SPLKPM Login Individu - Cara Mengisi Maklumat Latihan & Sesi Pembelajaran, Pembelajaran Kendiri dan Aktiviti PPB

Laman web SPLKPM sudah tidak asing lagi bagi guru-guru untuk mengisi maklumat aktiviti LDP yang telah dihadiri dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM serta aktiviti Pembelajaran Kendiri. Setiap guru dikehendaki memasukkan maklumat ini bagi mencapai mata CPD yang telah ditetapkan. LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul individu ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.

Di dalam entri saya akan kongsikan Cara Mengisi Maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL) dan Aktiviti PPB Melalui Login Individu. Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut :

Langkah 1

Pergi ke laman web SPL KPM - splkpm.moe.gov.my
Pada paparan laman web tersebut, click bahagian Aplikasi > Modul Individu.


Langkah 2

Masukkan No. Kad Pengenalan Pengguna (tanpa tanda -) anda dan Kata Laluan
Kata Laluan adalah 4 digit akhir No. K/P. Kemudian, click Login.

* Anda juga boleh menukar kata laluan ini

Setelah berjaya login, beginilah rupa paparan di laman web SPL KPM Individu anda. 



Apabila anda click pada MENU, anda akan lihat beberapa pilihan seperti di dalam gambar di bawah :


Langkah 3

Untuk mengisi maklumat, sila click pada menu yang berkaitan. 
Di dalam entri ini saya akan tunjukkan satu persatu pilihan menu yang disediakan di laman web ini.

1. LDP Terbuka

Anda boleh memilih LDP yang ditawarkan oleh penganjur berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. Terdapat maklumat penting yang dinyatakan seperti Tarikh Tawaran, Tarikh LDP, Tajuk, Tempat dan Penganjur. 




2. Latihan & Sesi Pembelajaran

- Senarai Latihan Luar KPM diisi oleh pihak penganjur luar KPM
- Senarai Latihan KPM diisi oleh penganjur KPM seperti JPN, PPD ataupun pihak sekolah (diisi oleh SULDP)
- Bimbingan dan Pementoran : Guru boleh mengisi maklumat ini sekiranya menjadi mentor.


Borang Daftar BNP

3. Pembelajaran Kendiri

Di dalam menu ini terdapat 2 jenis pembelajaran kendiri iaitu e-Pembelajaran dan Pembacaan Buku (Book Review)

E-Pembelajaran adalah maklumat e-pembelajaran yang anda sertai seperti webinar. Click pada icon Tambah Aktiviti bagi mengisi maklumat e-pembelajaran anda.


Bagi Pembacaan Buku (Book Review) pula, anda boleh menambah maklumat buku yang telah dibaca. 

Contoh Pembacaan Buku yang telah direkodkan pada tahun 2020

Borang sinopsis juga perlu diisi selain mengisi maklumat Pembacaan Buku (Book Review)

4. Aktiviti Lain PPB

Di menu ini, anda boleh mengisi maklumat di bahagian pilihan Aktiviti Lain PPB yang disediakan.


Di dalam menu Senarai PLC, anda boleh mengisi maklumat Aktiviti PLC sekiranya anda adalah ketua di dalam PLC tersebut.


Sekiranya anda merupakan ahli di dalam mana-mana PLC yang telah anda sertai, maklumat tersebut boleh dilihat pada menu PLC Kendiri seperti dalam gambar di bawah.


Pelaporan dan Sijil

SPLKPM menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mencetak Pelaporan dan Sijil LDP. 

1. Pelaporan

Terdapat 2 pilihan bagi pelaporan iaitu Pelaporan LDP dan Pelaporan Mata Kredit.

Contoh paparan Pelaporan LDP

Contoh paparan Pelaporan Mata Kredit

Untuk mencetak Pelaporan, scroll down hingga anda nampak button Cetak. Click Cetak dan teruskan proses cetak seperti biasa.

2. Sijil LDP

Terdapat 3 pilihan Sijil LDP yang disediakan iaitu :
i. Sijil Latihan - Sijil yang disediakan oleh penganjur LDP
ii. Sijil Penghargaan LDP - Sijl tahunan (dari tahun 2015 hingga kini)
iii. Sijil Penghargaan MK (Mata Kredit)


Contoh paparan Senarai Sijil Latihan

Contoh paparan Senarai Sijil Penghargaan LDP

Contoh paparan Senarai Sijil Penghargaan MK

Untuk mencetak Sijil, click pada icon Cetak / Print dan boleh teruskan proses cetak seperti biasa.

LDP yang tidak direkodkan

Sekiranya kursus yang anda hadiri tidak dimasukkan oleh penganjur di dalam SPLKPM, anda boleh membuat aduan melalui Menu Aduan LDP Tidak Direkod > Senarai Aduan. Click pada Daftar Aduan bagi melaporkan LDP yang tidak diisi oleh penganjur


Terdapat 1 menu tambahan iaitu SGMy (Sistem Guru Malaysia) yang menghubungkan guru-guru terus ke laman web tersebut. Anda boleh click mana-mana menu yang disediakan.

Contoh paparan laman web SgMy

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru di luar sana mengisi maklumat di dalam SPLKPM. Jangan lupa untuk join Channel Telegram INFO SPLKPM 2021 bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kursus / bengkel / webinar dll yang akan diadakan. 

* Dikemaskini pada 25 Jun 2021

SPLKPM Login Individu - Cara Mengisi Maklumat Latihan & Sesi Pembelajaran, Pembelajaran Kendiri dan Aktiviti PPB SPLKPM Login Individu - Cara Mengisi Maklumat Latihan & Sesi Pembelajaran, Pembelajaran Kendiri dan Aktiviti PPB Reviewed by ciklaili on Wednesday, November 23, 2011 Rating: 5

38 comments:

  1. 1) Bagaimana cara mengisi senarai kehadiran LDP/ berkumpulan yang dihadiri. Adakah melalui SULDP atau modul individu?
    2) Bagaimana ingin menghijaukan status semak? Saya telah mengisi KKL tetapi stuatus semak masih merah.

    ReplyDelete
  2. saya cuba jawab satu persatu ye :

    1) kehadiran LDP / berkumpulan akan diisi oleh SULDP. anda hanya perlu mengisi maklumat KKL & BR sahaja.

    2) status semak akan bertanda hijau setelah mendapat kelulusan dari pihak PPD. jangan risau..memang pada permulaan status akan berwarna merah. sila semak selepas beberapa hari :)

    ReplyDelete
  3. Ok saya sudah faham. terima kasih atas maklumat yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. sama-sama. diharap entri ini dapat memberi sedikit panduan kepada pengunjung ciklaili.com :)

    ReplyDelete
  5. Moon Bukan Nama Sebenar.

    1. Saya telah key in e-Splg kumpulan guru dlm daftar kursus dan tersenarai dlm e-Splg tetapi saya keliru sebab tiada ruang untuk menaip nama guru berkenaan...bagaimana saya boleh tahu yg kursus yg tlh di key in itu kursus guru tersebut.
    2. Adakah perlu kita daftar kursus itu mengikut senarai nama data emis dan bulan kursus secara hieraki?

    ReplyDelete
  6. Moon :

    1. Jika anda telah key-in maklumat kursus kumpulan, anda tidak perlu menaip nama guru berkenaan satu persatu - hanya perlu click pada senarai nama sahaja.

    begini caranya :
    1. selepas daftar kursus kumpulan, click pada menu SENARAI KURSUS DAFTAR.
    2. click pada nama kursus yang telah didaftarkan.
    3. di bahagian bawah, perhatikan perkataan TAMBAH PESERTA & sila click perkataan tersebut.
    4. anda hanya perlu click nama guru2 yang terlibat di dalam kursus tersebut.
    5. setelah selesai, click perkataan HANTAR.

    * adakah saya menjawab soalan anda?

    2. jika anda login melalui login SULDP, senarai nama mmg sudah mengikut data EMIS (mengikut abjad) manakala untuk daftar kursus pula, anda tidak perlu masukkan mengikut turutan bulan kerana sistem e-SPLG akan mengemaskini maklumat yg dimasukkan secara automatik.

    ReplyDelete
  7. ASSLMKM...SAYA MOON.
    1. SAYA DAH KEY IN NAMA KURSUS LDP KUMPULAN DAN INDIVIDU TAPI HINGGA SEKARANG STATUS MSH BERWRN MERAH, DAH HAMPIR 3 MINGGU DAH.KENAPA?

    2. TERDAPAT GURU BARU SKH SAYA YG BERPINDAH DARI SKH LAIN. HINGGA KINI NAMA GURU BERKENAAN BELUM MASUK DALAM SENARAI DATA e-SPLG LAGI SEDANGKAN NAMA GURU TERSEBUT DALAM DATA EMIS SUDAH DIPINDAHKAN.BAGAIMANA NAK KEY IN KURSUS GURU BARU INI SEDANGKAN MAKLUMATNYA TIADA DLM SENARAI DATA E-splg?saya dah cuba berulang kali click bhg tambah peserta tapi tak dapat juga hantar kursus guru berkenaan dlm sistem splg.Apa perlu saya buat? tq

    ReplyDelete
  8. Moon :

    1. Jika anda SULDP, status merah tersebut boleh diubah dengan cara berikut :

    Bagi kursus kumpulan :
    - click pada Senarai Kursus Daftar
    - dibahagian kemaskini, click icon edit (ada 2 icon di situ, click icon sebelah kiri)
    - pada bahagian Status Pelaksanaan, pilih Dilaksana (sekiranya kursus tersebut dilaksanakan pada tarikh berkenaan) & kemudian click Simpan

    * Status kelulusan hanya dibuat oleh pihak PPD. harap maklum

    2. anda perlu masukkan No KP guru baru tersebut bagi memasukkan KKL beliau.

    * jika ada masalah, sila hubungi pihak BPG (rujuk Hubungi Kami di dalam laman web e-SPLG)

    ReplyDelete
  9. Tanpa kata nama..Moon.Terima kasih atas penjelasan.

    1. Saya masih keliru mengenai KKL dlm sistem splg sb ada beberapa pendapat yg menyatakan bahawa KKL hanya perlu diisi/KEY IN apabila guru berkenaan keluar berkursus selain drpd peringkat BPG,KPM DAN BHG DAERAH/BAHAGIAN.Boleh tak tolong jelas kan maksud KKL dan fungsinya dlm sistem SPLG.
    TQ

    ReplyDelete
  10. As-salam..saya Din ingin bertanya:

    1)Adakah status semak di bhgn : PENGURUSAN SPLG> INDIVIDU> KEHADIRAN KURSUS LUAR > Senarai Kursus Dihadiri tersebut hanya di sahkan dan di tanda oleh pihak PPD atau SULDP sekolah(Sokongan secara kelompok)

    sekian..terima kasih

    ReplyDelete
  11. adakah taklimat diambilkira dan didaftar dalam splg?boleh senarai jenis aktiviti yang harus didaftar dalam splg?

    sekian, terima kasih








    a

    ReplyDelete
  12. adakah taklimat diambilkira dan didaftar dalam splg?boleh senarai jenis aktiviti yang harus didaftar dalam splg?

    sekian, terima kasih








    a

    ReplyDelete
  13. Saya diberitahu bilangan hari kursus yang direkod dalam SPLG ini sangat penting apabila sampai time-base. Bolehkah saya tahu, kursus yang direkod di SPLG ini adalah bermula sejak tahun apa? Jika tahun 2010 kursus luar saya tidak direkod dan ingin direkod sekarang, mungkinkah saya buat begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman tuan, SPLG mula diperkenalkan pada tahun 2011. anda boleh rujuk entri ini eSPLG : Sistem Pengurusan Latihan Guru

      Delete
  14. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih juga kerana berkunjung ke blog ini.

      Delete
  15. salam cikgu.kalau cikgu pergi kursus bawah anjuran kpm cikgu kena isi sendiri atau penganjur.sy tngok banyak kursus yang sy hadiri xda dalam sistem.cari tmpat untuk masukkan ke xda pulak.boleh cikgu beri pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. sebelum Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) digunakan mulai 26.10.2013, saya masukkan sendiri semua kursus luar yang saya hadiri.

      selepas PPB diperkenalkan :
      "Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan/daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus/Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM".

      Delete
  16. As salam.
    Saya nak tanya, saya dah daftar KKL saya. tapi, pada bahagian verification tu...masih merah lagi. Boleh bg tau sy, saper yg boleh hijaukan bahagian KKL tu? Adakah KKL yg sy dah hadiri tu diiktiraf? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      kelulusan KKL biasanya akan diluluskan oleh pihak SULDP atau PPD

      Delete
  17. Salam,
    saya ingin bertanya, adakah saya (SULDP sekolah) perlu mengisi dan mengesahkan pendaftaran KKL individu bagi staf lain menerusi modul berkelompok modul individu atau itu adalah tindakan PPD...saya masih keliru kerana baru dilantik sebagai SULDP.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. Kenapa SPLG susah nak masuk? pusing pusing pusing je...nak jadi benggung dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sistem SPLG sedang diselenggara :)

      Delete
  19. salam,
    kawan saya telah menyampaikan ceramah selama 2 jam kepada pensyarah2 universiti mengenai perkahwinan orang asli. adakah dikira menyampaikan ceramah dapat 2 jam atau 1 hari? jika book review kalau tak silap penyampai dapat 1 hari dan audien dapat katakan 1 jam sekiranya dibuat 1 jam. Saya beri alasan kepada suldp orang ppd buat kursus utk cikgu, kursus 1 hari tetapi dia sampaikan ceramah 2 jam dan dia dapat sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ceramah yang anda berikan dikira 2 jam.

      Delete
    2. salam..saya baru jadi s/u ladap...nak tanya..untuk cikgu-cikgu yng pergi kursus ke PPD/JPN...S/U ldap ke kena daftar kursus tu?? kalau S/U ladap yg kena daftarkan....bagaimana cara/langkah untuk isi ladap individu tersebut

      Delete
    3. Waalaikumussalam. Tahniah puan kerana dilantik sebagai SU LDP.

      Untuk kursus yg dianjur oleh pihak PPD/JPN perlu diisi oleh penganjur (PPD/JPN) sendiri menggunakan Modul SULDP.

      Selepas Modul PPB diperkenalkan :
      "Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan / daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus / Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM".

      Delete
  20. akum puan..sy nak tanya tentang cetakan sijil online...apabila sy tekan sijil online..tiada sebarang paparan untuk cetakan...apa yg perlu dilakukan puan..mohon pencerahan..terima kasih

    ReplyDelete
  21. Salam ciklaili..
    Andai kita lupa kata laluan kita mcm mana rasa mcm saya pernah ubah kata laluan?
    Macam mana ye bantuan di perlukan..TQ

    ReplyDelete
  22. Salam Puan, maaf bertanya...wpun rasanya dah agak terlewat... ada guru yg baru berpindah ke sklh lain...tapi saya tak sempat masukkan bbrp ldp dia...so dia tak cukup 7 hari...mcm mana sy nak masukkan kehadiran dia ye sbb nama dia dah takde...

    ReplyDelete
  23. as salam puan sy cuba login esplg,.dh masukkn ic n no blkng ic tp error.knp ye?
    ini yg keluar..sebab pk hem ckp tarikh tutup 20/11/15 kan?

    500 - Internal server error.
    There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.

    ReplyDelete
  24. Salam, bagaimana sy nak mengetahuii jumlah kursus kita hadiri mencukupi 7 hari@ tidak.TQ

    ReplyDelete
  25. Salam sia.Perhimpunan rasmi mingguan dikira Brp hari kursus?

    ReplyDelete
  26. Boleh minta pencerahan kalau keluar bertugas sebagai hakim choral speaking atau perbahasan arahan ppd, bolehkah key in dalam splg?

    ReplyDelete
  27. saya adalah seorg PT di PPD seblm ini saya ada hadir bengkel klasifikasi fail d putrajaya anjuran KPM,saya kurang faham apa yg patut d pilih d bhg laluan, kategori, aktiviti dan tahap

    ReplyDelete
  28. Bagaimanakah betulkan maklumat tersilap diisi dalam e-pembelajaran yang telah disahkan oleh SU LADAP?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.