuk Amir dan Amar serta kuih karipap yang dibuat sendiri oleh ibunya. Tak cukup dengan itu, kami dibekalkan pula dengan 2 bungkus karipap frozen (dalam plastik hijau tu) dan karipap yang sudah digoreng ( plastik yang Amir pegang).

Saya sebenarnya cukup kagum dengan cik tom kerana beliau merupakan blogger yang teror dalam bab affiliate selain dari Encik Titan. Kalau tak percaya, cubalah anda baca entri-entri berkaitan affiliate di dalam blog cik tom. Sudah banyak income yang cik tom dapat dari program affiliate. Masa jumpa cik tom, saya tak sempat pun nak belajar ilmu tentang affiliate, mungkin di lain masa agaknya. Harapan saya semoga cik tom akan terus maju jaya di masa akan datang. Amin...

69 comments:

  1. ^_^ bila kita nak bertemu pulak? moga2 ada rezeki kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah Farah. Farah duduk mana ye? mungkin satu hari nanti kita boleh jumpa pula..

      Delete
  2. meletop 2-2 blogger ni...yehaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss..saya biasa2 je. ciktom blogger hebat program affiliate tu..

      Delete
  3. Rasanya time seminar buat blog tu pun sempat tengok sepintas lalu gak CIK TOM nie....memang hebak mek ganu nie....hehehehe

    ReplyDelete
  4. tulah cik laili..alin pun tak perasan dia ada ms SBDdB13 ritew...frust nonggeng tak dpt jumpa dia. Alin suka singgah blog ciktom sb dia byk bagi tutorial

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah ada rezeki nanti Alin mesti boleh jumpa juga dengan cik tom

      Delete
  5. Program affiliates memang tabik spring kepada beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. join tak event jomniaga? insya Allah cik tom akan datang sekali..
      bolehlah jumpa & bertegur sapa dengan cik tom kali ni..

      Delete
  6. memang comel cik tom ini. memang muka tokoh buat duit affiliates

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cik tom..blogger perempuan yang hebat buat duit dengan affiliate

      Delete
    2. ye2 je...ada jugak ke muka buat duit?? bahaye2..

      Delete
  7. pabila otai blogger bertemu, pasti x lps kn..
    ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar & entri ini sebagai kenangan di kemudian hari yang ciklaili pernah bertemu dengan ciktom. networking di alam maya diteruskan hingga ke alam nyata :)

      Delete
  8. Replies
    1. Ciklaili.com biasa2 je. Cik tom lagi hebat..

      Delete
  9. sama cantik... nama pun hampir sama.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik tom - gadis tomato & cik laili - cikgu Laili :)

      Delete
  10. hoho..inilah ciktom tu ye..tak nampak pun buat tomato.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Itulah..dah bgtau suami jgn ambik gambar dari bawah tangga. Nampak dah double chin akak tu.

      Delete
  12. terima kasih sudi berkunjung ke rumah ciktom ye akak..maaf la kalau ada terkurang apa2 tue...seronok dpt borak2 dgr pengalaman blog akak..xpe lain kali kita jumpa lg exchange2 ilmu blog...heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Terima kasih juga sebab terima kunjungan kami. Lain kali boleh jumpa lagi..

      Delete
    2. Nnt nak upload gambar dlm DSLR suami.

      Delete
  13. wahhhhhh... cik bertemu dengan cik... ;)

    ReplyDelete
  14. ciktom vs ciklaili. buat contest seo. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gak cadangan tu. Kena tanya cik tom dulu, setuju ke tidak..

      Delete
  15. Replies
    1. Cik tom lagi hebat & teror bab affiliate tu.
      Saya blogger biasa je ;)

      Delete
  16. Replies
    1. Ha'a..puan anak dua dapat jumpa dgn cik tom yang comel tu :)

      Delete
  17. Interesting betul. Baru la dapat tengok wajah sebenar cik tom ni.

    BTW, jauh cik laili bercuti kali ni, sampai ke Tganu gitu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelkan cik tom? Nasib baik cik tom bagi keizinan untuk upload gambar ni..

      Kami balik kampung suami, ada sepupu kawin..

      Delete
  18. ciktom ciklaili..dua2 blogger hebat..aah kan buat contest seo pun okay jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya panjangkan idea ini kepada cik tom ye..harap2 dia setuju :)

      Delete
  19. wah...memang nampak serasilah ciktom dan ciklaili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serasi bersama sebab kami berdua guna 'cik'.

      Delete
  20. Seronok bertemu sesama blogger, dua cik ini blogger yg hebat dalam dunia blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah Aju. memang best dapat jumpa Aju di SBDdB13.
      err..nanti e-mailkan gambar hari tu, boleh?

      Delete
  21. Replies
    1. ada lagi gambar yang belum di upload..gambar berdiskusi dengan cik tom. hehe!

      Delete
  22. bro denaihati memang bijak dalam bab menghidupkan dunia rakan blogger
    tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sangka admin lum kwin sb nama ciklaili heee

      Delete
    2. kalau tengok header blog ni terang2 dah tau ciklaili dah kawin :)

      Delete
  23. Sis tumpang seronok dgr n lihat dr jauh ... mudah2an aura hebat 2 cik ni singgah sini pulak :)

    ReplyDelete
  24. Oh.tu rupanya Cik Tom. Nak berkenalan lah

    ReplyDelete
  25. waaaa...seronoknya kalau dapat berjumpa dengan blogger yang hebat-hebat nih ^_^

    ReplyDelete
  26. terimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat

    ReplyDelete