08 September 2013

, ,

Resepi Puding Roti Kiwi

Sedapnya kalau dapat makan puding roti berkuahkan sos kastard bersama secawan air milo, kopi atau teh panas. Sambil tu menonton pula rancangan kegemaran di kaca televisyen bersama keluarga tersayang. Tentu seronok dan rasa bahagia, kan?

Sebenarnya sudah lama saya tidak membuat puding roti. Memandangkan saya masih dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge, saya bercadang untuk menggantikan 'kismis' dengan buah kiwi Green dan SunGold dari Zespri®. Di sini saya ingin kongsikan Resepi Puding Roti Kiwi yang telah diubahsuai mengikut selera kami sekeluarga.

 Puding Roti Kiwi Green Zespri® bersama sos kastard

Resepi Puding Roti Kiwi 
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan : 
10 keping roti (potong dua atau tiga segi)
2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega 
2 biji telur  
4 sudu gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji buah kiwi Green / SunGold (dipotong)
2 biji ceri merah (dipotong kecil) 

* Ada 2 pilihan sama ada nak susun roti atau rendam terlebih dahulu.  
Saya memilih untuk menyusun roti terlebih mengikut bentuk yang dikehendaki seperti bentuk bunga (macam dalam gambar di bawah, roti dipotong kepada bentuk segitiga)

Cara-caranya :
- Campurkan susu, mentega, telur, gula halus, esen vanilla dan buah kiwi.
- Tuang campuran tadi ke atas roti yang telah disusun.
- Taburkan buah ceri sebagai hiasan
- Biarkan selama 20-30 minit sebelum dimasak / kukus

Sos Kastard
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

Cara-caranya :
- Campurkan semua bahan dan masak menggunakan api yang kecil.
- Apabila sos menjadi pekat, matikan api.


Nantikan entri saya yang berikutnya dengan lebih banyak gambar, resepi dan video yang sudah tentu menarik minat anda untuk menikmati buah kiwi dari Zespri® ini. Sila lawati laman web Zespri® untuk maklumat lanjut - http://www.zespri.com.my/

Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :

Cabaran  Misi Terlaksana
Hari Pertama  Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold  
Hari Ke-2   Zespri® Kiwifruit Smoothie
Hari Ke-3  [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri® 
Hari Ke-4  Resepi Puding Roti Kiwi
Hari Ke-5  Aiskrim Pelangi Cinta
Hari Ke-6  Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri®
Hari Ke-7  7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-8  Sarapan Pagi Untuk Amar
Hari Ke-9  Sedap Dimakan Begitu Saja
Hari Ke-10  Khasiat Buah Kiwi
Hari Ke-11  Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan
Hari Ke-12  Resepi Muffin Kiwi Hijau
Hari Ke-13  3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu
Hari Ke-14  Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
 
Jom follow ciklaili.com di :
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom 
TWITTER https://twitter.com/ciklaili 
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili

12 comments:

  1. Lelehan susu krim membuat kecur air liur. :-)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ciklaili....sedapnya tengok...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam MZ. jomlah cuba resepi mudah ni..

      Delete
  3. selain sebagai guru dan blogger, ciklaili pun chef jugak ye? ada bakat tu..

    ReplyDelete
  4. Saya suka segala jenis puding, tapi sayangnya En.Suami tak suka manis2 sangat, kalau nak buat sendiri kurang seronoknya sebab kita je yg makan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi jiran sebelah atau bawa ke tempat kerja. mesti ada yang sudi makan :)

      Delete
  5. hari-hari makan kiwi la jawabnya nih. hoho

    ReplyDelete