03 March 2014

Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016


Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009, Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016 telahpun dibuka mulai 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014. Permohonan selepas tarikh tersebut dikira sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya. 
 
Sila click link / gambar berikut untuk terus ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online :


http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Panduan Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016 :

1. Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE. Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php 

2. Masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang  maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

3. Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. 

4. Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

5.  Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

6. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email.

Proses Pengesahan Permohonan

  • Ibu bapa / penjaga perlu membuat pengesahan maklumaat permohonan di sekolah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat dengan membawa dokumen sokongan diperlukan seperti terkandung dalam senarai semakan.
  • Pihak pentadbiran sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan serta pengesahan maklumat Permohonan Pendaftaran tersebut.
  • Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun Satu boleh dicetak untuk rujukan penjaga dan salinan sekolah.
  • Proses perakuan Permohonan Sesi Persekolahan 2014 perlu diselesaikan sehingga 15 Mei 2014 oleh pihak sekolah untuk membolehkan keperluan penempatan murid dapat dikenalpasti.
Penempatan Tahun 1

Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut :
  • Jarak rumah pemohon ke sekolah.
  • Abang/kakak belajar di sekolah tersebut.
  • Menjalani Prasekolah di sekolah dipohon.
  • Lain-lain mengikut keperluan kes.
Keputusan penempatan Tahun 1/2015 boleh disemak dan dicetak oleh ibu bapa dan pihak sekolah melalui sistem selepas 16 Julai 2014. 

Pengesahan Penempatan

Ibu bapa / penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah ditempatkan mulai 1 – 30 Ogos 2014 bagi tujuan penyediaan prasarana pembelajaran dan penyediaan budget.

Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem sehingga 30 Ogos 2014 dan mengesan ibu bapa yang tidak mengesahkan penempatan anak mereka. 

Rayuan Penempatan

Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online :
  • Sistem akan membuka akses untuk Permohonan Rayuan Penempatan Tahun Satu kepada pemohon yang tidak ditempatkan di sekolah dipohon sahaja.
  • Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan (1 hingga 30 September 2014).
  • Pemohon perlu membuat pengesahan penempatan terlebih dahulu sebelum membuat rayuan melalui guru besar sekolah ditempatkan.
  • Perayu dikehendaki mencetak maklumat Permohonan Rayuan serta menyertakan  dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
  • Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan.

52 comments:

  1. bila baca entry ni terus kira umur Ash bila dia nak kena sekolah darjah satu...he he he...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ha'a..bila anak dah masuk sekolah memang akan rasa masa tu cepat berlalu..

      Delete
  3. awal pendaftaran tahun ni ek..bagus jgk..blh mak ayah bajet trus utk tahun depan..xdelah akhir thn nanti kelam kabut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejak dulu lagi pendaftaran murid tahun 1 dibuat dalam bulan Mac - April..

      Delete
  4. Kena daftar untuk anak-anak ang nak masuk sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mudah aje sekarang ni. daftar secara online.

      Delete
  5. Perkongsian yang berguna ini cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. selangor je ke?negeri lain masih offline ke?
    anak sulung saya aritu kira daftar lewat..nasib boleh masuk sekolah tu..
    yang nombor 2 ni nak kene gi cepat sebelum terlewar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang saya tahu hanya negeri Selangor & Putrajaya sahaja yang gunakan sistem online.

      Delete
  7. Nak tanya kalau da buat pendaftaran on9 tahun lepas, kena buat sekali lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu. pendaftaran hanya sekali sahaja.

      Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

      Delete
  8. saya dh buat permohonan online ini..tp borang yang dicetak dan password telah hilang (pindah tempat kerja so hilang borang tu). macam mana ye?? boleh bantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email.

      Delete
  9. Thanks for the info. Frustrated sebab sistem onlinenya sangat x stable.. lambat sangat. Saya dah berkali-kali log in, samada sangkut tak boleh nak further proceed drp page pengesahan atau pun the next page. Masih mencuba untuk kesekian kalinya... :(

    ReplyDelete
  10. cik laili, saya nk tnya selepas saya mmbuat pndaftran melalui online perlu ke saya pergi ke sekolah utk mmbuat perakuan permohonan?? wlpun anak saya msuk darjah 1 thn 2016....

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh datang ke sekolah untuk membuat perakuan permohonan.

      Delete
  11. sekarang ini pendaftaran pelajar sekolah pun dah di update..bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beberapa tahun sistem ini digunakan di beberapa buah negeri seperti di Selangor & Putrajaya

      Delete
  12. Assalamualaikum, jika terlupa no pin. macam mana ya. kat sini inform sila hubungi meja bantuan esppsel. Tapi tiada no phone yang diberikan. atau hantar email. Ada tak email address

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. tuan/puan boleh merujuk no pin tersebut kepada sekolah yang dipohon oleh murid.

      Delete
  13. Assalamualaikum puan. Nak tanya, bawah tajuk Proses Pengesahan Permohonan tu, point yang ketiga 'Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun Satu boleh dicetak untuk rujukan penjaga dan salinan sekolah', kat mana ye nak cetak? Maaf, saya ni agak rabun sikit ilmu IT. Terima kasih kerana sudi menjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tuan/puan.

      biasanya terdapat button di bahagian bawah sekali untuk tujuan cetakan.
      jika tuan/puan tidak dapat mencetak perakuan tersebut, tuan/puan boleh hadir ke sekolah di mana permohonan telah dibuat.

      Delete
  14. Laili,

    Apa beza sek berprestasi tinggi DAN sek rendah yang tak tersenarai dalam sek berprestasi tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza antara Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sekolah biasa - dari segi pencapaian dan kecemerlangan sekolah. hanya sekolah yang betul2 layak akan dipilih dan diiktiraf sebagai SBT.

      Delete
  15. Nak tanya kalau kita dah daftar online pastu kita x pergi buat pengesahan dalam masa 14 hari dr tarikh daftar macama mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tahun kemasukan anak tuan/puan?
      tuan/puan boleh hadir ke sekolah yang dipohon.

      Delete
  16. salam, nak Tanya jika ingin daftar anak tahun 1 sekolah agama di Selangor ada online jugak ke..?kena daftar ke sekolah kelolaan KPM dulu sebelum daftar ke sekolah agama di Selangor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Pokden.

      untuk sekolah agama kena daftar di sekolah yang dipohon & tidak melalui permohonan online.

      Delete
  17. Sekira saya telah mendaftarkan anak ke sekolah cina sesi 2016, boleh ke kite meminda permohonan ke sekolah kebangsaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendaftaran ke sekolah cina tersebut melalui online ke? tidak jadi masalah untuk buat pertukaran dalam tempoh yang masih dibenarkan sehingga 30/4/2014.

      Delete
  18. Hai. Minta tolong. Anak saya Lahir di luar negara. Tetapi saya dah kehilangan Borang W-nya. Macam mana boleh dapatkan ganti? Macam mana boleh dafter sekolah ? :-( Tension betul. Thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda boleh ke pejabat Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan Borang W (anak yang lahir di luar negara).

      Delete
  19. salam, nak tanya...berapa buah sekolah boleh di pohon? saya ingat nak pohon 2..yg berdekatan dengan rumah ibu saya dan lagi satu berdekatan dengan rumah sendiri...

    kalau boleh..kita kene kemaskini 2 kali la kan the borang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      permohonan hanya boleh dibuat untuk sebuah sekolah sahaja.

      Delete
  20. salam...sy nk tanya..anak sy lahir 8.9.2010...jd nk kne daftar bila ye?..sy komfius sbb ada kata 2015..ada kata 2016...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam encik Hafiz.

      kalau anak lahir pada tahun 2010, anda kena tunggu permohonan dibuka semula pada tahun 2015 oleh kerana permohonan untuk tahun 2014 telahpun ditutup pada 30 April 2014.

      anak anda akan melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2017, kan? jadi anda boleh buat pendaftaran awal pada tahun 2015 & hanya perlu kemaskini maklumat pada tahun 2016.

      atau

      anda boleh buat pendaftaran pada tahun 2016 saja :)

      Delete
  21. salam. saya nak tanya kalau saya sudah pon membuat pendaftaran tapi nak tukarkan ke sekolah lain selepas waktu 30/4/14 tamat.. bagaimana saya ingin membuat pertukaran sekolah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. ada 2 situasi :

      1) jika anak anda bakal memasuki tahun 1 pada tahun 2015
      - anda boleh membuat pertukaran sekolah melalui pejabat PPD / sekolah

      2) jika anak anda bakal memasuki tahun 1 pada tahun 2016
      - anda perlu kemaskini maklumat sekolah yang dipohon di dalam Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online semasa sistem ini dibuka semula pada Mac - April 2015.

      Delete
  22. untuk permohonan sekolah di Sg. Besi, KL. kena pg terus ke sekolah atau online jugak?
    utk kemasukan 2016.

    ReplyDelete
  23. Saya dimaklumkan keputusan penempatan thn 1 2015 keluar ld 15.07.2014 hr.tp bile sy buat semakkan, sistem nyatakan no my kid anak x de dlm rekod.sy terima email dr KPM menyatakan rekod anak berjaya didaftarkan,siap dpt no pin..sebaliknye bile sy cuba semak,tiada dlm rekod..knp ye??

    ReplyDelete
  24. Anak saya memasuki Tahun 1 pada 2015, tetapi tidak berjaya ditempatkan di sekolah A dipohon. Nak tanya rayuan hanya boleh dilakukan (1 - 30 September 2014) dan selapas membuat pengesahan di selokah B ditempatkan ( 01 ~ 30 Ogos 2014 )?

    ReplyDelete
  25. as salam saya ada pertanyaan.. saya dah pergi kesolah dengan dokumen bagi tujuan pendaftaran.. yg saya nk kepastian ialah mengenai perakauan selepas 14 hari tu.. dalam sistem masih tidak ada lagi perakuan.. adakah sy perlu kesekolah baru pihak sekolah akan buat perakuan tu?

    dan satu lagi pertanyaan saya pada cik laili, dalam ruangan sekolah ditempatkan dia ada tulis proses penempatan sedang dilaksanakan di peringkat PPd..

    saya harap dapat info dari cik laili. info itu sangat2 penting.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  26. boleh cik laili hanta info ke email saya kerana saya jarang on google ni..
    arezizan86@yahoo.com
    kerjasama cik laili amat saya hargai.. :)

    ReplyDelete