Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | Permohonan Matrikulasi Secara Online

* Semakan Tawaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 (25 April - 13 Mei 2012)

Bagi anda yang bercadang untuk memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 terutama bagi pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2011, permohonan atas talian/online program matrikulasi KPM telahpun dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.

Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2011 kepada 30 November 2011. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan melalui laman ini.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Anda dinasihatkan agar membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sila click link di bawah untuk terus ke :

 (sila gunakan Internet Explorer sahaja)

 

Manual Permohonan Melalui Internet (PMI)  

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.

2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)

     A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)

     B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

     C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)

     D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.

     E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

     F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).
    

Cara Permohonan 

1. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan. 

Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai. 

2. Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja). Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut. 

3. Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun : 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod : A2657500
Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah :
        
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM
(BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)          
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897          
Nombor Kad Pengenalan Pelajar          
Nombor PMI 5 Digit

4. Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.

Kelayakan Untuk Memohon

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.


Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.


* Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.

Post a Comment

2 Comments