16 September 2013

, ,

Resepi Muffin Kiwi Hijau

Kali ini saya ingin kongsikan satu resepi muffin yang agak berlainan yang mana bahan yang digunakan ialah buah kiwi hijau. Resepi muffin ini amat mudah dan sudah tentu rasanya juga sedap. Ia sesuai dijadikan sebagai menu minum petang atau boleh juga disediakan untuk majlis-majlis tertentu.

Saya telah menyediakan muffin ini untuk keluarga semasa cuti Hari Malaysia 2013 dan bagi menyempurnakan salah satu cabaran dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. Bagi anda yang ingin merasa sendiri muffin kiwi ini, anda boleh mencuba resepi di bawah :


Resepi Muffin Kiwi Hijau
oleh : ciklaili.com
(resepi untuk 15 biji muffin)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil baking soda
3 biji buah kiwi hijau (dibuang kulit dan dipotong kecik/halus)
2 biji telur
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan minyak
Sedikit pewarna hijau epal

Cara-caranya :
- Campurkan tepung gandum, baking powder dan baking soda - kacau perlahan.
- Masukkan buah kiwi, telur, gula, susu dan minyak. Gaul hingga adunan menjadi sebati.
- Titiskan sedikit pewarna hijau epal.
- Masukkan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas.
- Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah.
(jika menggunakan periuk ajaib : 10 - 15 minit sahaja)
- Setelah siap, hiaskan mengikut citarasa anda.

Jangan lupa untuk singgah ke laman web Zespri® bagi mendapatkan maklumat lanjut serta info terkini - http://www.zespri.com.my/

Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :

Cabaran  Misi Terlaksana
Hari Pertama  Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold  
Hari Ke-2   Zespri® Kiwifruit Smoothie
Hari Ke-3  [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri® 
Hari Ke-4  Resepi Puding Roti Kiwi
Hari Ke-5  Aiskrim Pelangi Cinta
Hari Ke-6  Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri®
Hari Ke-7  7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri®
Hari Ke-8  Sarapan Pagi Untuk Amar
Hari Ke-9  Sedap Dimakan Begitu Saja
Hari Ke-10  Khasiat Buah Kiwi
Hari Ke-11  Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan
Hari Ke-12  Resepi Muffin Kiwi Hijau
Hari Ke-13  3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu
Hari Ke-14  Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
 
Jom follow ciklaili.com di :
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom 
TWITTER https://twitter.com/ciklaili 
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili

30 comments:

  1. rasa dia masam-masam ke..? macam best je...selalu buat blueberry or strawberry tak pun pisang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa masam manis sebab pakai buah kiwi hijau. mungkin kalau guna buah kiwi SunGold rasa manis. bila makan akan terasa juga biji2 kiwi tu. sedap..

      Delete
    2. rasa masam manis? macam best je. first time tengok muffin kiwi :) slalunya kek yg dilapis dgn krim + kiwi je.

      Jom Exchange Blog List @ buatwanita.blogspot.com

      Delete
  2. wowww... banyak yang boleh dibuat dengan buah kiwi yang berkhasiat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..selain makan macam tu aje, boleh buat macam2 resepi lain..

      Delete
  3. Boleh kunyah2 rasa biji dia ek? Sedapnya~

    ReplyDelete
  4. nampak sedap la..good recipe..nanti saya pun nak cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. rasa muffin kiwi ni lain dari yang lain..

      Delete
  5. Bertepatan dengan sambutan hari penubuhan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan hari saya buat muffin ni masa cuti Hari Malaysia, jadi buatlah hiasannya dengan bendera Malaysia..

      Delete
  6. Replies
    1. bolehlah bagi resepi ni pada isteri untuk dicuba..

      Delete
  7. bila makan rasa masam dan manis ni mmg sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..rasanya macam kek lapis sarawak yang masam manis tu..

      Delete
  8. ermm..buah nie masam ke tak huhu..tak pernah terpikir pun nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 jenis. kalau buah kiwi hijau rasanya masam manis. tapi buah kiwi SunGold rasanya lebih manis. boleh baca entri Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold - http://www.ciklaili.com/2013/09/zespri-kiwifruit-green-sungold.html

      Delete
  9. hai ciklaili, thanx singgah, wah sedapnye muffin, mesti ada rasa masam2 manis kan, selalu kalau makan muffin tak coklat blueberi, strawberri, bila kiwi ni agak menarik sket...boleh cuba nanti, thanx...

    singgah le like page spa*d*rumah saya ye.... http://www.facebook.com/spadirumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah resepi muffin kiwi hijau ni. sedap rasanya..

      Delete
  10. Nice and delicious muffin there. I actually used SunGold Kiwi instead the green one. Would love to try this some day.

    ReplyDelete
  11. saya suka kiwi mungkin boleh try wat resipi ini nanti hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau muffin kiwi bukan budak-budak... orang dewasa pun selera nak makan

    ReplyDelete
  13. Kreatif..memang kreatif..haha..nak makan pun sayang kalau cantik mcm ni..

    ReplyDelete
  14. nampak sedap danmenarik skali muffin kiwi ciklaili ni :)

    ReplyDelete
  15. Buah kiwi rasanya enak, apalagi dibikin kue tentu akan terasa lebih nikmat

    ReplyDelete
  16. Mcm mna caranya guna pemanggang ajaib tu? Buat mcm kukus ye?

    ReplyDelete