02 January 2011

Percutian di Bukit Tinggi, Pahang (1)


Di dalam entri ini, saya akan ceritakan serba ringkas percutian akhir tahun 2010 saya bersama suami dan Amir di Nora Lodge Bukit Tinggi, Pahang. Tentu ramai yang tertanya-tanya dimanakah terletaknya tempat ini, kan?

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web Nora Lodge. Saya rasa percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana kami sekeluarga dapat menikmati keindahan alam semulajadi disamping dapat merehatkan minda sebelum kembali bertugas. Selain itu, suasana sejuk dan pemandangan berkabus pada waktu pagi amat menyegarkan.

Perjalanan dari tempat tinggal kami (Sungai Besar) ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami berhenti makan tengahari di Hentian Rehat Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke sana. Untuk mendapatkan petunjuk arah dari tempat anda ke Bukit Tinggi, sila click link di bawah :


Kedatangan kami disambut oleh 2 orang pekerja dan dihidangkan dengan minuman sebagai pembasah tekak. Kami telah memilih chalet yang berhampiran dengan tempat permainan (untuk Amir bermain) dan tandas (berada di luar chalet). Keadaan di dalam chalet juga bersih dan kemas.

 

Setelah meletakkan beg di dalam chalet, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar dan melihat binatang peliharaan (ayam, itik dan arnab). Selepas itu, saya  dan Amir bermain congkak manakala suami pula bermain susunan bongkah kayu bersama pekerja.



Di sebelah malamnya pula, kami bercadang untuk naik ke Colmar Tropicale untuk  menikmati keindahan malam di sana. Malangnya malam itu hujan renyai-renyai  dan berkabus, jadi kami sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Lebih kurang jam 10.00 malam, kami balik ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur.



13 comments:

  1. hmm..ladang apa ye? cuba Lin tgk laman web Nora Lodge tu..

    paling best, tempat ni masih dlm kawasan celcom. nak online pun (guna broadband) dapat full bar :)

    ReplyDelete
  2. memang best, lain kali Tasnem bolehlah ajak keluarga pergi ke sini.

    ReplyDelete
  3. saudara bole sy dptkan no telefon nora lodge ni tk..kerana hujung bln 6 ni sy nk ke bukit tinggi n sedang mcari tmpt penginapan..thx

    ReplyDelete
  4. maz : boleh. no hp Puan Nora 012 2015218

    ReplyDelete
  5. kak...dr tempt pnginapan ke kwasan pranginan bukit tinggi tu jauh x?

    ReplyDelete
  6. onie : tak berapa jauh sgt. lebih kurang 10-15 minit

    ReplyDelete
  7. wah bestnye g bercuti kat sini....ciklaili, saya rase gambar2 kt blog ciklali ni kene buh watermark la...lau tak ade blog lain yg copy paste bulat2 entry ni...cer cek kat sini http://nicezones.blogspot.com/2011/01/percutian-di-bukit-tinggi-pahang-2.html

    ReplyDelete
  8. Sebagai anak jati Pahang, saya hanya balik hari saja. huhu ..

    Cantik gambar, terasa nak datang lagi ..

    ReplyDelete

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete