14 January 2013

, ,

Pengalaman Menggunakan Cloth Diapers (CD)

Bulan Januari 2013 genaplah  1 tahun saya menggunakan cloth diapers (CD) untuk anak kedua kami, Amar. Niat saya untuk mula berCD bukanlah hangat-hangat tahi ayam. Selain saya, ada lagi beberapa orang rakan-rakan setugas yang turut menggunakan CD untuk anak mereka. Bila ditanya, masing-masing menyatakan penggunakan CD memang berbaloi, menjimatkan wang (tidak perlu memikirkan stok lampin habis dan membelinya setiap bulan) dan sudah semestinya dapat menjaga alam sekitar. Selain itu, CD juga merupakan pelaburan jangka panjang kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.

Penggunaan CD bukanlah suatu perkara yang sukar, leceh dan semua yang negatif. Jika anda mengikut jadual pembasuhan CD yang dicadangkan, semuanya akan menjadi mudah. Dalam entri ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan CD dengan anda semua. 

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang CD, anda bolehlah membaca entri Cloth Diapers Yang Berwarna Warni.


Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diaper
  • Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)
    • *RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan *bergantung kepada harga lampin
    • RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
    • RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00
     
  • Kos bagi pembelian 20 helai CD (20-25 helai adalah jumlah yang disyorkan)
    • *RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga CD
     
  • Penjimatan
    • setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
    • 3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00
Biasanya dalam sehari Amar akan menggunakan 5 CD (bergantung berapa kali Amar membuang air besar). 1 CD boleh digunakan dalam tempoh 3-4 jam dan saya akan bekalkan 3 CD semasa menghantar Amar ke rumah pengasuh. Biasanya hanya 2 CD saja yang digunakan. 

Berikut adalah jadual penggunaan CD untuk Amar :

CD 1
6.30 pagi – 10.30 pagi
Saya akan mandikan Amar sebelum menghantar ke rumah pengasuh dan pakaikan CD1.
CD 2
10.30 pagi  – 2.30 petang
Pengasuh akan tukarkan dengan CD2 sebelum / selepas makan atau mandi.
CD 3
2.30 petang  – 6.30 petang
Saya tukarkan dengan CD3 selepas memandikan Amar  (di rumah).
CD 4
6.30 petang – 10.30 malam
Saya tukarkan dengan CD4 dan memasukkan 2 insert ke dalam CD.
CD 5
10.30 malam – 6.30 pagi
Tidak perlu menukar CD kerana 2 insert boleh bertahan lebih kurang 6 – 8 jam.
  

Pengasuh akan memasukkan CD yang telah digunakan ke dalam wetbag yang telah saya bekalkan dan apabila sampai di rumah saya akan membersihkan CD yang terkena najis terlebih dahulu dan kemudian CD yang terkena air kencing. Biasanya saya akan kumpulkan hingga 10 CD sebelum membasuhnya menggunakan mesin basuh. Jika membasuh CD pada waktu siang, saya akan jemur di bawah sinaran matahari manakala jika membasuhnya pada waktu malam, CD boleh dikeringkan di bawah kipas sahaja.

Tip menggunakan CD yang saya lakukan selama ini :

1.  Pastikan tiada satu pun lampin pakai buang di rumah. Tip ini memang berjaya kerana tiada pilihan lain selain menggunakan CD.
2.  Untuk menghilangkan warna kuning (terkena najis), insert dan CD hendaklah dijemur di bawah sinaran matahari. 
3. Dalam masa 3 - 4 bulan pemakaian CD, jangan lupa lakukan stripwash.
4. Jika anak diberi makan ubat (demam, batuk dll) CD & insert hendaklah dibasuh dengan segera. Jika lambat, CD akan berwarna kelabu.
5. Gunakan 2 insert sekaligus bagi perjalanan jauh. Semasa percutian kami di Bukit Fraser (Jun 2012), Hot Spring Sungai Klah dan Terengganu (Disember 2012), saya memakaikan Amar dengan CD sepenuhnya mengikut jadual di atas.

CD yang sudah dibasuh dan disidai di dalam bilik air semasa percutian di Terengganu.

* Bagi yang sudah menggunakan CD untuk anak, sama-samalah kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

18 comments:

  1. tak pernah menggunakan CD. agak2 cikgu, kalau untuk seorang anak berbaloi x ber CD?

    tapi, CD mmg bagus terutamanya untuk anak yang berkulit sensitif.

    ReplyDelete
  2. dah pernah guna untuk anak pertama dulu... kalau anak hantar rumah pengasuh ok lagi.. kalau hantar taska leceh sket la..boleh apply masa kat rumah je.. tapi memang sangat jimat.. cuma ibu2 kena rajin nak buang tinja2nya.. bab2 basuh takde hal..campak dalam mesin basuh je.. :)

    ReplyDelete
  3. Mama Adam : memang berbaloi. lagipun pemakaian CD atau lampin pakai buang hingga umur 3 tahun. beli CD hanya sekali dan boleh digunakan untuk anak seterusnya. kalau lampin pakai buang tiap2 bulan kena beli, kan?

    Selain itu kita boleh pantau perkembangan anak walaupun dihantar ke rumah pengasuh - boleh tahu berapa kali anak buang air besar & air kecil dalam seminggu.

    alhamdulillah...kami sekeluarga boleh berjimat setiap bulan - tak perlu beli lampin (sebab dah pakai CD) dan susu tepung (sebab Amar masih minum susu ibu/breastfeeding) insya Allah sampai umurnya 2 tahun.

    ReplyDelete
  4. owh.... macam tu ye. masa pregnant dulu, excited... beli lampin banyak2. konon2 elak allergy. tapi, x bukak pun.... pampers juga di cari.

    betullah, untuk jangka masa panjang, memang untung beli CD.

    ReplyDelete
  5. wah..ada gak rupanya ingat pakai buang je.. ni leh jimat banyak wang.. rajin tak rajin jela. mai la kak dtg tgk
    http://misszucollection.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kena rajin basuh je CD nih... jimat... :)

    ReplyDelete
  7. Memang terbukti jimat mengunakan CD ini. Anak saya sudah mula tidak pakai lampin cuma kena kerap pergi bilik air. :-)

    ReplyDelete
  8. Tak de anak kecik lagi...
    Kalau jimat dan sesuai tak de salahnya kan...

    ReplyDelete
  9. oh saya gunakan CD untuk anak ke 3 , senang jek .. kerana ber CD juga lah anak cepat pandai beritahu bila nak berak n kecing ..

    ReplyDelete
  10. sy dah pkaikn ank cd dah...yey!! berjya gak pkaikn ank cd stelah lme sgt fkir...bru je mule pkai cd...start pkai 30.12.2012...mse tu bru ade 5 cd....sehri kne cover gak ngan 1 pampers sebb cd x sempt nak kering utk pkai mlm....so trpkse la pkaikn gak pmpers mlm2.....ari jumaat bru ni smpai 5 lgi cd n bru semlm start pkai cd sepenuhnye....sgt2 menjimtkn n x pyh dah beli pampers....

    ReplyDelete
  11. Saya bru pakai kan anak cd.. Ank awk pakai cd ape?

    Share la brand ape yg elok, sy tgah survey brand yg ok;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni saya guna 3 brand - rainbow, ggbabies & cozybaby. antara 3 ni saya paling suka ggbabies (seperti dalam gambar cd dalam entri ni)

      Delete
  12. Assalamualaikum Cik Laili.

    Nak mintak pendapat, kalau first timer, berapa banyak CD, insert & washable liner yang kita kena beli? Saya dah beli 10 CD tapi tu la macam tak cukup je sbb newborn kan mmg nnt akan sentiasa tukar.

    ReplyDelete
  13. Salam..sy nk tnye cikgu start umur brape sesuai pkai cd ye??
    Yela baby kn kerao berak..mcmmane ye??

    ReplyDelete
  14. hello mommies.

    pada mommies2 yg mencari2 cd, boleh dapatkan disini,

    http://shiwawa.shoppy.my :)

    ReplyDelete
  15. Mmg jimat guna CD mcm zaman mak2 dulu mana ada diapers pakai buang. Wife beli diapers pakai buang online kat LAZADA. Nak belikan CD takut yang menerima taknak guna.

    ReplyDelete
  16. Nini pon ada beli cd siap2 untuk baby ..inshaAllah nak guna cd ni sampai dia pandai buang air sendiri

    ReplyDelete