14 April 2012

Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2013

Pada tahun 2013 anak sulung saya, Amir (lahir pada tahun 2006) akan melangkah masuk ke tahun satu. Memandangkan kami tinggal di Selangor, maka proses pendaftaran perlu dibuat secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Selangor. 

Permohonan murid tahun satu bagi sesi kemasukan tahun 2013 bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2012. Permohonan selepas tarikh tersebut dikira sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

Sila click link atau banner di bawah untuk terus ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online :

Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPPSel) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online)

Ibu bapa / penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak  sekolah perlu menyemak dan mengesahkan Permohonan tersebut berdasarkan maklumat dari beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke pangkalan data sistem melalui aplikasi tersebut.

1. Sebelum mengisi permohonan secara online, ibu bapa/penjaga digalakkan membaca Tatacara dan Panduan Permohonan terlebih dahulu. 
2. Selepas itu bolehlah memulakan proses Permohonan Online
3. Setelah selesai mengisi semua maklumat, bolehlah membuat Semakan Status Permohonan

Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah contoh semakan status permohonan anak saya :


15 comments:

  1. Anak kakcik yang bongsu tahun depan dah masuk tahun 6, InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. wah! dah besar & akan menduduki UPSR la ye. selamat maju jaya buat anak kakcik ;)

    ReplyDelete
  3. k.e..pastu terus gi sekolah tersebut ke? tak yah tunggu email ke apa ke?

    ReplyDelete
  4. kena buat semakan dari laman web (rujuk link yg saya bagi dlm entri ni). lepas tu print slip pendaftaran (mcm dlm gambar) & bawa sekali dokumen2 yg berkenaan ke sekolah yg kita dah daftar tu untuk pengesahan..

    ReplyDelete
  5. oo kena tunggu dia reply dulu la ye (14 hari lps reg on9)...dah reg 6 april hari tu..hmmm tunggu je la

    ReplyDelete
  6. ha'a...Amir pun baru je daftar ke sklh minggu lepas. baru check tadi. belum dpt pengesahan lagi..

    Zikr mendaftar ke sklh mana?

    ReplyDelete
  7. Kalau permohonan ke sekolah menengah agama ada tak?

    ReplyDelete
  8. salam cik laili kalau untuk pra sekolah macam mane ? saya baru je tau

    ReplyDelete
  9. kalau cik laili boleh kongsi pengetahuan ngan saya lg bagus.anak saudara saya pulak baru je daftar online td.anak saya pulak tahun depan sepatutnye pra sekolah.

    ReplyDelete
  10. Mohd : permohonan ke sekolah agama perlu dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati dari pajabat pendidikan agama daerah masing2.

    lielys : w'salam. bagi pra sekolah, anda hanya perlu buat pendaftaran di sekolah berkenaan tanpa mengisi secara online.

    anak saudara anda tu akan masuk tahun satu pada 2013 ke?

    seperti yg saya nyatakan dlm entri ini, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30/4/2012. sekiranya pendaftaran dibuat selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai permohonan lewat & tertakluk kepada akibat daripadanya.

    ReplyDelete
  11. as-salam...mohon bantuan...
    saya try cari pendaftaran on9 area kl x de lah...boleh bg link x...terima kasih

    ujeemie@gmail.com

    ReplyDelete
  12. selain daftar online, perluke kita pergi ke skolah berkenaan untuk 'book' atau 'reserve' tempat (macam zaman dulu2, di mana emak bapak kita kena bawa salinan surat beranak untuk 'reserve' tempat tahun satu)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah.

      Delete
  13. apa maksud 'prasekolah'? ni macam tadika ke? saya ada baca kriteria penerimaan permohonan, selain jarak rumah ke sekolah berkenaan, PPD juga sebut prasekolah di sekolah berkenaan. maksudnya, ada sekolah kebangsaan yang offer perkhidmatan prasekolah ye?

    ReplyDelete
  14. salam. nak tanya perlu tak tadika yang area sama dgn sekolah yg nak dipilih?
    skrg anak saya tadika (5 tahun) di jln kebun. bila dia masuk tahun 1, baru kami nak pindah umah ke shah alam. atau perlu awalkan lagi pindah umah (bila dia usia 6 tahun)?
    tgh confius bila nak pindah umah nie.
    motif nak lambatkan pindah umah? anak no.2 tu kecik lagi nak dihantar taska.

    ReplyDelete