Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Ambilan Tahun 2014 - 2015

Makluman buat ibu bapa dan penjaga yang menetap di negeri Selangor dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008, permohonan murid tahun satu bagi sesi kemasukan tahun 2014-2015 telahpun dibuka bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2013. Permohonan selepas tarikh tersebut dikira sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.  

Terkini (3/3/2014 ) : 
Sila click link / banner berikut untuk terus ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online :



1. Sebelum mengisi permohonan secara online, ibu bapa/penjaga digalakkan membaca Tatacara dan Panduan Permohonan terlebih dahulu. 
2. Selepas itu bolehlah memulakan proses Permohonan Online
3. Setelah selesai mengisi semua maklumat, bolehlah membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid. 


Sempat bergambar sebelum balik ke rumah.

Post a Comment

68 Comments

  1. saya dh dftr untuk sesi ini pada tahun lepas, tinggal nak buat pengesahan je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah Aju dah daftar awal :)

      Delete
    2. TOLONG SAYA KALAU ANAK SAYA ANAK ANGKAT.. THN 2008... MCM MANA SAYA NK DAFTAR.TLG BG INFO ..TLG SAYA

      Delete
    3. jangan risau. puan boleh buat permohonan secara online pada tahun 2014. permohonan untuk tahun 2013 telahpun ditutup pada bulan April yang lalu..

      Delete
    4. sori nak tanya...pendaftaran murid tahun 1 2015/2016 plak bila akan dibuka ya?smalam dah isi online utk anak..tahun depan baru naik darjah 1..tp tgk tarikh dah tutup..so apa akan jadi dgn form online yg saya dah isi semalam tu ye?

      Delete
    5. tumpang tanya ya, sudah dpt makumat kah berkenaan pendaftaran sekolah tahun 1 sesi 15/16 ya? ada kenalan yang maklumkan sudah boleh mendaftar. tapi pautan yang saya jumpa, semuanya tidak berkaitan, seolah tidak diupdate.

      hmm mohon kongsi ya thanks.

      Delete
    6. untuk pendaftaran anak2 yang lahir pada tahun 2008 & 2009 sudah dibuka pada 1 Mac - 30 April 2014 melalui link berikut :

      http://apps.moe.gov.my/esppsel/

      maklumat lanjut boleh dapatkan dalam entri ini - http://www.ciklaili.com/2014/03/pendaftaran-murid-tahun-satu-negeri.html

      Delete
    7. saya dh cuba g thru link tersebut,isi sebagaimana sepatutnya. tapi,kenapa bila click pd ruangan sekolah pilihan, 'Shah Alam' tidak wujud. Risau lah saya

      Delete
  2. Keliru dengan sistem online yang diperkenalkan selepas mengisi maklumat didalam sistem, cetak dah hantar ke sekolah yang didaftarkan.

    Pernah kerani sekolah sound anak perlu cari sekolah lain kalau tidak hantar cetakan ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah berlaku ke? alhamdulillah pendaftaran anak sulung saya tahun lepas berjalan lancar.

      Delete
  3. memang kena daftar awal ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..di Selangor & Putrajaya memang menyediakan perdaftaran secara online.

      Delete
  4. oh...dah sampaimasanya. ..aiman dah nk maduk jah 1...hihi tq laili atas info ni

    ReplyDelete
  5. saya daftar terus di sekolah , pihak sekolah akan isikan maklumat online .. mudah sikit kalau mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga ibu bapa/penjaga yang datang terus ke sekolah & pihak sekolah daftarkan secara online.macam kami memang hari2 mengadap internet jadi lebih mudah daftar sendiri..proses pengesahan pun tak lama.

      Delete
  6. kena take note.. anak tahun 2009..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh daftar tahun 2014 nanti. laman web untuk daftar tetap sama.

      Delete
  7. Dah nak mula ke sekolah dah bebudak ni. Cepat benar masa berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah masuk umur 5-6 tahun, memang rasa cepat sangat waktu berlalu. tau2 dah nak masuk darjah 1..

      Delete
  8. haaaaaa... nanti ilham kena daftar jugak.. lahir nov 2010

    ReplyDelete
  9. terima kasih ciklaili , saya hebahkan info ni di blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..sama2 buat hebahan untuk kawan2 yang belum mengetahui tentang pendaftaran ni..

      Delete
  10. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Zalora Malaysia. saya akan email anda dalam masa tersekat.

      Delete
  11. as salam cik laili,
    alhamdulillah...pagi2 ni singgah sini dan dpt tau sesi utk pendaftaran anak2 lahir tahun 2008 sudah dibuka...

    nampaknya tiba sudah utk anak saye pulak didaftarkan kali ni...cepat benor rasenye...


    terima kasih cik laili berkongsi..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..

      pendaftaran di Selangor mmg sudah dibuka. rasanya di negeri lain pun sama.
      anak dah mula sekolah tadika ke?

      Delete
    2. alhamdulillah...

      dah selesai semalam...terus buat dan selesai..

      anak baru 5 tahun, dah p pratadika..

      thanks cik laili...

      Delete
    3. takpe kalau daftar awal. nanti hanya perlu buat pengesahan saja..

      Delete
  12. tQ share ye ciklaili..saya da daftar anak yg lahir thn 2008 pada 2thn lps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! ye ke? tinggal buat pengesahan la ye..

      Delete
  13. assalam Akak....

    ni ila yg akak terjumpa kat sg klah tu :) sib baik akak buat entry ni. kalau tak memang sy terlepas pandang le. tahun depan girl saya mula skolah.

    tq akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      dah besar anak ila ye. selamat mendaftar :)

      Delete
  14. macam mana saya nak print semula yer..no pin ak ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan salinan dari pihak sekolah..

      Delete
  15. same kes sepertti di atas.. dh register online, tp bila semak semula utk print tak bole pulak.. sila bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.

      Delete
  16. saya dah terlepas daftar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan panik. Cuba pergi ke sekolah yang dipohon terlebih dahulu & pihak sekolah akan sedia mmmbantu jika terdapat kekosongan petempatan murid tahun 1..

      Delete
  17. tq..info yang sangat bagus....baru terklik search tadi bagaimana nak register online...harap2 masih boleh lagi semak kat sekolah...dah terlambat sangat2 ni...tq ya cik laili..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba pergi ke sekolah yang berkenaan untuk memastikan nama anak anda masih boleh didaftarkan atau tidak..

      Delete
  18. Salam Cik Laili, anak saya lahir 2008. Pilihan pertama kami nak hantar dia ke SRAI (Sekolah Rendah Agama Integrasi) milik JAIS. Tapi memandangkan ada kemungkinan tiada penempatan di SRAI (jumlah memohon > jumlah penempatan), perlukah saya memohon untuk SK juga? Saya pernah terbaca jika kita memohon SK kemudian menolak tawaran, nama anak kita akan di"blacklist" kalau cuba memohon di masa hadapan. Apa pendapat Cik Laili?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat untuk kemasukan ke SRAI adalah telah mendaftar di SK. Setelah keputusan SRAI keluar dan anak kita Berjaya, barulah kita membatalkan pendaftaran di SK dengan membawa surat tawaran SRAI

      diharap dapat membantu,
      sekian, terima kasih

      Delete
  19. salam cik laili...saya telahpun mendaftarkan anak saya secara online...malangnya saya tersalah pilih pendaftaran 2014 (dimana sepatutnya anak saya didaftarkan untuk kemasukan 2015)...saya cuba mengemaskini boring tersebut tetapi tidak Berjaya...apa yg boleh saya lakukan...?harap bantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba hubungi pihak sekolah yang dipohon & maklumkan bahawa anak puan didaftarkan bagi kemasukan tahun 2015

      Delete
    2. maklumat tambahan :

      Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

      Delete
  20. saya miss utk daftar anak sya bagi kemasukan 2015 darjah1.. so kalau nak daftar tahun ni bila pendaftaran akan dibuka semula.. atau adakah kpm akan umum bila pendaftaran tsebut akan dibuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu pendaftaran dibuka tahun 2014. biasanya dalam bulan Mac,,

      Delete
  21. TQ Cik Laili sbb tolong sye daftarkan adik sye !! dan 3 hari dh sye searh kt jpnselangor mcm mne nk daftar..tp xdpt pun..kalau cik laili xde,adik saye tak sekolah lah jwb nye..

    ReplyDelete
  22. salam..maksudnya kalau baru reg online arini, yg pengesahan dlm masa 14 hari di sek tu kena buat ikut tarikh ni ke? atau kena tunggu 1/3/14-30/4/14? tq

    ReplyDelete
  23. salam cik laili, bagi kemasukan tahun 2016 ke darjah satu, bila sy blh daftar online ye?? sm ada tahun 2014 atau tahun 2015?? sy takut kalau lewat x dpt tempat kt sekolah yang kita hendak...

    ReplyDelete
  24. Cik Laili, bagi kemasukan tahun 2016 ke darjah 1, bila saya boleh daftar online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu maklumat terkini dalam laman web JPS. apa2 nanti saya akan update dalam blog ye..

      Delete
    2. terkini : untuk pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2015 - 2016, boleh baca dalam entri ni

      http://www.ciklaili.com/2014/03/pendaftaran-murid-tahun-satu-negeri.html

      Delete
  25. Salam ciklaili. pautan kat atas tu hanya untuk sekolah area selangor kan. Bagaimana pula Putrajaya? Sebab saya check tiada daerah Putrajaya yg boleh dipilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      betul tu. entri ni khas bagi pendaftaran di Selangor sahaja. untuk pendaftaran di Putrajaya boleh ke link berikut :

      http://apps.moe.gov.my/sppm/

      * sejak semalam link ini error.

      Delete
    2. untuk Shah Alam x de ke..?Petaling je..

      Delete
  26. Boleh saya tahu tarikh terakhir untuk pendaftaran murid bagi tahun 1?. Didalam TV, 31/3/2014, manakala yang saya lihat disini rata-rata pada 30/4/2014. Dan kenapa cikgu disekolah mengatakan tarikh terakhir adalah 31/3/2014. Saya agak keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika anda rujuk dalam Tatacara & Panduan Permohonan bagi tahun 2014, memang dinyatakan tarikh tutup permohonan pada 30 April 2014.

      http://apps.moe.gov.my/esppsel/syarat_perMOHONan.cfm

      tentang tarikh 31/3/2014 tu saya sendiri tidak pasti. mungkin mengikut sekolah.

      Delete
  27. cik laili saya dah kelewatan untuk mendaftarkan anak saya kerana masalah line pada waktu pendaftaran.... bagaimana saya nk daftarkan anak saya yang akan memasuki darjah satu tahun 2015.

    ReplyDelete
  28. Salam Pn laili...saya telah terlewat mendaftar anak tahun satu untuk tahun 2016. Di sini saya lihat tarikh tutup pendaftaran adalah pada hujung bulan April 2014. Sedangkan saya baru sahaja mendaftar anak on line. Macam mana tu yer....? risau la pulak...ke perlu saya rujuk ke sekolah berkenaan. Saya takut pihak sekolah dah tutup tarikh untuk penerimaan borang pengesahan tu... Bantu saya sis...

    ReplyDelete
  29. BAGAIMANAKAH JIKA KANAK2 YG DILAHIRKAN PADA BULAN DISEMBER? ADAKAH BOLEH MENDAFTAR PADA TAHUN YANG SAMA SEDANGKAN MASIH BELUM CUKUP UMUR 6TAHUN...MOHON PENCERAHAN..

    ReplyDelete
  30. Salam cik laili,
    Saya dah terlepas pendaftaran sekolah sessi 2016 tahun 1.pada mulanya kami bercadang nak hantar sekolah cina tapi anak kami memilih sekolah kebangsaan.Pada bulan Jan 2015 saya telah kesekolah berdekatan tapi dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa pendaftaran telah ditutup dan akan dibuka semula bulan March.Tapi bila saya buka hari ini rupanya tarikhnya telah terlepas lagi.Biasanya utk 2 orang anak kami daftar sekolah semasa berumur 5 tahun..masa tu belum ada sistem online.Cuma kesekolah untuk daftarkan.Boleh bantu apa yang saya perlu lakukan.Saya sudah kesuntukan masa..Ini kerana tarikh penempatan akan diketahui 16/7/15 ini.Tq

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum. Cik laili, saya buntu ni. Tarikh tutup daftar online 30/4/2016, which is is 3 hari. Saya masih belum daftar anak saya. Dia akan memasuki darjah satu tahun 2017. Apa patut saya buat sekarang ni? Daftar online atau terus ke sekolah? Saya sudah bercerai, perintah mahkamah saya tak jumpa cari. Bagaimana ye? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam puan.

      Jangan panik. Puan dafar dulu bahagian yang penting. Selepas tarikh 30/4 memang pendaftaran online akan ditutup. Selepas tu barulah pengesahan boleh dibuat di sekolah yang dipohon.

      Puan boleh juga pergi ke sekolah yang berkenaan & minta bantuan pihak sekolah untuk urusan pendaftaran.

      Moga urusan puan dipermudahkan :)

      Delete