31 October 2013

Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Dalam SPLG / SPL KPM

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sedang melaksanakan ujirintis bagi pengurusan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPL KPM. Modul PPB merupakan penambahbaikan yang dilakukan terhadap aplikasi SPL KPM khususnya dalam mengira Poin terhadap aktiviti PPB yang dimasukkan secara online.


Mulai 26 Oktober 2013, terdapat penambahbaikan di dalam SPLG / Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM) iaitu Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Penambahbaikan ini melibatkan tambahan menu pada modul Individu dan sedang dalam proses pengujian dan ujirintis yang melibatkan tambahan sub menu :

1. Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community – PLC)
2. Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring )
3. Kajian Tindakan / Projek Inovasi
4. Penulisan & Penerbitan

 

Pegawai Latihan / SULDP perlu menyemak dan menyokong Aktiviti PPB yang dimasukkan oleh pegawai dan staf di bawah kawalan masing-masing bagi membolehkan 'Pelaporan PPB' dijana oleh komputer. Pengguna perlu mendaftarkan maklumat aktiviti mengikut ketegori PPB yang betul dan sesuai menerusi Modul Individu

Click untuk mengetahui Jadual Pengiraan Poin PPB

Bagi Kursus / Latihan yang dianjurkan di bawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu guru-guru dan peserta kursus perlu membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan/daftar kursus yang telah dilaksanakan. Daftar Kursus/Latihan menerusi Modul Individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi di luar KPM.

12 comments:

  1. macam2 sistem skrg nih, tak sempat aku nak follow

    ReplyDelete
  2. wah bagus betul sekarang ni, macam2 sistem ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem ni dah digunapakai sejak tahun 2011 & sekarang ada penambahbaikan Modul PPB

      Delete
  3. Tugas seorang guru serkaran ini semakin berat...bukan setakat menangani masalah pelajar. tetapi juga perlu menangani teknologi dan juga pengkeranian...

    ReplyDelete
  4. sistem yg teratur utk pengurusan yg lebih efektif...skang cikgu serba boleh :)

    ReplyDelete
  5. ada due date x untuk key-in semua data esplg bagi tahun 2013?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makluman baru di website SPLG :

      Modul Individu SPL KPM ditutup bagi memberi laluan kepada Peg. Latihan dan SULDP membuat proses daftar kursus secara berkumpulan dan pengesahan sokongan.

      Modul ini akan dibuka semula pada 15 Disember 2013 dan proses daftar Kehadiran Kursus (KKL) tahun 2013 akan dibuka sehingga Febuari 2014.

      Delete