05 September 2013

,

Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold


Adakah anda salah seorang penggemar buah kiwi? 

Kalau anda ingin tahu, buah kiwi adalah salah satu antara buah-buahan kegemaran saya. Buah kiwi mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan Vitamin C. Bagi ibu-ibu mengandung, anda digalakkan untuk memakan buah kiwi kerana ia adalah sumber semula jadi folat yang membantu mencegah kecacatan saraf pada bayi dalam kandungan.

Zespri® International Limited adalah pemasar terbesar buah kiwi di dunia yang menjual buah kiwi di lebih daripada 60 buah negara termasuk Malaysia. Terdapat beberapa jenis buah kiwi yang dipasarkan seperti Zespri® Green, Zespri® Gold, Zespri® Organic dan Zespri® SunGold (terbaru). Setiap daripada buah kiwi ini mempunyai perbezaannya tersendiri.

Baru-baru ini saya bersama beberapa orang 'mom blogger' telah dipilih untuk menyahut Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge yang bermula pada 5 September 2013. Kami semua telah diberikan goodie bag yang mengandungi dua jenis buah kiwi iaitu Zespri® Green dan Zespri® SunGold serta beberapa barangan lain bagi melengkapkan tugasan sepanjang tempoh dua minggu ini.

Zespri® Green dan Zespri® SunGold

Kalau anda lihat dengan mata kasar, terdapat perbezaan di antara Zespri® Green dan Zespri® SunGold iaitu Zespri® Green mempunyai bulu di luar manakala Zespri® SunGold pula tiada. Dari segi rasa, setelah mencuba kedua-dua buah kiwi ini, saya dapati Zespri® SunGold lebih manis rasanya berbanding Zespri® Green. Anak-anak saya terutama Amar (1 tahun 8 bulan) juga suka memakan buah kiwi ini.

Zespri® Green kombinasi rasa manis dan masam

 Zespri® SunGold rasa manis yang menyegarkan

Buah kiwi untuk cabaran 14 hari bersama Zespri®

Banyak lagi yang akan saya kongsikan dengan anda sepanjang 14 hari cabaran ini berlangsung. Nantikan entri saya yang berikutnya dengan lebih banyak gambar, resepi dan video yang sudah tentu menarik minat anda untuk menikmati buah kiwi dari Zespri® ini. Sila lawati laman web Zespri® untuk maklumat lanjut - http://www.zespri.com.my/

Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :

Cabaran  Misi Terlaksana
Hari Pertama  Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold  
Hari Ke-2   Zespri® Kiwifruit Smoothie
Hari Ke-3  [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-4  Resepi Puding Roti Kiwi
Hari Ke-5  Aiskrim Pelangi Cinta
Hari Ke-6  Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri®
Hari Ke-7  7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-8  Sarapan Pagi Untuk Amar
Hari Ke-9  Sedap Dimakan Begitu Saja
Hari Ke-10  Khasiat Buah Kiwi
Hari Ke-11  Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan
Hari Ke-12  Resepi Muffin Kiwi Hijau
Hari Ke-13  3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu
Hari Ke-14  Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
 
Jom follow ciklaili.com di :

19 comments:

  1. Wah menarik ni. Saya suka buah kiwi. Nanti kogsi masakan yea.. :-)

    ReplyDelete
  2. Akak kalau buah ni potong dua pas tu cedok dengan sudu...nyum...nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pula buah kiwi tu baru dikeluarkan dari peti sejuk..lagi sedap. nyummy!

      Delete
  3. salam,

    pernah dgr Zespri sebelum ni di FB kot tak silap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam Ummi Hanie.

      memang ada fanpage untuk Zespri. boleh dapatkan maklumat terkini dari situ.

      Delete
  4. Replies
    1. kalau teringin nak makan buah kiwi ni kena tunggu stok yang akan dihantar ke sekolah, boleh je bagi kak Ain & kawan2 lain..

      Delete
    2. masa pergi hari tu cuma dapat stok untuk 7 hari je. lepas ni dorang akan pos lagi buah kiwi. puaslah kami sekeluarga makan buah kiwi sepanjang 2 minggu ni :)

      Delete
  5. buah kiwi memang mempunyai banyak khasiat.. rasa pun sedap!

    ReplyDelete