Resepi Nasi Hujan Panas

Hari ni saya ingin kongsikan resepi nasi hujan panas yang pernah dimasak pada hari raya dan diberikan kepada keluarga saya dan mertua. Memang sangat mudah untuk menyediakan nasi ini dan ia sesuai dijadikan juadah istimewa untuk keluarga tersayang.

Nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, daging masak kurma atau apa saja lauk yang bersesuaian. Semasa memasak pada hari raya, saya gunakan 1kg beras Basmathi, tengoklah sampai penuh rice cooker saya tu.


 Nasi yang telah dititikkan dengan pewarna merah, kuning dan  hijau

Resepi Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan (untuk 3 - 4 orang makan)
3 cawan beras Basmathi
3 cawan air
3 sudu makan minyak sapi (boleh guna marjerin)
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pewarna merah, hijau & kuning
3 labu bawang besar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Cuci beras dan ditoskan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi/marjerin.
3. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam.
5. Apabila nasi kering, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di tempat berasingan.
6. Apabila nasi masak, gembur-gemburkan nasi itu.

Nasi Hujan Panas dan ayam masak merah ini dimasak oleh suami untuk makan tengahari kami sekeluarga.  

Post a Comment

35 Comments

  1. Wahhh... nasi tu, kalo dh gemburkan baru cantikkan? Colourful sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mmg berwarna-warni. sebab tu namanya nasi hujan panas

      Delete
  2. Nampak istimewa nasi hujan panas boleh bayangkan warna-warni butir nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah menu makan tengahari kami sempena cuti hari ni. yang agak istimewa hari ni suami yang masak untuk kami sekeluarga - menambahkan skill memasak. saya hanya jadi pembantu & jaga anak (umur 1 tahun).

      Delete
  3. Replies
    1. jangan lupa cuba resepi ni ye. suami pun boleh masak juga :)

      Delete
  4. bookmark la , nanti bila2 boleh buat .. rajin suami ciklaili masak ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami biasa masak bersama-sama bila hari cuti & bagi peluang suami untuk memasak. 2 orang anak lelaki saya pun turut ke dapur juga - belajar masak dengan ibu & ayah. bila besar nanti tidaklah kekok untuk masak dan bantu isteri di dapur..

      Delete
  5. haishhhh sedapnya, mesti kene coba ni nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba, belum tahu..kenalah cuba masak nasi ni dulu. hehe!

      Delete
  6. Resepi original yang dimodenkan.. Menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu resepi originalnya macammana tapi inilah yang biasa saya masak.

      Delete
  7. Cantik warna nasinya. Kena try ni.

    ReplyDelete
  8. Bestnya...I suka resepi...hihi..

    ReplyDelete
  9. tengok je dah sedap..senang je rpenye..nanti ada masa nak try jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mudah je. orang lelaki pun boleh masak nasi ni..

      Delete
  10. wahh..sedap ni:)- ns ni mmg sdp makan dengan ayam masak masak merah..

    ReplyDelete
  11. ok bole cuba ni..anak2 mesti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba nanti boleh kongsi gambar nasi hujan panas dlm blog kak Ain pula..

      Delete
  12. Waa..Sedapnya nasi hujan panas dimakan dengan ayam masak merah..dah lama tak makan..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..biasanya kami mmg masak nasi hujan panas & lauknya pula ayam masak merah..

      Delete
  13. pandai suami ciklaili memasak yer...PM kalau bab2 di dapur memang fail...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..suami pandai masak berkat belajar di luar negara dulu agaknya..
      PM cubalah belajar masak dengan isteri..belum cuba, belum tahu, kan?

      Delete
  14. kasi alamat.. tahun ni turn beraya kat sg besar.. nak rasa!! yeayyy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak dekat2 raya nanti baru bagi alamat, boleh?

      Delete
  15. memang mahu mencuba suatu ketika nanti...

    ReplyDelete
  16. salam. sy masa gak bosan dg menu nasi ayam bila hujung minggu ypi klu kena resepi lain molek gak tukar2 selera

    ReplyDelete
  17. wah warna dia mampu menarik hati.sudah macam pelangi cintalah admin

    ReplyDelete
  18. menarik sungguh..berwarna-warni..nk cuba buat lah nanti..tq sharing

    ReplyDelete