Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan 2020)

Melalui surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2020, KPM telah mengeluarkan Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan 2020) bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM. Semua sekolah akan dibuka semula secara berperingkat setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.


Sehubungan dengan itu, KPM telah membuat ketetapan bahawa pindaan penggal persekolahan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi sesi tahun 2020 bermula pada 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 17 Disember 2020 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A. Manakala, sekolah dalam negeri Kumpulan B bermula pada 2 Januari 2020 dan tamat pada 18 Disember 2020.

Berikut adalah Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan 2020) untuk rujukan anda semua. Terdapat juga cuti perayaan yang telah diperuntukkan oleh KPM.


Post a Comment

0 Comments