Bonus Raya Berganda

Pada tarikh 9 Ogos 2012, semua penjawat awam telahpun menerima Bonus Raya 2012. Bagi saya sendiri, bonus raya tahun ini lebih bermakna kerana selain mendapat bonus setengah bulan gaji, saya juga mendapat bonus raya hasil dari blog ciklaili.com ini. Tak sangka pula cek Nuffnang diterima pada hari yang sama dengan bonus raya penjawat awam. Inilah yang dinamakan bonus raya berganda ;)


Jumlahnya tidaklah sebanyak blogger-blogger lain yang lebih terkenal tetapi saya tetap bersyukur. Paling tidak duit ini boleh disimpan untuk kegunaan di masa hadapan. 

Ini pula 'bonus puasa' yang diterima pada hari Nisfu Syaaban yang lepas.


* Siapa kata jadi part-timer blogger tidak boleh menjana pendapatan 4 angka? 
Belum cuba, belum tahu..

Post a Comment

6 Comments