eSPLG : Sistem Pengurusan Latihan Guru
Sebelum ini, kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan eSPLG telah mula digunapakai ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. (Sila baca Surat Perluasan SPLG ke semua PPD dan sekolah bertarikh 29 September 2011). Untuk makluman semua, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Pengenalan eSPLG
Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Tarikh pengemaskinian hendaklah dilaksanakan sebelum/pada30 Disember 2011Januari 2012 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.
Terdapat 2 bahagian penting di dalam eSPLG :

Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LADAP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
* Setiap sekolah telah diminta untuk menghantar SULDP atau wakil bagi menghadiri taklimat e-SPLG di PPD masing-masing. Saya beranggapan SULDP telah faham dan mengetahui bagaimana cara mendaftarkan kursus menggunakan modul kumpulan :)
2. Modul Individu
Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar 'Book Review' dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) - selain kursus yang dianjurkan oleh LDP Sekolah

* Terkini (23/11/2011) Sila click link di bawah untuk terus ke :
1) Modul SULDP : http://apps1.moe.gov.my/splg/apps/index.cfm
* Click untuk mengetahui Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Individu Melalui Login SULDP.
2) Modul Individu : http://apps1.moe.gov.my/splg/apps/i_SPLG/index.cfm
* Click untuk mengetahui Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Melalui Login Individu.



