Sejak saya menulis entri eSPLG : Sistem Pengurusan Latihan Guru, ramai pengunjung yang singgah ke blog ini melalui enjin carian. Entri tersebut hanya memberi sedikit panduan kepada anda semua dan di dalam entri ini saya akan kongsikan bagaimana cara memasukkan maklumat kehadiran kursus luar (KKL) dan Book Review (BR) INDIVIDU melalui login SULDP (suatu ketika login individu ditutup jadi anda masih boleh memasukkan maklumat KKL dan BR melalui login SULDP)
Click link di bawah untuk terus ke :
1) Modul SULDP : http://apps1.moe.gov.my/splg/apps/index.cfm
* Teruskan membaca entri di bawah untuk mengetahui Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Individu Melalui Login SULDP.
2) Modul Individu : http://apps1.moe.gov.my/splg/i_splg/index.cfm
* Click untuk mengetahui Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Melalui Login Individu.
Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Individu Melalui Login Penyelaras Sekolah (SULDP)
1. Pergi ke laman web SPLG : http://apps1.moe.gov.my/splg/
2. Masukkan kod sekolah anda menggunakan huruf besar (contoh : BFT1001) dan kata laluan : 6644 (Kata laluan ini boleh ditukar selepas pertama kali login. Sila rujuk penyelaras LDP di sekolah masing-masing).
3. Di bahagian menu Pengurusan -SPLG (Individu), sila buat pilihan sama ada anda ingin memasukkan maklumat tentang Book Review (BR) atau Kehadiran Kursus Luar (KKL).

Cara memasukkan maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL)
1. Click pada Daftar KKL.
2. Masukkan No. K/P atau boleh pilih dari list guru dipangkalan data (yang diambil dari data EMIS sekolah anda) dan kemudian click Hantar.

3. Masukkan maklumat kursus seperti :
Isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan. Selesai..Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan KKL yang lain.
1. Click pada Daftar BR.
2. Masukkan No. K/P atau boleh pilih dari list guru dipangkalan data (yang diambil dari data EMIS sekolah anda) dan kemudian click Hantar.
3. Masukkan maklumat buku seperti :
Sekiranya melibatkan pembentangan, sila isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan. Selesai..Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan BR yang lain.
* Dikemaskini pada 23 November 2011 : 11.30 pagi.
Jenis Kursus, Anjuran, Nama Kursus, Bidang, Tarikh Mula, Tarikh Tamat, Jumlah Jam Berkursus dan Tempat Kursus

Isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan. Selesai..Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan KKL yang lain.
Cara memasukkan maklumat Book Review (BR)
2. Masukkan No. K/P atau boleh pilih dari list guru dipangkalan data (yang diambil dari data EMIS sekolah anda) dan kemudian click Hantar.

3. Masukkan maklumat buku seperti :
Judul/Tajuk Buku, Bidang, Bilangan Muka Surat, Sinopsis Buku Disediakan, Bahasa (Buku) dan Tarikh Pengesahan

Sekiranya melibatkan pembentangan, sila isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan. Selesai..Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan BR yang lain.

* Dikemaskini pada 23 November 2011 : 11.30 pagi.




Saya telah mencuba memasuki e-SPLG dengan menggunakan cara yang diajar oleh cik Laili tetapi tertera pernyataan "ID dan password anda tidak diterima. Sila cuba lagi." Yang peliknya apabila saya menghubungi Penyelaras LDP, beliau menyatakan password dan kata laluan masih sama seperti yang diajar oleh cik Laili.
ReplyDeleteDua langkah utama untuk memasuki e-splg
Deletei)masukkan ID anda
2)password ialah 4 nombor terakhir ID
anda menggunakan server e-SPLG yg mana? sejak 4/11 hingga ke hari ini (23/11) saya dapati laman web e-SPLG mmg tidak boleh di akses.
ReplyDeleteuntuk kata laluan, mmg semua sekolah perlu login menggunakan kata laluan 6644 dan kata laluan ini boleh ditukar selepas login kali pertama.
cuba tanya pada sesiapa yg pernah login, mungkin kata laluan tersebut telah ditukar & ini menyebabkan tertera :
"ID dan password anda tidak diterima. Sila cuba lagi."
* adakah anda memasukkan kod sekolah anda dengan betul?
Kalau x silap saya pwd 6644 dan username kod sek tu untuk suldp sahaja, mungkin suldp sek tersebut telah menukar pwd.Sepanjang pengetahuan sy untuk individu , kita login menggunakan no i/c kita menerusi login individu
ReplyDeletebetul tu. sebelum ini login individu ditutup untuk sementara waktu & data KKL serta BR boleh dimasukkan melalui login SULPD.
ReplyDeleteberita baik, hari ini (23/11/11 jam 10.00 pagi) login SULPD & login individu sudah boleh diakses. jadi tak perlulah nak masukkan data melalui login SULDP. boleh terus ke login invividu :)
* terima kasih kerana membantu memberi penjelasan :)
Saya menunggu server e-SPLG ni mcm tunggu buah yg tak jatuh. Kerja sekolah lain juga perlu diselesaikan. Berapa lama harus tunggu lagi????
ReplyDeletesaya nasihatkan supaya anda memilih waktu yg sesuai utk masukkan maklumat KKL & BR.
ReplyDeleteawal pagi 23/11/2011 server ini masih laju tetapi mulai pagi tadi mmg kena menunggu.. harap byk2 bersabar.
Blog yang banyak membantu, TQVM kepada penulisnya. Bagi SULDP, memang peringkat awalnya..banyak kerja perlu dibuat...tetapi bila dah menjadi rutin...percayalah kita tidak akan dengan mudah serahkan kerja buat kita selama ini kepada orang lain!. Bersabar dan sahutlah cabaran ini sebagai peluang!.
ReplyDeleteapandi22 : entri ni sekadar membantu rakan2 guru yg mencari maklumat ttg eSPLG. saya cuba sampaikan dgn ayat yg mudah difahami..
ReplyDeletesetuju dgn pendapat anda. saya sendiri telah mengumpulkan semua kad biru guru2 di sekolah untuk memasukkan maklumat KKL gara2 sistem eSPLG yg tidak beroperasi suatu ketika dulu. alhamdulillah..kerja tersebut sudah selesai dgn jayanya..
alah bisa tegal biasa :)
Salam...kenapa sy masih bermasalah untuk key-in data kkl...apbila sy click button simpan...data tidak tersimpan sebaliknya server error....
ReplyDeleteSalam, terima kasih kerana bersabar semasa penggunaan sistem SPLG di tahun 2011. Isu2 berkaitan sistem ini telah diselesaikan. Penambahbaikan akses server telah dilakukan. Modul juga telah ditambah baik mengikut keperrluan proses sekolah, PPD dan JPN. Harapan kami pada tahun 2012 supaya sistem ini dapat membantu SU LDP sekolah. Terima kasih.
ReplyDeletePenerangan yang Cik Laili memang jelas.Syabas
ReplyDeletePenerangan yanng diberikan memang jelas.Terima kasih
ReplyDeleteTahniah buat Laili... entri yang banyak membantu. sy masukkan data kkl melalui login SULDP. tp status semak tu jd warna hijau. sy hanya ikut arahan spt langkah y tertera dr Laili. perlu tak sy kemaskini status tu agar berwarna merah? then, ada x cara lain untuk kita tahu password kita melalui login individu?
ReplyDeleteShe' : oh..kalau masukkan data KKL melalui login individu status semak memang akan jadi hijau. Kira anda telah membantu tugas SU LDP untuk menyemak setiap KKL yg dihadiri oleh guru/pegawai.
ReplyDeleteUntuk login individu passwordnya adalah 4 digit terakhir No. K/P. Jika anda ingin menukar password, sila tukar selepas berjaya login.
Terima kasih banyak kerana bahan yang dimuatkan sangat membantu.
ReplyDeletecik laili,kalau lupa password kena beritahu admin sekolah utk reset password tu balik boleh ke?atau hubungi helpdesk?
ReplyDeletepassword untuk login individu ke? lebih baik hubungi help desk.
Deletemasih tak dapat masuk lagi . tak tahu apa yang tak betul . tapi memang tak boleh akses masuk.
ReplyDeleteSalam...macamana klu utk login sulpd lupa
ReplyDeletew'salam. anda boleh rujuk entri ini :
DeleteCara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Individu Melalui Login SULDP