06 June 2012

Percutian Di Bukit Fraser, Pahang

Sempena cuti sekolah kali ini (bulan Jun 2012), saya dan suami telah memilih Bukit Fraser, Pahang sebagai destinasi percutian kami sekeluarga. Bukit Fraser terletak di Daerah Raub Pahang dan jaraknya kira-kira 103km dari Kuala Lumpur serta mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana. Untuk mendapatkan petunjuk arah dari tempat anda ke Bukit Fraser, sila click link di bawah :


Jam besar di Bukit Fraser

Jika anda ingin bermalam di Bukit Fraser, ada banyak tempat penginapan yang disediakan. Antaranya :
1) Silverpark Resort
2) Rompin House
3) Shahzan Inn
4) Puncak Inn
5) Ye Olde Smokehouse
6) Jelai Highland Resort
7) Rumah Peranginan Persekutuan
 
Kami memilih untuk menginap di Jelai Highland Resort selama 3 hari 2 malam. Resort ini terletak berhampiran dengan Allan's Water dan  juga tempat makan. Selain itu, kami memilih resort ini kerana ia merupakan tempat untuk aktiviti 'bird watching'.

Di sini juga kami dapat melihat pelbagai jenis burung di samping dapat menikmati keindahan alam yang menghijau. Suamilah orang yang paling gembira kerana dapat mengambil gambar burung bersama pengunjung lain. 

Salah satu gambar burung yang diambil oleh suami 

Antara tempat menarik untuk dikunjungi di Bukit Fraser :



Beginilah suasana di Bukit Fraser pada waktu petang sewaktu kami berkunjung ke sana. Jika anda ingin membeli cenderahati untuk dibawa pulang, bolehlah berkunjung ke kedai cenderahati yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Bukit Fraser.


Sempat jugalah kami bergambar di sekitar Bukit Fraser sebagai kenangan dan tanda kami pernah sampai ke sini.

 Suami

Amir

 Ibu dan Amar (5 bulan)

20 comments:

  1. antara fraser hill n bkt tinggi, mn 1 yg u rasa best? i mean, dr segi tmpt n view?

    ReplyDelete
  2. saya dah pergi ke dua tempat ni. kalau tanya best dari segi tempat yg nak dilawati, rasanya pilihan saya adalah Bukit Tinggi.

    Boleh baca entri Percutian di Bukit Tinggi, Pahang

    ReplyDelete
  3. itulah..rasa teringin sgt nk pi..tp x sampai2 pun..sedihnya..

    ReplyDelete
  4. sis,ad no phone JELAI HLAND RESORT?TQ

    ReplyDelete
  5. cuba contact ni :

    Jelai Highlands Resort Sdn. Bhd.
    Address: Jalan Ampang, Bukit Fraser, Pahang, 49000
    Phone number: +60 (0)9 362-2600

    ReplyDelete
  6. sis....bukit tinggi dan frazer jauh x??

    ReplyDelete
  7. bkt fraser dgn cameron highland atau genting highland mana lebih sejuk yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada cuaca juga sebenarnya.
      saya & keluarga dah pergi ke 3 destinasi tersebut. pada pendapat saya Cameron Highlands lebih sejuk berbanding 2 destinasi tu..

      Delete
  8. salam sis...berapa budget menginap di Jelai Highland Resort 3 hari 2 mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kami pilih Family room (1 queen bed, 1 single bed) & pergi ke sana waktu cuti sekolah. budget untuk 3H2M = RM320. untuk maklumat lanjut, boleh lihat di laman web

      Delete
  9. dari fraser hill ke bkt tggi jarak bape km?

    ReplyDelete
  10. Cikpuan Laili. ;)

    Saya orang Pahang. ;)

    ReplyDelete
  11. if nk stay..

    kat jelai, silverspark or puncak inn yg best eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut citarasa masing2. kami pilih Jelai sebab di situ tempat bird watching..

      Delete

  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  13. singgah sulung ke blog cik laili...cari info bukit fraser tqvm..

    ReplyDelete
  14. Salam cik laili.. thanks info.. mmg tgh cari tempat honeymoon ni.. mcm menarik je kat cini.. boleh bagitau macam mane nk book tau..atau cik laili ade no fon untuk sy contact?

    ReplyDelete
  15. Kat sini memang sejukk .. kul 1 petang pun still sejuk lagi .. memang best kalau honeymoon atau buat percutian keluarga besar ... ramai2 leh get together gether .. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. insya Allah percutian akan datang kami nak bercuti ke sana lagi..

      Delete