Rezeki Di Bulan Ramadan


Pada tarikh 31 Julai ini, bantuan khas kewangan akan diberikan kepada semua penjawat awam dan pesara sepertimana yang telah dinyatakan di dalam entri Bonus Raya 2013. Untuk makluman, slip gaji kedua bagi bulan Julai sudah boleh disemak melalui laman web ANM.


Selain wang RM500 ini, saya juga sudah menerima duit kutu raya yang mula dikumpul sejak bulan Januari hingga Julai. Kutu raya ini disertai oleh beberapa orang rakan guru dan setiap seorang akan membayar RM100 atau RM200 pada setiap bulan. Duit ini akan diterima dalam jumlah RM700-RM1,400 dan diserahkan apabila menjelangnya hari raya. 


Ada juga yang bertanya - bagaimana pula bonus bagi blog ciklaili.com untuk tahun ini? Jika tahun 2012, saya telah menerima bonus raya berganda + bonus puasa, insya Allah tahun ini ada juga rezekinya. Hari ni saya sudahpun menerima e-mail untuk payment advise bagi bulan Jun 2013. Insya Allah cek Nuffnang akan diterima dalam beberapa hari lagi.


Ini pula earning Nuffnang bagi bulan Julai yang bakal di cash out pada 31/7/2013.


Walau berapa banyak sekalipun rezeki yang diterima di bulan Ramadan ini, hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya dan jangan lupa untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Dengan bersyukur, insya Allah akan digandakan lagi rezeki yang bakal kita terima. Bagaimana pula dengan rezeki anda di bulan Ramadan ini?

Oh ya! Bagi rakan-rakan blogger dan pembaca yang berada di sekitar daerah Sabak Bernam, jemputlah datang beraya ke Teratak Kasih Kamarul, Laili & Anak-Anak yang terletak di Sungai Besar. Selamat berpuasa dan beramal di 10 hari  terakhir bulan Ramadan.

Post a Comment

64 Comments

  1. fuiyooo...bestnye dapat byk rezeki kat nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah..sayang nuffnang ketat2 :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.. tahniah kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..syukur atas rezeki yang diberikan-Nya

      Delete
  3. tahniah ciklaili, income NN yang konsisten setiap bulan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Aju. tak tentu juga. ada bulan yang earningnya OK & ada juga yang tidak..

      Delete
  4. Back up pendapatan Nuffnang kuat. Macam saya tidak ada bonus jadi perlu korek mana-mana tabung yang ada. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah main kutu raya pula. cikgu2 di sklh saya memang amalkan kutu raya ni untuk tambah mana2 persiapan raya yang belum cukup..

      Delete
  5. Replies
    1. alhamdulillah..earning Julai ada termasuk bayaran sponsored post

      Delete
  6. Tergoda tengok amaun tu..alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah..cikgu pun dapat RM500 juga, kan?

      Delete
  7. Mantap. Tahniah. Murah rezeki.

    ReplyDelete
  8. wah banyknya CPC, hebatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPC blog ciklaili.com biasa2 aje. kalau ada CPUV memang kena jaga trafik supaya earning semakin hari semakin tinggi..

      Delete
    2. tq atas tips tu ciklaili

      Delete
  9. terbeliak mata sekejapp..haha,

    ReplyDelete
  10. fuhhh..duit raya dr nuff pon dh cukup tu..

    ReplyDelete
  11. salam.. wah! jeles ni... rezeki tergolek yer ciklaili ;)

    ribu riban tu Nuff

    ReplyDelete
  12. Tahniah, rasa jealous pulak tgok angka tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elih pun teror juga buat duit dengan blog kan?

      Delete
  13. semua pemain kutu raya bayar RM 100 je..tak ambil RM200..

    Rezeki bergolek2 di Bulan Ramadhan utk ciklaili.Tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err..takde yang main 2 nama ke?

      Terima kasih banyak2 buat mak kutu yang berdedikasi. Tahun depan kita main kutu raya lagi ye :)

      Delete
  14. banyaknya..telan airl liur tgk... hihi... Alhamdulillah...rezeki kan...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..tahniah kak laili! rejeki2=)

    ReplyDelete
  16. Banyak tu...alhamdulillah. Bila ada duit extra bolehlah bersedekah extra jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. insya Allah nanti akan dapat rezeki extra pula..

      Delete
  17. main duit kutu,, tp ambik bulan 3 haritu untuk bayar kereta hehe,, tpi bestnya duit nuffnang hehe masyuk betull :) congrats :) bermimpi nak capai banyak tu jugak ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah PBP pun boleh dapat earning macam tu juga.
      saya dulu pun bermimpi dulu sebelum dapat earning macam ni. alhamdulillah mimpi dah jadi kenyataan :)

      Delete
  18. waahhh,byk tu..congrats n selamat shopping raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping raya guna duit kutu raya je. lagipun kami berbelanja secara bersederhana sahaja. rezeki lain disimpan untuk anak2 & kegunaan masa depan..

      Delete
  19. Alhamdulillah murah rezki. Tahniah !. Nak balik ke Utara raya ni ikut jalan sebelah sana melalui Sabak Bernam, Teluk Intan, Pantai Remis, Terong, Changkat Jering. Selamat mantapkan amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk di mana? selamat pulang ke kampung dengan selamat

      Delete
  20. oh...cik laili di Sg Besar. Baru je pergi ke Sg Besar bulan lepas kerana ada urusan. Urusan dg44 dah selesai?

    ReplyDelete
  21. waa...rezki tu cikgu... beraya sakan ya..

    ReplyDelete
  22. Tahniah ciklaili. Rezeki raya dan bulan puasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur..mudah-mudahan pembaca blog ini juga diberi nikmat rezeki yang sama..

      Delete
  23. anda memang HEBAT,,, saya sangat JELES,,, sial BELANJA saya
    ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..mrjocko apa kurangnya. Mesti masyuk dengan advertorial & selalu join event..

      Delete
  24. Bagus betul budget timing cashout yang boleh guna untuk raya...banyak benda boleh beli kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet raya guna duit kutu raya je. Yang lain2 simpan dalam bank. Hihi..

      Delete
  25. Tahniah..kagum sangat.berbaloi dengan usaha kan??

    ReplyDelete
  26. Selamat hari raya cik laili..
    Tahniah,bnyk betul rezeki... agaknya kalau saya, kumpul 10 tahun pun blm tentu dpt bnyk tu dari Mr Nuff...huhu.
    P/: terbakar semangat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat Dja.
      Insya Allah Dja pun boleh dapat earning macam ni..

      Delete
  27. Tahniah laili...hebat!tumpang gembira kulaan kaya. .he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Kaya apalah sangat kak. Biasa2 je..

      Delete
  28. Terbaik la bonus dari blog tu. Hehe.. Tahniah.

    ReplyDelete
  29. selamat ya,,semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  30. seronoknyaaa..ehehe. (bab duit seronok aje ye,ahaks)
    share tip Cik Laili... ^^,

    ReplyDelete