Cloth Diapers Yang Berwarna-Warni

Bagi anda yang bergelar ibu dan ayah, antara barang keperluan yang perlu disediakan untuk bayi anda ialah lampin. Pada masa kini, terdapat 2 jenis lampin - lampin pakai buang dan lampin moden atau lebih dikenali sebagai cloth diaper (CD).

Cloth Diaper adalah sejenis lampin kain moden yang membolehkan anda menggunakannya sebagai pengganti lampin pakai buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding lampin pakai buang kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 3 tahun. Ia perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak anda serta lebih selamat. Lampin kain moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak anda.

Saya memang tiada pengalaman menggunakan CD kerana saya mula mengenali CD semasa anak sulung sudah berumur 3 tahun. Jarak antara anak sulung dengan anak kedua pun agak jauh (5 tahun 2 bulan), jadi memang tidak berkesempatan untuk mencubanya. Untuk anak kedua ini, saya telah bercadang untuk menggunakan CD sepenuhnya sepertimana saya bercadang untuk menyusukannya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.

Januari 2013 : Baca pengalaman setahun saya menggunakan CD untuk Amar

Apa-apapun terpulanglah kepada setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis CD, cara menggunakan, membeli CD dan sebagainya, anda bolehlah mengunjungi laman web www.mumsluvbaby.com atau senarai penjual CD online.

Kelebihan Menggunakan Cloth Diaper

Cloth diaper diperbuat daripada 100% kain cotton, ia mudah dicuci dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda. Antara kelebihan CD seperti :
  • Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
  • Menjimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  • Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  • Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  • Anti Bakteria secara semulajadi - fabrik buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  • Penyelenggaraan yang mudah - ia boleh dibasuh menggunakan mesin basuh 






Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diapers
  • Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)
    • *RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan *bergantung kepada harga lampin
    • RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
    • RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00
     
  • Kos bagi pembelian 20 helai CD (20-25 helai adalah jumlah yang disyorkan)
    • *RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga CD
     
  • Penjimatan
    • setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
    • 3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00  
Inilah dia sebahagian koleksi CD Amar yang berwarna warni 


Kelebihan menggunakan wasable liner : 
1. Melindungi diapers dari cecair dan kotoran yang sukar dihilangkan.
2. Membantu agar bayi anda terasa lebih kering sewaktu memakai cloth diapers.
3. Pelbagai kegunaan - selain dari digunakan bersama cloth diaper, washable liner ini juga boleh digunakan bersama lampin pakai buang.
4. Melapis dan melindungi kulit bayi dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia dalam lampin pakai buang.
5. Membantu mengurangkan jumlah penggunaan cloth diaper dan juga lampin pakai buang.
6. Menjimatkan wang kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali berbanding dengan liners pakai buang. 
7. Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan.

Post a Comment

15 Comments

  1. ermm..

    nak jugak try utk anak seterusnya..

    ReplyDelete
  2. tq konsikan info ni.. boleh dicadangkan kepada wife nanti.. tapi sebaiknya bayi berapa bulan boleh start guna ni?

    ReplyDelete
  3. Mama Farris : pelaburan yang menguntungkan :)

    Myvitrd : cd boleh dipakai dari newborn hingga lebih kurang 3 tahun. bukan tu aje, kalau jaga cd dgn elok boleh diwarisi kepada adik2nya pula. mmg menjimatkan :)

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Wahhhh banyaknyeee koleksi CD Amar hihihi comel2 pulak tu warna warni, paling comel time sidai tu, macam-macam kaler, siap insert pun cecomel je.

    Tapi sebenarnya kakyan ni zero lagi pasal CD ni, mana CD yang ok ye pocket atau pun yang jenis butang insert kt luar tu? arghhh xtau panggil apa hahahaa

    btw thanks for sharing, good info :), doakan kakyan juga kuat semangat nak meng-CD kan si baby nanti, teringin sangat nak berbakti pada bumi :D

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  5. yanmie : w'salam..saya lebih suka yg plain colour. yang bestnya boleh padankan warna baju dgn cd. kalau pakai baju merah, cd pun warna merah juga..

    skrg ada mcm2 jenis cd & terpulang pada ibu nak pilih yg mana. saya lebih suka button sbb boleh tahan utk jangka masa yg lama.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ... mana nak dapat CD ni ye .. dh rasa berminat nak dapatkan ni. Kalau ada yg new born lg best

    ReplyDelete
  7. Razif : waalaikumussalam..saya beli semua cd tu secara online di mumsluvbaby.com. anda boleh contact kak Rin melalui blog atau FB. ada mcm2 jenis cd. nak yg murah atau mahal, velcro atau button, plain atau printed dan lain-lain lagi..

    Blog mumsluvbaby : http://www.mumsluvbaby.com/

    FB mumsluvbaby : https://www.facebook.com/pages/mumsluvbaby/175550397199

    ReplyDelete
  8. Salam akak....saya nk tnya...mna nk beli washable liner tu?

    ReplyDelete
  9. aLia : beli di mumsluvbaby. click sini : Washable Liner

    ReplyDelete
  10. Salam kenalan ciklaili,

    geramnye tgk koleksi CD tu... sy pun menCDkan anak yg 2 org last tu... tp balik kampung sy tak bawak CD...

    ReplyDelete
  11. SETUJU..Pakai clodi aja yuukk.. Mommy senang, si baby pun sehat (",)

    ReplyDelete
  12. salam cikgu...kat mana nak bli cd ggbabies online?tak jumpa lah

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    ReplyDelete