Bonus Dan Gaji Bulan Disember 2011 Diterima 19 Disember 2011

Hari ini pastinya 1.4 juta kakitangan awam akan tersenyum gembira kerana bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 telahpun diterima pada hari ini berserta dengan gaji bulan Disember 2011. 


Awal-awal pagi lagi saya sudah menyemak akaun perbankan internet. Alhamdulillah...gaji dan bonus telahpun dikreditkan secara automatik ke dalam akaun. Sebenarnya slip gaji bagi bulan Disember 2011 sudah boleh disemak sejak minggu lepas lagi melalui e-Penyata Gaji, tetapi bayaran hanya dimasukkan pada hari ini.

Slip gaji saya bagi bulan Disember 2011

* Jangan lupa tandakan pada kalender anda - Jadual Gaji Bulanan Tahun 2012

Post a Comment

4 Comments