25 July 2013

Bonus Raya 2013 Bagi Penjawat Awam & Pesara


Pasti ramai yang berteka-teki, adakah pihak kerajaan akan memberikan bonus raya seperti tahun lepas? Segala persoalan itu akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam manakala RM250 pula untuk pesara sebagai bayaran bantuan khas sempena hari raya ini. Bayaran ini akan dibayar pada 31 Julai 2013 (Rabu).

Petikan Berita Harian Online :

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Selain itu, penjawat awam juga menerima gaji baru mulai bulan Julai 2013 dengan dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing.

Bagi guru-guru, anda boleh melihat jadual gaji berikut :
- Jadual Gaji Gred DGA29, DGA32 & DGA34
- Jadual Gaji Gred DG41, DG44, DG48 & DG52

Sejak hari Selasa lagi, laman web ANM agak sukar untuk diakses. Mungkin juga kerana kesesakan trafik disebabkan ramai penjawat awam ingin melihat sendiri slip gaji bulan Julai 2013 (gaji baru). Click untuk menyemak slip gaji anda  : e-Penyata Gaji Untuk Kakitangan Awam.

Berita lain juga menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bonus raya bagi penjawat awam di negeri itu iaitu sebanyak sebulan gaji.

* Syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberikan kepada penjawat awam menjelang aidil fitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

 

8 comments:

  1. ALHamdulillah, tahniah dan syukur kepada semua penjawat awam termasuk ciklaili:)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga buat CMK..dapat duit raya RM500 dari kerajaan :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.. janji ada sedikit. Dapat juga bantu perbelanjaan harian

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...dpt lah beraya dgn senyuman

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah kpd semua penjawat awam, nampaknya kegembiraan perlu dikongsi bersama ni ciklaili hihi

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada penjawat kerajaan. semoga semakin murah murah murah rezeki hendaknya.. amin..

    ReplyDelete