Lawatan Ke Kota Walili, Meknes

on June 17, 2013

Assalamualaikum para pembaca blog Cik Laili.

Kali ini kalian bersama dengan penulis jemputan, Arrazi

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan ke Kota Walili yang terletak di luar Bandar Meknes. Ianya jauh sedikit daripada tempat saya belajar iaitu Fes.

Lawatan ini saya lakukan bersama dengan rakan-rakan semasa cuti semester yang lepas. Kebiasaan kami, ketika musim cuti semester, kami akan keluar untuk melawat tempat-tempat menarik di Maghribi.

Kota Volubilis dalam bahasa roman, atau Kota Walili (وليلي ) merupakan salah satu tapak warisan dunia Unesco. Ianya adalah penempatan bagi orang Fenisia atau Fartago bermula kurun ke-3 Sebelum Masihi. Asalnya, penganut kota ini beragama Kristian dan kemudiannya berubah menjadi penempatan umat Islam. Kerajaan Idrisiyyah yang menjadi kerajaan Islam pertama di Maghribi juga didirikan di atas kota ini pada abad ke 8 Masihi.

( Kota Walili dari jauh )

Kota ini meliputi tanah seluas 40 hektar dan terletak di kawasan berbukit bukau. Tempat ini katanya subur dengan penanaman zaitun. Justeru, tidaklah menghairankan jika kota ini menjadi ibu kota kepada kawasan penguasaan Rom yang meliputi Mauritania dan Maghribi.

Sewaktu saya melawat kota ini, ramai pelancong yang datang ke sini walaupun ia hanyalah tinggalan bangunan lama. Rata-rata mereka adalah pelancong eropah yang sedang bercuti serta sebahagian kecil pelancong China.

( Antara kemudahan yang disediakan )

Namun, kemudahan asas kepada pelawat sangat teruk seperti tandas yang kotor, kawasan yang bersemak dan tiada tempat solat. Justeru, jika ingin datang melawat ke sini, perlulah membawa sejadah untuk solat dan juga berhati-hati ketika melawat.

Di dalam kota ini, kita akan dapat melihat sebuah kota yang cukup lengkap dengan segala kemudahan seperti deretan kedai, gereja, mahkamah, kawasan lapang untuk aktiviti sosial, dan tempat mandi awam.

( Tinggalan Basilika )

( Antara pintu gerbang yang menarik perhatian kami)

( Tinggalan bangunan mahkamah)

Selain itu, kota ini juga mempunyai sumber air yang mencukupi iaitu datangnya daripada Wadi Al-Khommam dan Wadi Farthosah.

Jika diperhatikan, kota ini hanyalah tinggalan runtuhan bangunan-bangunan dan berbaki tiang-tiang istana dan bangunan utama mereka. Ini disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku pada pertengahan abad ke 18 serta tiada usaha untuk membaik pulih kota ini daripada kerajaan Maghribi. 

Kepada pelawat, mereka dikenakan caj untuk masuk ke kawasan ini sebanyak 10 dirham iaitu bersamaan RM3.80 seorang tanpa had waktu.

( waktu untuk pulang)

Sebelum azan Asar, kami bertolak pulang ke Fes. 

Sekian sahaja, cerita saya daripada bumi Maghribi, bumi yang penuh dengan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya.

Saya ucapkan: “Selamat datang ke Maghribi”!

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : My Arrazi



Samsung Galaxy S4 Teman Sejatiku

on June 14, 2013

Diberi peluang selama seminggu untuk bersama si dia, Samsung Galaxy S4 memang suatu pengalaman yang cukup berharga. Siapa yang tidak suka mendapat smartphone idaman kalbu, kan? Dengan ciri-ciri yang sungguh menarik, sudah tentu Samsung Galaxy S4 layak menjadi teman sejatiku.

Pelbagai fungsi telah dicuba sendiri dan terbukti ia memang sangat menarik! Ada beberapa ciri yang luar biasa akan saya akan ceritakan dalam entri ini. Jadi, bagi anda yang masih mencari-cari teman sejati, saya akan syorkan smartphone ini kepada anda.


Ciri paling menarik dalam Samsung Galaxy S4 ialah dual camera. Dengan ciri ini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk mengambil gambar dan video kerana anda boleh menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak. Terdapat juga pelbagai frame yang disediakan yang sudah pasti ia akan menarik hati anda untuk memilikinya. 

 
Gambar suami di hadapan sekolah rendah menggunakan fungsi dual camera.

Terdapat pelbagai mode menarik yang boleh digunakan semasa mengambil gambar dan 3 mode paling menarik hati saya ialah sound & shot, panorama dan drama. Mode lain yang tidak kurang hebatnya : Rich tone (HDR), Animated Photo, Best Face, Night, Sports dan Eraser.


Gambar-gambar yang diambil semasa percutian bersama keluarga atau majlis-majlis istimewa boleh juga dikumpulkan dan ditukar sebagai Story Album dan sudah pasti boleh dijadikan sebagai kenangan yang paling indah.


Dengan Samsung Galaxy S4 juga anda boleh menggunakan aplikasi Group Play untuk berkongsi muzik, gambar, dokumen dan game bersama rakan-rakan tanpa menggunakan wayarles. Saya sendiri telah mencubanya dengan berkongsi muzik bersama Samsung Galaxy S4 milik suami dan kami telah mewujudkan suasana seperti berada di sebuah parti. 


Percaya atau tidak jikasaya katakan bahawa Samsung Galaxy S4 boleh digunakan sebagai remote controller televisyen anda? Aplikasi SwitchON memang sangat menarik hati kami sekeluarga kerana kami boleh memilih rancangan kegemaran kami dengan menggunakan smartphone ini. 



Seperti gambar di atas, anda boleh lihat pelbagai aplikasi yang ada di dalam Samsung Galaxy S4. Antara ciri lain yang pasti memudahkan hidup anda ialah Air View, Air Gesture, Smart Stay dan Smart Scroll. Anda boleh melihat fungsi unik tersebut di dalam gambar berikut.


Smartphone ini juga sudah pasti boleh menjadi teman dalam menjaga kesihatan diri anda. Lihat saja fungsi yang ada – Walking mate, Food Tracker dan Health board.


Oh ya! Ada dua ciri lagi yang amat saya sukai iaitu multi window dan capture screen. Adakah anda tahu bagaimana cara untuk capture screen menggunakan Samsung Galaxy S4? Jom saya tunjukkan caranya. 

Multi window

Mudahnya untuk capture screen.

Oklah, rasanya cukup setakat ini dulu beberapa kelebihan dan keunikan Samsung Galaxy S4 yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang smartphone ini, jangan lupa lawati laman web Samsung di http://www.samsung.com/global/microsite/galaxys4/.

Samsung Galaxy S4 Teman Sejatiku

48hours sponsored post ini dibawa khas oleh ciklaili.com
 

Uri Melekat / Placenta Accreta Semasa Mengandung

on June 13, 2013

Wanita yang sudah berkahwin pasti mengimpikan suara tangisan bayi di dalam keluarga. Anak juga merupakan pengikat kasih sayang di antara suami dan isteri. Saya ingin bercerita tentang pengalaman penulis semasa mengandung anak ketiga (arwah Azim) yang mana beliau telah mengalami pendarahan/bleeding sewaktu kandungan berusia 2 bulan dan dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh, Perak.

 Sumber : Lucina Foundation

Di awal kandungan, doktor di klinik desa mengatakan saya mengandung kembar empat  iaitu 3 kantung kosong dan 1 kantung arwah Azim. Masalah pendarahan yang berlaku adalah disebabkan kantung kosong yang keluar. Tetapi sewaktu saya di tahan di wad, saya telah discan oleh doktor pakar dan beliau mengatakan kes saya sebagai placenta accreta atau uri melekat dan nisbahnya adalah  1:250. 

Placenta accreta is a severe obstetric complication involving an abnormally deep attachment of the placenta to the myometrium (the middle, muscular layer of the uterine wall), without penetrating it. Thus, the placenta grows completely through the endometrium. The placenta usually detaches from the uterine wall relatively easily, but women who encounter placenta accreta during childbirth are at great risk of haemorrhage during its removal. This commonly requires surgery to stem the bleeding and fully remove the placenta, and in severe forms can often lead to a hysterectomy or be fatal.

Kes ini memang jarang berlaku dan doktor mengatakan saya hanya boleh dibedah jika kandungan sudah membesar iaitu pada usia 21 minggu. Tetapi disebabkan uri melekat dibahagian parut operation sewaktu saya melahirkan anak ke dua, Amni saya telah ditahan diwad selama 2 minggu ketika usia kandungan mencecah 19 minggu dan mengalami tumpah darah yang banyak.
 
Saya berasa amat gembira ketika mendengar degupan jantung arwah Azim yang sangat jelas tetapi doktor mengatakan  beliau terpaksa menyelamatkan salah seorang daripada kami kerana saya telah kehilangan 5 pain darah dan 10 pain darah telah dimasukkan. Akibat pendarahan yang tidak henti-henti, doktor terpaksa membuang rahim dan mengeluarkan arwah Azim.

Saya masih terasa tendangan arwah Azim pada malam kejadian sebelum tumpah darah dan tidak dapat melihat wajah arwah kali terakhir kerana saya masih ditahan di ICU. Hanya suami yang menguruskan segala urusan pengebumian Azim.

Pada mulanya saya memang tidak dapat menerima kenyataan bahawa rahim saya terpaksa dibuang dan menyebabkan anak saya meninggal dunia. Saya rasa amat tertekan ketika berpantang kerana tampa bayi disisi ditambah lagi dengan jahitan pembedahan yang terbuka.

Syukur alhamdulillah...setelah setahun berlalu saya cuba belajar dan kuatkan semangat serta percaya bahawa Allah yang maha berkuasa dari segala-galanya. Semoga saya diberi kebahagiaan bersama suami dan sepasang anak yang comel. Amin.

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : adyna


Peluang Menjadi Penulis Jemputan ciklaili.com

on June 10, 2013

Mulai 10 - 30 Jun 2013, saya ingin membuka peluang kepada para blogger dan pembaca yang berminat untuk berkongsi penulisan dan menjadi penulis jemputan di blog ciklaili.com. Jika entri anda terpilih, ia akan disiarkan di blog ini mulai Julai 2013 dan akan diterbitkan pada setiap hari Rabu menggantikan entri wordless wednesday.

Penulis jemputan boleh menulis entri yang berbentuk :
1. pengalaman belajar atau bekerja, catatan percutian, pengalaman menghadapi situasi tertentu dan sebagainya 
2. perkongsian ilmu - tip, panduan, tutorial, resepi, petua
3. penulisan kreatif - cerpen, sajak, pantun
  • Entri boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan digalakkan untuk menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.
  • Gambar dan pautan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Pemilihan entri akan dibuat sendiri oleh ciklaili.com. 
  • Entri yang diterbitkan akan menerima bayaran saguhati.

Berikut adalah entri dari penulis jemputan ciklaili.com yang terpilih melalui Segmen Blog Pilihan :

BloggerEntri
adynaUri Melekat / Placenta Accreta Semasa Mengandung
Aju MohitTaman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka
AkuBiomedTip Mudah Komen Di Blog
aynora nurTip Mencari Pekerjaan Yang Sesuai
Dayat Cara Mengira Bil Eletrik Anda
dzuandieyPengalaman Manis : Guru Dicium 5 Kali Sehari
elynnshazlinProgram Pertukaran Pelajar Malaysia Ke Korea
lobamPersediaan Sebelum Menunaikan Umrah
mama3herooGrand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Puan BeeMom Blogger Dengan Ranking Dunia
Qaseh iManieDesa Water Park Kuala Lumpur
Sutera UnguResepi Ayam Masak Merah Banjar @ Ampal
 
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saya menggunakan form hubungi ciklaili.com untuk menyatakan idea penulisan anda terlebih dahulu atau boleh terus menghantarkan draft entri berserta butiran berikut :

1. Nama
2. Email
3. Blog/Website
4. Pengalaman Menulis (jika ada)

Sebarang pertanyaan boleh ditulis di bahagian komen atau e-mailkan ke ciklaili@yahoo.com.

5 Blog Pilihan ciklaili.com (Part 8)

on June 8, 2013

Mungkin ada di antara blogger yang menyertai Bloglist Setahun Dari ciklaili.com tertanya-tanya bilakah tiba giliran mereka untuk diperkenalkan kepada pembaca blog ini. Jangan risau...sampai masanya nanti, saya akan perkenalkan juga blog anda. Tunggu ye...

Setakat bulan Jun 2013, seramai 61 blog telah menyertai bloglist ini dan 36 blog telahpun diperkenalkan. Terima kasih diucapkan di atas sokongan anda semua.

Untuk blog pilihan kali ini, saya ingin memperkenalkan 5 blog yang mempunyai keunikan masing-masing. Kalau nak tahu apa keunikan setiap blog ini, anda kenalah berkunjung ke blog tersebut. Jom sama-sama berkenalan dengan mereka.

 1. My Arrazi








2 blog bertuah yang terpilih untuk menjadi penulis jemputan ciklaili.com : 

My Arrazi dan Blog Untuk Semua

TAHNIAH..

Penulis jemputan boleh menulis apa saja entri berbentuk :

1. peribadi, keluarga & anak-anak
2. catatan percutian & pengalaman
3. perkongsian ilmu - tip, panduan, resepi, petua dll
4. hasil nukilan - cerpen, sajak, pantun
5. promosi blog termasuk segmen, contest & perniagaan online 

  • Entri boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan digalakkan untuk menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.
  • Gambar dan pautan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Entri yang diterbitkan akan menerima bayaran saguhati dari pihak ciklaili.com.
Sila e-mailkan draft entri anda ke ciklaili@yahoo.com

Berikut adalah entri dari penulis jemputan ciklaili.com yang terpilih melalui Segmen Blog Pilihan :

BloggerEntri
adynaUri Melekat / Placenta Accreta Semasa Mengandung
Aju MohitTaman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka
AkuBiomedTip Mudah Komen Di Blog
aynora nurTip Mencari Pekerjaan Yang Sesuai
Dayat Cara Mengira Bil Eletrik Anda
dzuandieyPengalaman Manis : Guru Dicium 5 Kali Sehari
elynnshazlinProgram Pertukaran Pelajar Malaysia Ke Korea
lobamPersediaan Sebelum Menunaikan Umrah
mama3herooGrand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Puan BeeMom Blogger Dengan Ranking Dunia
Qaseh iManieDesa Water Park Kuala Lumpur
Sutera UnguResepi Ayam Masak Merah Banjar @ Ampal
 

Cara Mengurus Blog Dan Kerja

on June 7, 2013

Terdetik di hati untuk bertanya kepada rakan blogger berapa lama masa yang diambil untuk menulis sebuah entri. Saya pasti situasi setiap blogger sangat berbeza. Mungkin ada blogger yang boleh menerbitkan 5 entri dalam masa 1 hari dan mungkin juga ada blogger yang sama seperti saya - paling kurang 1 hari 1 entri.

Walau bagaimanapun, kerana kekangan masa dan ditambah pula dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang isteri, ibu dan cikgu (walaupun cuti sekolah tetapi ada 18 bungkus kertas soalan yang perlu ditanda) tidak mengizinkan saya untuk update blog pada setiap hari.

Ini pula soalan dari cikgu Nunu yang belum saya jawab.


Di sini saya ingin kongsikan 3 cara saya (isteri dan ibu beranak dua) mengurus blog dan kerja :

1. Utamakan apa yang lebih utama

Antara blog dengan kerja, sudah tentu saya akan memilih kerja sebagai perkara paling utama. Jika waktu persekolahan, biasanya entri di blog ini auto-publish dan diterbitkan antara jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari atau antara jam 3.00 - 5.00 petang. Pada waktu inilah pembaca akan berkunjung ke blog ini dan secara tidak langsung akan menaikkan trafik blog. 

Kebanyakkan entri di blog ini pula ditulis dalam bentuk perkongsian ilmu dan melalui pemerhatian serta pengalaman saya sendiri. Pada pendapat saya, lebih baik 'menjadi diri sendiri' daripada mengikut cara blogger lain. Sebagai blogger, kita sendiri yang menentukan untuk menjadi blogger yang bagaimana - blogger glamour, blogger buat duit, blogger tutorial, blogger event atau blogger yang biasa-biasa saja.

2. Menulis dalam keadaan rehat dan santai

Jika berada di rumah, saya akan memilih masa yang sesuai untuk menulis. Jika anak-anak kusyuk menonton televisyen atau tidur, saya akan gunakan masa tersebut untuk membuat kerja suri rumah (mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan lain-lain).

Sejak melahirkan anak kedua pada bulan Januari 2012, saya sudah mula belajar menulis entri sambil menyusukan (breastfeed) anak. Pada ketika itu bonding di antara saya dan anak akan berlaku dan dalam masa yang sama blog ini juga dapat di update.  Syukur alhamdulillah...rezeki berblog semakin bertambah-tambah dengan kehadiran Muhammad Amar Rizqi. Sememangnya anak ini membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah.  

Amar sedang menyusu

3. Sokongan dari suami - lensapujangga.com dan anak-anak

Tanpa sokongan mereka, mana mungkin saya akan menulis sehingga ke hari ini. Merekalah sumber inspirasi saya dan merupakan watak utama dalam blog ini. Mereka jugalah bodygurad saya yang sentiasa bersama di waktu susah dan senang.

Untuk makluman, blog ini mula ditulis ketika anak sulung, Amir berumur 3 tahun. Memandangkan saya telah meninggalkan dunia blog pada tahun 2006 hingga 2009, terasa rindu pula untuk kembali menulis. Jom baca entri pertama saya di blog ini, Azam Ramadan 2009. Syukur alhamdulillah, nampaknya azam saya sudah menjadi kenyataan dan siapa sangka saya juga mampu menjana pendapatan melalui blog ini.

  Saya bersama suami, Amir dan Amar di pejabat Nuffnang (Mei 2013)

Kalau ingin tahu bagaimana pula blogger bujang mengurus blog dan kerja, anda boleh membaca entri Blogger dan Pengurusan Masa. Bagaimana pula ANDA mengurus blog dan kerja? Kongsikan di ruangan komen di bawah. Terima kasih :)

Gambar Candid ciklaili.com Di SBDdB13

on June 5, 2013

Tersenyum sendiri bila melihat 2 keping gambar candid saya (bertudung merah jambu) semasa sesi pendaftaran Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati yang sempat diambil oleh saudara Azman Ishak selaku Official Photographer untuk majlis tersebut. Saya telah hadir bersama suami dan Ustazah Ain yang merupakan rakan guru yang mengajar di sekolah yang sama. 

Sebenarnya saya rasa agak kecewa juga kerana tidak sempat bertegur sapa dengan beberapa orang blogger yang memang ingin saya jumpa di SBDdB13. Sepanjang seminar tersebut memang kusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka.  Mujurlah semasa balik ke Terengganu baru-baru ini, saya dapat juga bertemu dengan cik tom yang comel.


Agak-agak dialog apa yang sesuai untuk gambar-gambar di atas ye?

Untuk melihat gambar-gambar lain yang diambil oleh saudara Azman Ishak, sila ke Koleksi Pilihan : Gambar-Gambar Sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013.

Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013

on June 4, 2013

Guru-guru yang telah membuat permohonan pertukaran untuk sesi Jun 2013 pasti sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan permohonan mereka. Maklum sajalah, cuti sekolah hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Jadi, sudah tentu banyak perkara yang perlu disiapkan jika permohonan mereka berjaya.

Dukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan pertukaran guru untuk sesi Jun 2013 adalah DITANGGUHKAN sehingga ke satu masa yang akan diberitahu kelak. Inilah paparan yang tertera di laman web e-GTukar.

Keputusan pertukaran guru antara bahagian / antara negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian petempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


Untuk rakan-rakan guru yang telah membuat permohonan kali ini diharap dapat bersabar dan terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

posted from Bloggeroid
 
© ciklaili.com All Rights Reserved