Cloth Diapers Yang Berwarna-Warni
Bagi anda yang bergelar ibu dan ayah, antara barang keperluan yang perlu disediakan untuk bayi anda ialah lampin. Pada masa kini, terdapat 2 jenis lampin - lampin pakai buang dan lampin moden atau lebih dikenali sebagai cloth diaper (cd).
Cloth Diaper adalah sejenis lampin kain moden yang membolehkan anda menggunakannya sebagai pengganti lampin pakai buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding lampin pakai buang kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 3 tahun. Ia perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak anda serta lebih selamat. Lampin kain moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak anda.
Saya memang tiada pengalaman menggunakan cd kerana saya mula mengenali cd semasa anak sulung sudah berumur 3 tahun. Jarak antara anak sulung dengan anak kedua pun agak jauh (5 tahun 2 bulan), jadi memang tidak berkesempatan untuk mencubanya. Untuk anak kedua ini, saya telah bercadang untuk menggunakan cd sepenuhnya sepertimana saya bercadang untuk menyusukannya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.
* Apa-apapun terpulanglah kepada setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Jika anda berminat untuk membeli cd, boleh lawati laman web mumsluvbaby.com
* Apa-apapun terpulanglah kepada setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Jika anda berminat untuk membeli cd, boleh lawati laman web mumsluvbaby.com
Inilah dia sebahagian koleksi cd M. Amar Rizqi yang berwarna warni :
Kelebihan Menggunakan Cloth Diaper
Cloth diaper diperbuat daripada 100% kain cotton, ia mudah dicuci dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda. Antara kelebihan Cloth Diapers seperti :
- Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
- Menjimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
- Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
- Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
- Anti Bakteria secara semulajadi - fabric buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
- Penyelenggaraan yang mudah - ia boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.
Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diaper
- Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)
- RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan
- RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
- RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00
- Kos bagi pembelian 20 helai lampin kain moden (20 helai adalah jumlah yang disyorkan)
- *RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga cd
- Penjimatan
- setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
- 3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00
- setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00

