Tema Hari Guru, Ikrar, Lirik dan Lagu Kami Guru Malaysia

Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Pada hari tersebut guru-guru akan diraikan oleh murid-murid di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Sambutan Hari Guru juga diadakan disemua peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.



Berikut adalah Tema Hari Guru dari tahun 1972 hingga tahun 2019 :

2019   Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018   Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017   Guru Pembina Negara Bangsa
2016   Guru Pembina Negara Bangsa
2015   Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  
Sumber : Laman Web KPM
 
IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


 

LAGU 'KAMI GURU MALAYSIA'

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad  


Cara untuk download lagu Guru Malaysia & Negaraku (mp3) :

1. Letak cursor pada pilihan lagu di bawah.
2. Right Click - Save Link As (Save Target As)
3. Save

Guru Malaysia Minus One
Guru Malaysia Vokal
Negaraku Minus One
Negaraku Vokal

 ---------------------------------------------------------

Lagu 'Terima Kasih Cikgu' dalam video di bawah saya tujukan khas buat :

Guru pertama saya (abah & mak), semua guru dan pensyarah yang pernah mendidik dan mengajar sehingga saya menjadi seorang insan yang berguna pada hari ini. Lagu ini juga ditujukan buat pembaca blog ciklaili.com yang bergelar GURU.

Post a Comment

31 Comments

  1. Oh hari guru makin dekat seronok la kalau ke sekolah nanti :D

    Salam kenal juga :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

    ReplyDelete
  2. Insha Allah.. Akn menyanyikan lagi thun ni..

    ReplyDelete
  3. suka sambutan hari guru. tapi xsuka time nyayi lagu kami guru malaysia, sbb segan dgn murid2

    ReplyDelete
    Replies
    1. part menyanyilah paling saya suka. pelajar akan bersorak bila cikgu2 selesai buat persembahan..

      Delete
  4. Selamat Hari Guru juga utk Laili

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tahun ni kita dapat anugerah lagi ye ;)

      Delete
  5. Assalamuaalaikum.. saya ada tag cikgu dalam segmen The Liebster..harap dapat ler join sekali segmen ini ye..salam ukhwah, salam mesra.. Terima kasih.. ^_^
    http://www.mycherita.com/2014/05/the-liebster-award-by-khirkhalid.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      insya Allah saya akan join..

      Delete
  6. semua best, macammana nak download ye. perutusan kpm 2014 blum ada lg ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah update entri ni. boleh tengok perutusan KPM.

      nak download lagu mudah aje :

      1. Letak cursor pada pilihan lagu
      2. Right Click - Save Link As (Save Target As)
      3. Save

      Delete
  7. ade lagu tema hari guru 2014 x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai yang mencari lagu tema hari guru. buat masa ini pihak KPM masih tidak mengeluarkan lagu tema hari guru 2014.

      Delete
  8. mana satu adalah lagu hari guru tahun 2014 atau 2013....

    ReplyDelete
  9. salam ada lagu tema hari guru 2015 x? share pls..

    ReplyDelete
  10. ASSALAMUALAIKUM... ADA TAK KAWAN DI SINI YANG DAPAT DOWNLOAD LAGU TEMA HARI GURU 2015.... TK

    ReplyDelete
  11. Lagu tema hari guru ni sedap. Ingat lagi time zaman sekolah dulu time sambut hari guru, bukan cikgu je yang nyanyi, budak-budak pun ramai ikut nyanyi sama..

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana dapat berkongsi bahan anda

    ReplyDelete
  13. Dah banyak rupanya sambutan hari guru. Guru sentiasa menggalas tanggungjawab yang besar dalam sistem pendidikan negara.

    ReplyDelete
  14. hai, ape hadiah yg paling best pernah terima ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pernah hadiahkn guru tingkatan i bunga ros kekeke

      Delete
  15. sape yg sorang guru juga ade penghargaan dr celcom https://www.everydayonsales.com/138933/14-22-may-2016-celcom-bluecube-exclusive-teachers-day-sale

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyer. hadiah ni mesti dr sorang murid yg kerja dlm celcom. hrp2 dpt memberi penghargaan terhadap gurunya kot

      Delete
    2. yekn. i rasa2 ye jgk. tp leh rekomenkn pd guru la ni. sebb sian jugak kekadang guru xde latest phone

      Delete
    3. senang je, belikn fon untuk cikgu je

      Delete
    4. pelan celcom ini untuk semua handphone?

      Delete
    5. ni kena walk in sbb promosi ini istimewa untuk guru saja.

      Delete
    6. i dpt tahu dr cikgu, pelan ni tuk semua jugak. cume promosinya digelar cam tu...

      Delete
    7. I dah jumpe iklannya. Mcm tuk iPhone 6s pastu diskaun sehingga rm 479

      Delete
  16. Selamat to semua Guru2 di dunia ni, guru2 mmg ibu ke 2 bagi kita semua, semasa hari guru, pasti bawa guru2 pergi makan sama2

    ReplyDelete
  17. Lagu ni best nya, dah share dgn guru2 skolah i, meraka sukanya...

    ReplyDelete