01 March 2016

Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017 - 2018

Bagi ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2012, pendaftaran murid tahun satu negeri Selangor dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017 - 2018 boleh dibuat melalui laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula pada 1 Mac 2016Sistem ini merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila click link di bawah untuk ke laman web SPATKPM :




Untuk makluman semua, mulai tahun 2016 pendaftaran murid tahun satu bagi negeri Selangor tidak lagi menggunakan Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online negeri Selangor (esppsel) seperti tahun-tahun sebelum ini berikutan penutupan sepenuhnya sistem tersebut pada 4 Januari 2016. Pengumuman ini telah dinyatakan di laman web esppsel.



Pengumuman penting :

1. Permohonan yang telah dilakukan di negeri Selangor pada tahun 2015, mohon untuk ibu bapa / penjaga membuat semakan, pengisian maklumat yang tidak lengkap dan perakuan permohonan melalui https://public.moe.gov.my
2. Permohonan yang telah dilakukan pada tahun 2015 juga tidak perlu membuat pengesahan di sekolah jika ibu bapa / penjaga telah berbuat demikian.


-------------------------------------------------

Sebelum membuat permohonan menggunakan sistem SPATKPM ini, anda digalakkan untuk download dan membaca Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 (eDR) terlebih dahulu bagi mendapat gambaran jelas bagaimana sistem ini berfungsi. 

Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM from ciklaili. com

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan Permohonan ke Tahun 1 boleh dikemukakan kepada :
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 
(Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my 
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, 
Presint 16, 
62150 Putrajaya.
Talian Utama : +603-8890 3070

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my 
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor)Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam,Selangor.
Talian Utama : +603-55186500 

E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my 

2 comments:

  1. Skang semua dah online.. lain negeri lain sistem ke

    ReplyDelete
  2. Salam nk tanya...lepas kita dah buat pengesahan sklh n cetak surat ....surat tu kita nk hantar ke sklh or simpan je?

    ReplyDelete