23 November 2011

eSPLG : Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL) dan Aktiviti PPB Melalui Login Individu

Jika sebelum ini saya kongsikan Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran LDP Kumpulan Melalui Login SULDP, di dalam entri saya akan kongsikan entri berikut :

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL) dan Aktiviti PPB Melalui Login Individu

1. Pergi ke laman web SPL KPM - https://splkpm.moe.gov.my/ dan click bahagian Aplikasi > Modul Individu.





Atau cara lain, anda boleh terus click pada link atau gambar di bawah : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/



2. Masukkan Kad Pengenalan Pengguna (tanpa tanda -) anda dan Kata Laluan. Kata Laluan adalah 4 digit akhir No. K/P. Kemudian, click Login.


3. Setelah berjaya login, beginilah rupa paparan di laman web SPL KPM Individu anda. 

Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Maklumat penting :
Selepas Modul PPB diperkenalkan : 
"Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan / daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus / Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM".
Cara memasukkan maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL)

1. Click pada Pengurusan SPL KPM > Senarai LDP DihadiriDaftar Kehadiran LDP Luar (KKL).



2. Masukkan maklumat peserta dan kursus seperti Jenis Kursus, Anjuran, Nama Kursus, Bidang, Tarikh Mula, Tarikh Tamat, Jumlah Jam Berkursus dan Tempat Kursus.

* Status Penyertaan boleh dipilih sama ada Penceramah, Fasilitator, Peserta dan Urusetia.


 3. Sila ulangi langkah yang sama untuk memasukkan maklumat KKL yang lain.


Cara memasukkan maklumat Aktiviti PPB

Aktiviti PPB meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut :
1. Aktiviti PLC
2. Aktiviti Bimbingan dan Pementoran (B&P)
3. Penyelidikan & Kajian Tindakan
4. Penulisan dan pengkaryaan di Luar Bidang Tugas
5. Program sandaran dan sangkutan Organisasi Luar KPM
6. Sumbangan Lain Bukan Profesional/ Aktiviti Kesukarelaan
7. Peningkatan Akademik

Sekiranya anda terlibat dalam mana-mana aktiviti PPB seperti di atas, anda bolehlah memasukkan maklumat tersebut ke dalam SPL KPM anda.

1. Click pada Pengurusan SPL KPM > Pembelajaran Kendiri (PK) & Aktiviti Lain PPB > click pilihan anda.



Berikut adalah contoh cara memasukkan maklumat Pembacaan Buku (Book Review) :

2. Masukkan maklumat buku seperti Tajuk Buku, Penulis Buku, Bahasa Buku, Bilangan Muka SuratSinopsis Buku Disediakan, Catatan dan Tarikh Pengesahan.


Cara mencetak Pelaporan, CV dan Sijil Online

SPL KPM menyediakan kemudian kepada pengguna untuk mencetak Pelaporan, CV dan juga Sijil Online.

1. Untuk mencetak Pelaporan, click pada bahagian Pelaporan seperti gambar di bawah. Anda boleh memilih tahun pelaporan yang hendak dicetak.



2. Jika anda ingin mencetak CV dan Sijil Online, click pada bahagian CV dan Sijil Online.

Aduan LDP Yang Tidak Direkod

Sekiranya kursus yang anda hadiri tidak dimasukkan oleh penganjur di dalam SPL KPM, anda boleh membuat aduan melalui Menu ADUAN - LDP TIDAK DIREKOD. Click pada bahagian Daftar Aduan. Untuk menyemak aduan yang telah dibuat, sila click SENARAI ADUAN.



* Dikemaskini pada Januari 2016.

34 comments:

  1. 1) Bagaimana cara mengisi senarai kehadiran LDP/ berkumpulan yang dihadiri. Adakah melalui SULDP atau modul individu?
    2) Bagaimana ingin menghijaukan status semak? Saya telah mengisi KKL tetapi stuatus semak masih merah.

    ReplyDelete
  2. saya cuba jawab satu persatu ye :

    1) kehadiran LDP / berkumpulan akan diisi oleh SULDP. anda hanya perlu mengisi maklumat KKL & BR sahaja.

    2) status semak akan bertanda hijau setelah mendapat kelulusan dari pihak PPD. jangan risau..memang pada permulaan status akan berwarna merah. sila semak selepas beberapa hari :)

    ReplyDelete
  3. Ok saya sudah faham. terima kasih atas maklumat yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. sama-sama. diharap entri ini dapat memberi sedikit panduan kepada pengunjung ciklaili.com :)

    ReplyDelete
  5. Moon Bukan Nama Sebenar.

    1. Saya telah key in e-Splg kumpulan guru dlm daftar kursus dan tersenarai dlm e-Splg tetapi saya keliru sebab tiada ruang untuk menaip nama guru berkenaan...bagaimana saya boleh tahu yg kursus yg tlh di key in itu kursus guru tersebut.
    2. Adakah perlu kita daftar kursus itu mengikut senarai nama data emis dan bulan kursus secara hieraki?

    ReplyDelete
  6. Moon :

    1. Jika anda telah key-in maklumat kursus kumpulan, anda tidak perlu menaip nama guru berkenaan satu persatu - hanya perlu click pada senarai nama sahaja.

    begini caranya :
    1. selepas daftar kursus kumpulan, click pada menu SENARAI KURSUS DAFTAR.
    2. click pada nama kursus yang telah didaftarkan.
    3. di bahagian bawah, perhatikan perkataan TAMBAH PESERTA & sila click perkataan tersebut.
    4. anda hanya perlu click nama guru2 yang terlibat di dalam kursus tersebut.
    5. setelah selesai, click perkataan HANTAR.

    * adakah saya menjawab soalan anda?

    2. jika anda login melalui login SULDP, senarai nama mmg sudah mengikut data EMIS (mengikut abjad) manakala untuk daftar kursus pula, anda tidak perlu masukkan mengikut turutan bulan kerana sistem e-SPLG akan mengemaskini maklumat yg dimasukkan secara automatik.

    ReplyDelete
  7. ASSLMKM...SAYA MOON.
    1. SAYA DAH KEY IN NAMA KURSUS LDP KUMPULAN DAN INDIVIDU TAPI HINGGA SEKARANG STATUS MSH BERWRN MERAH, DAH HAMPIR 3 MINGGU DAH.KENAPA?

    2. TERDAPAT GURU BARU SKH SAYA YG BERPINDAH DARI SKH LAIN. HINGGA KINI NAMA GURU BERKENAAN BELUM MASUK DALAM SENARAI DATA e-SPLG LAGI SEDANGKAN NAMA GURU TERSEBUT DALAM DATA EMIS SUDAH DIPINDAHKAN.BAGAIMANA NAK KEY IN KURSUS GURU BARU INI SEDANGKAN MAKLUMATNYA TIADA DLM SENARAI DATA E-splg?saya dah cuba berulang kali click bhg tambah peserta tapi tak dapat juga hantar kursus guru berkenaan dlm sistem splg.Apa perlu saya buat? tq

    ReplyDelete
  8. Moon :

    1. Jika anda SULDP, status merah tersebut boleh diubah dengan cara berikut :

    Bagi kursus kumpulan :
    - click pada Senarai Kursus Daftar
    - dibahagian kemaskini, click icon edit (ada 2 icon di situ, click icon sebelah kiri)
    - pada bahagian Status Pelaksanaan, pilih Dilaksana (sekiranya kursus tersebut dilaksanakan pada tarikh berkenaan) & kemudian click Simpan

    * Status kelulusan hanya dibuat oleh pihak PPD. harap maklum

    2. anda perlu masukkan No KP guru baru tersebut bagi memasukkan KKL beliau.

    * jika ada masalah, sila hubungi pihak BPG (rujuk Hubungi Kami di dalam laman web e-SPLG)

    ReplyDelete
  9. Tanpa kata nama..Moon.Terima kasih atas penjelasan.

    1. Saya masih keliru mengenai KKL dlm sistem splg sb ada beberapa pendapat yg menyatakan bahawa KKL hanya perlu diisi/KEY IN apabila guru berkenaan keluar berkursus selain drpd peringkat BPG,KPM DAN BHG DAERAH/BAHAGIAN.Boleh tak tolong jelas kan maksud KKL dan fungsinya dlm sistem SPLG.
    TQ

    ReplyDelete
  10. As-salam..saya Din ingin bertanya:

    1)Adakah status semak di bhgn : PENGURUSAN SPLG> INDIVIDU> KEHADIRAN KURSUS LUAR > Senarai Kursus Dihadiri tersebut hanya di sahkan dan di tanda oleh pihak PPD atau SULDP sekolah(Sokongan secara kelompok)

    sekian..terima kasih

    ReplyDelete
  11. adakah taklimat diambilkira dan didaftar dalam splg?boleh senarai jenis aktiviti yang harus didaftar dalam splg?

    sekian, terima kasih








    a

    ReplyDelete
  12. adakah taklimat diambilkira dan didaftar dalam splg?boleh senarai jenis aktiviti yang harus didaftar dalam splg?

    sekian, terima kasih








    a

    ReplyDelete
  13. Saya diberitahu bilangan hari kursus yang direkod dalam SPLG ini sangat penting apabila sampai time-base. Bolehkah saya tahu, kursus yang direkod di SPLG ini adalah bermula sejak tahun apa? Jika tahun 2010 kursus luar saya tidak direkod dan ingin direkod sekarang, mungkinkah saya buat begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman tuan, SPLG mula diperkenalkan pada tahun 2011. anda boleh rujuk entri ini eSPLG : Sistem Pengurusan Latihan Guru

      Delete
  14. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih juga kerana berkunjung ke blog ini.

      Delete
  15. salam cikgu.kalau cikgu pergi kursus bawah anjuran kpm cikgu kena isi sendiri atau penganjur.sy tngok banyak kursus yang sy hadiri xda dalam sistem.cari tmpat untuk masukkan ke xda pulak.boleh cikgu beri pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. sebelum Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) digunakan mulai 26.10.2013, saya masukkan sendiri semua kursus luar yang saya hadiri.

      selepas PPB diperkenalkan :
      "Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan/daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus/Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM".

      Delete
  16. As salam.
    Saya nak tanya, saya dah daftar KKL saya. tapi, pada bahagian verification tu...masih merah lagi. Boleh bg tau sy, saper yg boleh hijaukan bahagian KKL tu? Adakah KKL yg sy dah hadiri tu diiktiraf? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      kelulusan KKL biasanya akan diluluskan oleh pihak SULDP atau PPD

      Delete
  17. Salam,
    saya ingin bertanya, adakah saya (SULDP sekolah) perlu mengisi dan mengesahkan pendaftaran KKL individu bagi staf lain menerusi modul berkelompok modul individu atau itu adalah tindakan PPD...saya masih keliru kerana baru dilantik sebagai SULDP.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. Kenapa SPLG susah nak masuk? pusing pusing pusing je...nak jadi benggung dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sistem SPLG sedang diselenggara :)

      Delete
  19. salam,
    kawan saya telah menyampaikan ceramah selama 2 jam kepada pensyarah2 universiti mengenai perkahwinan orang asli. adakah dikira menyampaikan ceramah dapat 2 jam atau 1 hari? jika book review kalau tak silap penyampai dapat 1 hari dan audien dapat katakan 1 jam sekiranya dibuat 1 jam. Saya beri alasan kepada suldp orang ppd buat kursus utk cikgu, kursus 1 hari tetapi dia sampaikan ceramah 2 jam dan dia dapat sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ceramah yang anda berikan dikira 2 jam.

      Delete
    2. salam..saya baru jadi s/u ladap...nak tanya..untuk cikgu-cikgu yng pergi kursus ke PPD/JPN...S/U ldap ke kena daftar kursus tu?? kalau S/U ladap yg kena daftarkan....bagaimana cara/langkah untuk isi ladap individu tersebut

      Delete
    3. Waalaikumussalam. Tahniah puan kerana dilantik sebagai SU LDP.

      Untuk kursus yg dianjur oleh pihak PPD/JPN perlu diisi oleh penganjur (PPD/JPN) sendiri menggunakan Modul SULDP.

      Selepas Modul PPB diperkenalkan :
      "Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan / daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus / Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM".

      Delete
  20. akum puan..sy nak tanya tentang cetakan sijil online...apabila sy tekan sijil online..tiada sebarang paparan untuk cetakan...apa yg perlu dilakukan puan..mohon pencerahan..terima kasih

    ReplyDelete
  21. Salam ciklaili..
    Andai kita lupa kata laluan kita mcm mana rasa mcm saya pernah ubah kata laluan?
    Macam mana ye bantuan di perlukan..TQ

    ReplyDelete
  22. Salam Puan, maaf bertanya...wpun rasanya dah agak terlewat... ada guru yg baru berpindah ke sklh lain...tapi saya tak sempat masukkan bbrp ldp dia...so dia tak cukup 7 hari...mcm mana sy nak masukkan kehadiran dia ye sbb nama dia dah takde...

    ReplyDelete
  23. as salam puan sy cuba login esplg,.dh masukkn ic n no blkng ic tp error.knp ye?
    ini yg keluar..sebab pk hem ckp tarikh tutup 20/11/15 kan?

    500 - Internal server error.
    There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.

    ReplyDelete
  24. Salam, bagaimana sy nak mengetahuii jumlah kursus kita hadiri mencukupi 7 hari@ tidak.TQ

    ReplyDelete
  25. Salam sia.Perhimpunan rasmi mingguan dikira Brp hari kursus?

    ReplyDelete