06 September 2013

, ,

Zespri® Kiwifruit Smoothie


Hari ni merupakan hari ke-2 Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge dan saya bercadang untuk menyediakan minuman istimewa buat anak-anak saya, Amir dan Amar. Biasanya anak-anak lebih suka minum air milo tapi kali ini saya ingin beri sesuatu yang lain - Zespri® Kiwifruit Smoothie

 Bahan utama untuk Zespri® Kiwifruit Smoothie

Cara untuk menyediakan smoothie ini sangatlah mudah. Saya telah ubah sedikit resepi yang sedia ada mengikut citarasa sendiri dan anak-anak. Bagi yang ingin merasa keenakan smoothie ini, anda bolehlah mencuba resepi di bawah :

 
 Zespri® Kiwifruit Smoothie ciklaili.com

Bahan-bahan :
2 biji Zespri® Kiwifruit Green
1/2 potong pisang
3 sudu madu
1 cawan air susu  *(saya bancuh air susu menggunakan susu pekat manis)
Beberapa ketul ais

 Bahan-bahan sedia untuk dikisar

Cara-caranya :
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar sehingga halus.
- Tuangkan ke dalam gelas, mug atau cawan.
- Hiaskan dengan hirisan kiwi.

Dah siap dan bolehlah dihidangkan

Lihatlah Amar sedang minum smoothie yang ibu sediakan

Nantikan entri saya yang berikutnya dengan lebih banyak gambar, resepi dan video yang sudah tentu menarik minat anda untuk menikmati buah kiwi dari Zespri® ini. Sila lawati laman web Zespri® untuk maklumat lanjut - http://www.zespri.com.my/

Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :

Cabaran  Misi Terlaksana
Hari Pertama  Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold  
Hari Ke-2   Zespri® Kiwifruit Smoothie
Hari Ke-3  [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri® 
Hari Ke-4  Resepi Puding Roti Kiwi
Hari Ke-5  Aiskrim Pelangi Cinta
Hari Ke-6  Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri®
Hari Ke-7  7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-8  Sarapan Pagi Untuk Amar
Hari Ke-9  Sedap Dimakan Begitu Saja
Hari Ke-10  Khasiat Buah Kiwi
Hari Ke-11  Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan
Hari Ke-12  Resepi Muffin Kiwi Hijau
Hari Ke-13  3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu
Hari Ke-14  Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
 
Jom follow ciklaili.com di :
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom 
TWITTER https://twitter.com/ciklaili 
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili


6 comments:

  1. nampak macam sedap jer... boleh try ni... memang kena guna buah kiwi jer ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap rasanya. anak2 pun suka.
      boleh guna buah lain tapi campuran mungkin berbeza.

      * entri ni khas untuk Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. 14 hari kena cerita tentang buah kiwi aje :)

      Delete
  2. Eh eh senang nyer buat smoothie.... thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang je nak buat smoothie. jangan lupa cuba tau..

      Delete