Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan dan Syawal 1432H / 2011

Tinggal beberapa minggu saja lagi umat Islam akan mula melaksanakan ibadah puasa bagi tahun 2011/1432H. Seperti biasa, anak bulan Ramadan akan dicerap terlebih dahulu sebelum tarikh penetapan puasa diumumkan melalui televisyen dan radio oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang :

Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011

* Moga kedatangan bulan Ramadan dan Syawal kali ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada-Nya :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sabar2 nak sambut hari raya (",)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. ha'a..cuti sekolah pun tinggal beberapa hari aje lagi ni :)

    ReplyDelete