Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 | e-GTukar 2012


* TerkiniPermohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2013


Bagi guru-guru yang ingin membuat Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2012, anda kini boleh mengemaskini maklumat diri mulai 8 hingga 26 Ogos 2011 seterusnya membuat permohonan pertukaran melalui Sistem e-GTukar yang dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Sila click gambar di bawah untuk terus ke sistem e-GTukar.
(Anda dinasihatkan untuk menggunakan Internet Explorer sahaja
dan bukan Mozilla atau Google Chrome)


Untuk membaca surat siaran permohonan e-GTukar 2011, sila click SINI.


Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, anda diminta untuk berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Maklumat penting dari seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) yang datang ke sekolah saya pada hari Jumaat (12 Ogos 2011) :

"Untuk mengisi borang e-GTukar, pemohon perlu mengemaskini data EMiS dan e-Operasi terlebih dahulu. Kemudian barulah memohon melalui Sistem e-GTukar"

Sila baca sekali info e-GTukar :

3. Guru-Guru Tidak Layak

Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari  2012 boleh dibuat mulai 10 November 2011 (Khamis). Harap maklum.

Sila click entri Semakan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 untuk membuat semakan.

Post a Comment

25 Comments

  1. camner nak mohon...posting pon tak lagi..dah 3bulan tunggu surat posting tak sampai2 lg...

    ReplyDelete
  2. Fazil : belum posting mmg tak boleh nak mohon..harap bersabar ye :)

    ReplyDelete
  3. salam kak, nak kena update maklumat diri tu sendiri ke? atau guru data yang buat?

    ReplyDelete
  4. misslaily : w'salam. anda sendiri yg perlu update data / maklumat diri. pastikan data emis & e-operasi dikemaskini dulu. 1/9 nnt barulah boleh buat permohonan menggunakan e-gtukar.

    ReplyDelete
  5. salam.. dah dua kali isi eg tukar... ada cara lain ke nak tukar

    ReplyDelete
  6. w'salam. rasanya takde. mmg ini aje cara utk mohon utk berpindah. takpe..teruskan mencuba

    ReplyDelete
  7. dila:sy bru posting n xde no gaji lagi..so camne ye kalau nk mntak eg tukar ni??

    ReplyDelete
  8. kena tunggu dapat gaji dulu (dah tentu dlm slip gaji tercatat no gaji, kan?). cuba check adakah anda tergolong dlm senarai berikut :

    Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran

    a.Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikut Kursus Dalam Cuti

    b.Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

    c.Guru yang telah tamat latihan LPBS tetapi belum cukup tempoh 36 bulan perkhidmatan di sekolah ditempatkan

    d.Guru yang sedang bercuti tanpa gaji

    e.Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar

    f.Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib

    ReplyDelete
  9. ERM..XTRSENARAI PUN..SAYA DA DAPAT GAJI BULAN 7 TAPI DALAM BENTUK BOUCER..CZ BRU POSTING..XDE SLIP GAJI..SO SEBENARNYA DAH ADA KE NO GAJI UNTUK SAYA??

    ReplyDelete
  10. Dila : oo..ok. cuba tanya kerani di sekolah. mereka lebih arif tentang no gaji guru2 :)

    ReplyDelete
  11. Salam kak,
    Saya ingin memohon untuk pertukaran guru 2012. Akan tetapi, saya tidak sempat untuk mengemaskini data diri saya dalam emis online. Saya tak boleh daftar masuk eg-tukar kerana ic dan no gaji tak terdapat dalam data.
    Akak ada cara lain boleh bantu? Terima kasih...

    ReplyDelete
  12. w'salam. ada apa2 perubahan maklumat tak dalam emis? kalau takde, rasanya tak jadi apa2 masalah..

    "Saya tak boleh daftar masuk eg-tukar kerana ic dan no gaji tak terdapat dalam data" - cuba tanya guru data di sekolah. mungkin beliau dapat membantu untuk akses data diri anda.

    * e-gtukar akan mula dibuka 1-30 September ni..

    ReplyDelete
  13. sy mengejar di pedalaman..x sempat nk kemaskini dlm e-operasi..nk isi pon x reti..cmner ye??

    ReplyDelete
  14. jika anda mengajar di pedalaman, kena sentiasa 'alert' dengan tarikh permohonan dibuka. rasanya tak jadi masalah jika anda tidak tahu cara mengisi e-operasi kerana anda boleh bertanya kepada guru data di sekolah. walau bagaimanapun, anda perlu mengemaskini maklumat dalam e-operasi & emis terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran..harap maklum

    ReplyDelete
  15. salam... kalau lupa ID pengguna dan password, amacam nak online?

    ReplyDelete
  16. w'salam. ada catat kat mana2 tak? cuba ingat balik. takpe..tarikh tutup 30/9. masih sempat lagi utk ingat :)

    ReplyDelete
  17. NAK UPDATE DATA ADA TARIKH TUTUP TAK?

    ReplyDelete
  18. ada. untuk kemaskini data/maklumat pada 8 hingga 26 Ogos 2011. skrg ni dah tamat tarikh untuk kemaskini pun. hanya untuk permohonan pindah sahaja. harap maklum

    ReplyDelete
  19. saya dah isi e-tukar separuh jalan. lepas tu simpan sementara. bila buka semula, semua data yang disimpan sementara tu dah tak de. nak kena isi semula. dah bebrapa kali kena start semula. macamana ni...

    ReplyDelete
  20. jangan putus asa untuk terus mengisi e-gtukar. mungkin ada masalah teknikal. maklum sajalah ramai yang sedang akses web tersebut.

    saya nasihatkan anda untuk isi sehingga habis dan terus simpan. jangan lupa untuk print satu salinan utk rujukan anda nanti :)

    ReplyDelete
  21. Ada tak sape2 kt sini boleh tlg sy tukar sekolah? Sy sdg mngandung 3bln. Trpksa ulang alik 45km ari2 dr umah.. Tlg, sy sgt memerlukan

    ReplyDelete
  22. salam...macam mana nak uruskan perpindahan semetara sbb sy mngandung d kwsan p3 sabah n nak mohon perpindahan semetara ke semenanjung..harap boleh beri sedikit info..tq

    ReplyDelete
  23. permohonnan e-tukar biasanya lebih memihak kepada guru guru semenanjung malaysia yang bertugas di sarawak. Pernah ada yang baru je posting lepas sebulan berjaya pindah semula ke semenanjung atas sebab tak jauh dari suami. Kalau org sarawak sendiri yang mohon......3 tahunbaru dapat atau 5 ataau 7 tahun. Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  24. sistem e-tukar adalah keutamaan keselesaan untuk orng orang melayu sahaja termasuklah blog ini yang pastinya akan blok pendapat yang tak memihak kepada bangsa mereka. Malaysia boleh!. Blah!

    ReplyDelete