19 July 2014

, ,

Resepi Ayam Masak Merah


Jika anda bercadang untuk mencuba Resepi Nasi Hujan Panas, anda bolehlah mencuba pula resepi Ayam Masak Merah untuk digandingkan bersama nasi tersebut. Anak-anak saya amat gemarkan resepi ini. Lagi sedap jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas. 

Oklah, jom sama-sama kita lihat bahan-bahan dan cara bagaimana memasak resepi ayam masak merah ni :


Resepi Ayam Masak Merah
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
5 ketul ayam
Serbuk kunyit & garam (untuk menggoreng) 
Minyak masak (untuk menggoreng)
10 tangkai cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar (potong bulat) 
2 biji tomato
Gula & garam secukup rasa

Cara-caranya :
1. Gorengkan ayam sehingga masak.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, bawang besar, tomato, gula dan garam.
4. Gaulkan semua bahan hingga sebati dalam beberapa minit.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. Terima kasih atas recipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete
  2. selamat berbuka puasa. terima kasih bu..:)

    ReplyDelete