Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan Tahun 2021

Pada tahun ini sesi persekolahan agak berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2021 akan mencatatkan sejarah baru apabila sesi persekolahan bermula agak lewat daripada biasa dan hanya sebahagian murid yang akan memulakan persekolahan secara bersemuka manakala sebahagian lagi akan meneruskan pembelajaran secara atas talian. 

Bagi calon peperiksaan awam tahun 2020 yang sepatutnya menduduki peperiksaan pada tahun 2020, tetapi disebabkan pendemik yang berlaku di negara kita maka peperiksaan ditunda ke tahun 2021. Saya doakan semoga semua calon kekal fokus untuk menghadapi peperiksaan dan guru-guru juga diberi kekuatan dan kesabaran dalam membantu calon-calon peperiksaan awam ini.

Baiklah, di dalam entri ini saya akan kongsikan Takwim Persekolahan Tahun 2021 dan Cuti Perayaan 2021 sebagai rujukan dan panduan pihak yang terlibat terutama guru dan juga murid. Untuk makluman, takwim persekolahan ini terbahagi kepada 2 kumpulan :

i. Kumpulan A untuk sekolah-sekolah di negeri KedahJohor, Kelantan dan Terengganu.  

ii. Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.




Cuti sekolah 2020 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Gunakan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid walau di mana saja anda berada. Semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang yang akan dicipta pada tahun 2021 nanti, insya Allah.

Oh! ya, bagi yang berminat untuk membuat tempahan Sticker Sekolah 2021, sila click entri Tempah Sticker Secara Online, Cepat dan Mudah atau click pada gambar di bawah.

Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan Tahun 2021 Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan Tahun 2021 Reviewed by ciklaili on Friday, January 01, 2021 Rating: 5

3 comments:

Powered by Blogger.